Thursday, December 28, 2006

NOVEL "MENCARI CINTA KHALIFAH"

Dua hari lepas saya mendapat panggilan daripada wakil PTS Millennia Publication, bahawa novel saya 'Izinkan Aku Pergi' akan diterbitkan pada awal tahun 2007. Jika sebelum ini novel saya tidak berteman, sekarang temannya sudah ada. Iaitu ada satu lagi judul novel Islamik yang bakal diduetkan dengan kelahiran novel kedua saya. Alhamdulillah, penantian saya berakhir juga akhirnya.

RALAT

Lagi, buat makluman...Judul novel itu telahpun diubah daripada 'Izinkan Aku Pergi' kepada 'Mencari Cinta Khalifah'. Saya sedar ada bloggers yang tersilap faham. Buku ini adalah buku kedua saya...cuma isinya, judulnya dan penampilannya dibuat sedikit perubahan.

Apapun, hari ini saya akan menyerahkan manuskrip novel tersebut ke pihak PTS Millennia menerusi emel. Saya mengucapkan terima kasih kepada cik Nurul Hafizah di atas kerjasama yang diberikan. Jika tidak salah, cik Nurul Hafizah bakal menguruskan penerbitan novel kedua saya menerusi PTS ini.

Doakan supaya urusan novel kedua saya kali ini berjalan dengan baik. Amin ya rabb!

Tuesday, December 26, 2006

RUSH HOUR

KUTIPAN DERMA UNTUK SYAQAH PMRAM

Badan Pengurus PMRAM memerlukan sebuah syaqah(apartment) khas untuk digunakan sebagai pejabat mereka. Kos yang perlu dibayar agak mahal dan memerlukan sokongan kewangan daripada mana-mana pihak yang sudi. Bagi anak-anak Kelantan khususnya bekas pelajar Al-Azhar dan juga bekas anak-anak PMRAM, sebahagian kecil daripada mereka telah dilantik menjadi satu team khas yang akan menyelenggara satu majlis makan malam. Yang mana meja makan malam di dalam majlis ini akan dijual dengan harga yang berpatutan dan keuntungannya akan dimasukkan ke dalam dana syaqah tersebut.

Saya juga dilantik untuk menjadi anggota komiti bahagian persiapan. Alhamdulillah setakat ini saya sempat menemui beberapa pihak hotel antaranya Sutera Inn, Perdana dan Riverview untuk memantau harga dan tempat. Kemungkinan majlis ini akan diadakan pada 25 Januari 2007. Penentuan tempat akan diketahui dalam masa terdekat. Kami mengharapkan penyertaan seramai 100 orang. Sebanyak 10 buah meja akan disediakan dan ini bererti setiap meja akan mempunyai 10 kerusi. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli kerusi tersebut, bolehlah menghubungi saya di talian 019-9884869. Kadar bayaran akan dimaklumkan jika berkesempatan.

PRESIDEN BARU ALUMNI MTAQ

Ketika pertemuan dengan bekas pelajar MTAQ pada cuti hari raya aidilfitri baru-baru ini, saya telah dipilih untuk menjadi presiden baru bagi bekas pelajar MTAQ Pulai Chondong. Alhamdulillah, setakat ini belum ada sebarang perancangan yang jelas telah dibuat. Namun, saya telah mengambil buku perancangan tahunan MTAQ Pulai Chondong dan dalam masa terdekat ini saya akan merangka satu takwim bayangan untuk pergerakan Alumni.

Mohon doa kalian agar tugas ini dapat dibereskan secara dasarnya terlebih dahulu.

SELANGKAH KE ALAM KERJAYA

Hanya selangkah lagi saya akan memasuki alam kerjaya. Pada 6hb Januari, saya akan mula bertugas sebagai guru. Di mana? Entah. Saya tidak pasti lagi dimana saya akan ditempatkan pada awal januari ini. Saya mendapat makluman daripada pihak atasan bahawa lokasi saya belum dipastikan lagi. Ini disebabkan permintaan kepada guru al-quran sangat tinggi dan hampir 2-3 buah sekolah masih kekurangan guru Al-Quran. Berkemungkinan besar saya akan ditarik ke mana-mana sekolah Tahfiz yang memerlukan guru al-Quran.

Doakan saya akan tetap mengajar di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah. Bukan di mana-mana cawangan yang lain.

MUALLIM(PENULIS)

Memang dari dulu sampai sekarang saya mahu menjadi muallim atau guru. Tak kira dalam aspek mana dan bidang apa. Sekarang saya sedang membuat satu teks berkaitan isu murtad dan keindahan Islam. Teks tersebut dibuat kerana adanya permintaan daripada pihak persatuan mahasiswa Universiti Malaya. Buat masa ini, saya sudah mempunyai beberapa sumber rujukan yang sangat sesuai.

Doakan saya terus mapan.

P/S : Harap saya dapat mengendalikan semua kesibukan(tugasan) ini dengan baik.

Saturday, December 23, 2006

MENJADI KETUA FASILITATOR

Pada asalnya saya tidak mahu menyertai TOT(Training Of Trainer) untuk menjadi salah seorang fasilitator bagi program Belia Benci Dadah(BBD) di Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Kerana kebetulan pada tarikh TOT itu dibuat saya perlu menghadiri temuduga untuk menjadi guru Yayasan Islam Kelantan(YIK). Ketika itu saya telah maklumkan kepada bahagian urusetia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi menyatakan keuzuran saya menyertai kursus anjuran mereka.

Hari itu pada 17hb Dec, saya diminta ke rumah Puan Hajjah Rohana(Pegawai yang menganjurkan program BBD) dia minta jasa baik saya untuk menyertainya. Kerana program Belia Benci Dadah yang bakal diadakan pada 18hb ini adalah First Project yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) Negeri Kelantan. Beliau menyatakan kebimbangan sekiranya saya tidak melibatkan diri, kerana majoriti fasilitator yang dipilih adalah kalangan pelajar IPT yang masih freshie. Dia juga meminta jasa baik saya untuk menyertai BBD sebagai tenaga penceramah dan pengkuliah maghrib dan subuh.

Saya tergamam mendengar penjelasan dan permintaan Puan Rohana. Katanya lagi, fasilitator yang diambil untuk mengikuti program ini adalah campuran seluruh IPT sama ada ITM, UM, UPM, UKM dan sebagainya. Jadi, mereka tidak mempunyai background agama yang luas seperti saya. Saya rasa sedikit keberatan, maklumlah...saya satu-satunya fasi yang belajar di Al-Azhar Mesir. Namun, untuk memastikan program BBD berjalan dengan baik, saya akur.

Sebaik menyatakan persetujuan, saya bergegas pulang untuk menyusun jadual sendiri. Saya perlu menghadiri temuduga dan sekaligus ke Pasir Mas. Namun, alhamdulillah dengan pertolongan Allah saya dapat menguruskan semuanya dengan baik. Malah pada pertemuan saya dengan semua barisan Fasi...sekaligus saya telah dilantik menjadi ketua mereka. Saya tidak tahu bagaimana hal ini berlaku, katanya perlantikan itu dibuat oleh Puan Hajjah Rohana sendiri.

Ini bererti saya bukan sekadar menjadi ketua mereka, malah saya juga membawa imej Universiti Al-Azhar di mata mereka memandangkan saya adalah wakil IPT Al-Azhar. Program itu berlangsung dari 18 sehingga 21hb Dec dan terlalu banyak kesukaran yang terpaksa saya lalui. Saya benar-benar diuji dan teruji dengan karenah ramai pihak terutamanya pihak urusetia Kubang Panjang dan NGO. Peserta juga adalah seramai 339 orang. Namun...apa yang paling manis untuk saya kenang. Rata-rata barisan fasilitator semuanya bersatu hati dan bekerjsama dalam menjayakan program ini.

Saya dapat merasai sokongan dan kerjasama yang mereka berikan adalah yang terbaik. Saya sangat berterima kasih di atas sumbangan tenaga dan fikiran mereka dalam menjayakan program 4 hari ini. Malah program ini mendapat liputan daripada wartawan dan pihak di jabatan Menteri.

Apapun...saya tidak mahu bercerita banyak tentang masalah yang timbul. Cuma mahu menyatakan, bahawa tuhan tidak akan membebankan kita tugas yang tidak mampu kita pikul. Sekiranya kita dilantik untuk menjadi ketua kepada sesuatu kumpulan...ini bererti kita layak dan mampu. Cuma yang perlu difikirkan adalah bagaiaman cara untuk memasti amanah ini terlaksana dengan baik serta saksama.

:) kepada semua fasi yang terlibat seramai 45 orang. Terima kasih. Semoga kalian maju jaya dalam pelajaran. Sekian. Wassalam.

Friday, December 08, 2006

Kenduri Kahwin!!!

Saya pun tak tahu, terlalu banyak kenduri kahwin yang saya perlu hadiri. Namun kemungkinan saya tak dapat hadir semuanya. Bukan tak sudi, tapi tak berkesempatan. Apapun, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia ke Anak Cucu.

Ini jadual terbaru program yang bakal saya sertai.

10- 15hb Disember : Program Rakan Muda Jiran Muda. Di Sweet Beach Bachok.
16-17hb Disember : Kursus Fasilitator Belia Benci Dadah. Di Hotel Perdana, Kota Bharu.
18-21hb Disember : Kem Belia Benci Dadah. Di Pasir Mas.
23-24hb Disember : Kem Solat Remaja. Di Pohon Buluh, Pasir Mas.

Setelah itu, saya akan mula bertugas sebagai Ustaz di Maahad tahfiz Sains, mulai 2hb januari tahun depan. Buat masa sekarang ni agak sibuk dengan kuliah dan ceramah di masjid-masjid sekitar Kelantan. Ruang untuk menulis dan melukis semakin sempit.

BICARA PARADIGMA 1

Tunas Itu

Bila disebut ketam, mana mungkin ia berjalan ke depan. Bila kayu yang dipanah mentari itu bengkok, mana mungkin bayangnya menjadi lurus. Itu adalah sunnah alam. Hanya yang lurus, akan melahirkan yang betul. Hanya yang betul akan mencipta sesuatu yang tegak. Begitu juga hubungan antara guru dan murid, guru yang mempunyai paradigma yang betul dan kriteria yang murni sahaja bisa melahirkan murid-murid yang berkarisma. Murid-murid adalah tunas yang perlu disemai dan dibajai dengan air-air budi dan baja-baja ilmu yang segar. Jika air dan baja itu bobrok, ia akan pantas menjadi haprak.

Tidak dinafikan ada juga tunas yang tumbuh subur tanpa perhatian sesiapa. Mungkin disebabkan persekitaran yang baik dan keadaan sekeliling membantu kemandiriannya menjadi sekuntum tunas yang mekar dengan budi dan moral. Hal itu mungkin terjadi jika wujudnya persekitaran yang baik. Tetapi, di zaman sekarang ini adakah mampu kita temui suatu daerah yang benar-benar aman dari kebejatan dan keruntuhan moral?

Mungkinkah kita temui daerah sebegitu? Jika ada, di mana? Di Kelantan?

Atmosfera yang Meracuni

Majoriti tunas-tunas muda menjadi rosak dan bobrok akibat ketewasannya menghadapi suasana. Ia menjadi rencam diselubung atmosfera yang penuh kekeliruan. Tidak mampu membezakan mana satu racun dan penawar, akhirnya ia terhidu racun dan merosakkan saraf paradigma dalam jiwanya. Bila sarafnya rosak, paradigmanya hancur.

Kesukaran untuk mencari udara yang bersih, sinar yang murni dan tanah yang subur menyebabkan kebanyakan tunas menjadi makhluk sia-sia. Sukar mereka temukan suatu daerah yang mendidik dan membentuk pekerti murni. Di mana-mana sahaja mereka memandang dan bernafas, mereka akan menatap budaya yang telah runtuh etika dan songsang definisi moral. Mereka tidak faham apa itu baik dan apa itu buruk. Lebih teruk, mereka tidak kenal apa itu dosa dan pahala.

Kerana itu beribu-ribu tunas menjadi haprak di pusat serenti, menjadi mayat kering dimamah dadah dan heroin. Yang berkeliaran bikin huru-hara hingga menimbun kes ragut, pecah rumah, rompak, rogol dan bunuh. Ini adalah suasana yang lahir bila moral dan agama diabaikan oleh majoriti penduduk negara.

Definisi

Definisi adalah erti. Hanya yang mengerti akan tahu definisi setiap sesuatu. Contohnya bila ditanya apa itu kejayaan? Apakah erti kejayaan sebenar? Apa hakikat kejayaan? Bolehkah kita menjawabnya dengan tepat dan pasti? Begitu juga bila ditanya pada remaja, apa yang kamu mahu sebenar-benarnya dalam kehidupan ini? Apa yang kamu inginkan dalam kehidupan yang singkat ini? Apakah barang yang bila kamu memilikinya barulah kamu dianggap berjaya?

Berjaya setelah mempunyai duit? Duit akan habis juga…
Berjaya bila sudah ada karier yang stabil? Karier akan berkahir juga…
Berjaya bila jadi selebriti? Popularity akan pudar kelak…
Berjaya bila memiliki akhlak yang baik? Akhlak dan budi dibawa mati…

Sejujurnya saya tidak tahu apa yang remaja sekarang inginkan dan apa yang mereka terkejar-kejar. Yang saya tahu, remaja sekarang malas berfikir tentang masa depan dan hanya tahu nak senang dalam masa yang singkat. Kalau boleh semua benda nak cepat, nak segera, tak mahu penat atau bersusah payah. Tanpa berfikir kesan buruk daripada tindakan yang mereka ambil. Akhirnya, mereka senang seketika dan menderita lama.

Justeru, sebelum berbuat sesuatu perlu masing-masing jelas tentang sunnah alam. Sesuatu yang baik memang sukar diperolehi. Mana mungkin nak emas berketul-ketul dengan buat kerja sehari. Jadi, perlu mengerti bagaimana kejayaan sebenar diperoleh? Perlu tahu apa itu usaha? Perlu tahu apa itu sabar dan tegar.

Sunday, November 19, 2006

Novelku dan Novelmu...Bagaimana?

Sudah lama saya tidak bercerita tentang karya sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya masih giat menulis. Buku kedua saya sudah siap ditulis dan akan dihantar ke syarikat PTS untuk dinilai dan diproof tidak lama lagi. Buku kedua ini berjudul 'Mencari Cinta Khalifah'(MCK). Ia sebuah genre novel Islamik.

Dari segi persembahan, ia hanya sebuah novel biasa tanpa lukisan tangan. Tidak sama dengan 'Sekudus Nur Ilahi' kerana ianya dalam genre Novel Grafik Islamik. Untuk buku MCK ini saya sudah emelkan soft copy novel tersebut kepada PTS Publication untuk membuat penilaian, kata salah seorang editor di sana buku tersebut 'Kemungkinan Boleh Diterbitkan' cuma...

Cuma masalahnya genre novel Islamik belum mempunyai teman di pasaran. Artinya apa? Mereka tidak bercadang untuk segera menerbitkan novel dalam genre Novel Islamik memandangkan tidak ada buku lain terbitan PTS yang satu genre dengannya. Dibimbangi buku tersebut terkontang-kanting sendirian di pasaran dan tidak dapat diletakkan atas rak yang khusus.

Begitulah nasib buku pertama saya "Sekudus Nur Ilahi" yang tidak mempunyai rak khusus. PTS Mengakui sukar untuk mengklasifikasikan buku pertama saya...adakah ianya komik? Atau novel? Jadi...pengklasifikasian itu membuatkan proses pemasarannya agak sukar. Jika saya menerbitkan buku kedua yang satu genre tapi berbeza persembahan ini, dibimbangi nasib yang sama akan menimpanya.

Saya juga hairan. Betulkah saya seorang sahaja yang menulis genre Novel Islamik? Adakah novel-novel lain tidak Islamik? Boleh jadi masalah itu tidak timbul dalam syarikat penerbitan seperti Karangkraf atau Alaf 21. Kerana mereka sudah mempunyai klasifikasi buku yang fleksibel dan setiap klas mempunyai stok judul yang banyak.

Apapun...saya menyarankan kepada penulis Islam...agar beramai-ramai menerbitkan buku Novel Islam. Bertemakan Islam dan berkonsepkan Islam yang 'Murni' dan 'Benar'. Untuk kita edarkan ke dalam masyarakat sebagai bahan bacaan yang membangun minda dan agama.

Setelah kau dan aku sudah mempunyai novel tulisan sendiri. Novelku dan novelmu bisa memasuki pasaran bersama dan novelku tidak lagi sendirian. Ayuh teman...mari menulis novel Islam di PTS.

Wassalam.

Thursday, November 09, 2006

Kerja Amal

KERJA YANG IKHLAS

Apabila saya menghitung amal kebajikan sendiri, terasa amat kurang. Terlalu kurang. Hampir dikatakan nihil. Apatah lagi jika saya menghitung amal yang dikerjakan dengan IKHLAS iaitu dengan niat mencari redha Allah semata-mata. Saya pasti amat sukar untuk melaksanakan amal sebegitu. Namun, sebagai insan sedaya upaya kita perlu melakukan ibadat dan amal kebajikan seikhlas mungkin.

"Jika kita melaksanakan sesuatu kerja, pilihlah kerja yang baik-baik. Bukan untuk menggembirakan manusia tetapi untuk menggembirakan Allah. Buatlah apa sahaja, dengan niat untuk membuat Allah redha...bukan kerana menyukakan mana-mana manusia yang ada. Apabila Allah suka dengan kerja dan usaha kita...maka harus bagi Allah memberi hidayah kepada orang di sekeliling kita"

MUALLIM DAN MUBALLIGH

Saya membuat komparatif antara bilangan sukarelawan yang wujud dalam profesion muballigh dan muallim. Dari kacamata saya yang sempit serta 'sangkaan' sendiri yang dibut tanpa kajian empirikal...saya mendapati agamawan yang menjadi sukarelawan menyampaikan agama adalah sangat kurang. Benar! Memang ramai yang menjadi muballigh dan muallim tetapi bukan dari latar belakang pengajian agama secara formal.

Maksud muballigh dan muallim di sini bukanlah mereka yang bertugas menjadi USTAZ di sekolah yayasan mahupun kementerian. Bukan juga orang yang bergerak di pentas POLITIK(khususnya yang berjawatan). Tetapi mereka yang membuat usaha menyampaikan dakwah dan mengajar masyarakat setempat di luar waktu kerja rasmi. Sama ada dengan menulis, membuat kerja tertentu atau berceramah. Itu maksud saya. Sehingga kini, saya masih hampa dengan sesetengah(bukan kesemua) yang berstatus ustaz ataupun agamawan kerana ketidak sediaan mereka menunaikan amanah menyampaikah ilmu agama secara percuma. Mereka tidak mahu bersusah payah bekerja jika tiada jaminan keuntungan. (Ini adalah realiti)

MENGGALAS TAKLIFAN

Sebaik syawal menjengah, saya memaklumkan kewujudan saya di Kelantan kepada pihak-pihak ternama. Sama ada Majlis Agama Islam, Yayasan Islam Kelantan dan kenalan-kenalan di tanah air. Pantas saya diberikan tugas dan beberapa taklifan. Antaranya mencari tenaga muda untuk menyampaikan kuliah di masjid-masjid mukim atau surau-surau kecil. Termasuklah diri saya sendiri yang sehingga kini boleh dikatakan kerap kali menjadi pengganti pengkuliah selain menjadi pengkuliah tetap di beberapa tempat. Itu bukan isunya...isu di sini ialah apabila saya menghubungi beberapa kenalan yang saya anggap mempunyai kredebiliti dan ketokohan untuk mengambil taklifan ini...dengan rendah diri mereka memberikan alasan TIDAK BERSEDIA. Mereka tidak bersedia untuk mengimarahkan masjid-masjid Allah.

Benar! Mereka bukan menolak tetapi belum bersedia. Saya tidak pasti apakah alasan sebenar yang menghalang mereka untuk menyampaikan agama dalam situasi masyarakat yang kian bobrok dan celaru ini. Saya tidak pasti kesibukan apakah yang menjadikan mereka tidak mahu bersuara di tengah masyarakat yang kian punah dan rosak ini. Saya takut...jika taklifan ini tidak digalas mulai sekarang...saya bimbang Allah taala akan menyoal di akhirat kelak dan saya tidak mempunyai alasan untuk menjawabnya.

Apapun...saya tidak menafikan bahawa masing-masing harus menyumbang mengikut kemampuan. Buatlah apa sahaja yang baik, asalkan kita ada sumbangan. Jangan kontang usaha atau kosong ikhtiar untuk membantu agama...namun, fikir-fikirkan juga bagaimana cara kita mahu mendekatkan masyarakat kepada masjid. Tanpa orang muda yang mengisi slot kuliah di masjid atau pengisian-pengisian ilmu di tempat lain...saya bimbang masjid-masjid yang wujud kian suram dan lesu. Masyarakat kian jauh dari rumah Allah dan akhirnya berlakukan khilaf dan fitnah yang membimbangkan.

Hakikatnya...ramai agamawan tidak buat kerja mereka. Sedangkan orang muda yang menjadi penagih berlambak. Penagih tak henti-henti buat kerja mereka, meragut...mencuri kabel dan lain-lain. Mat rempit, mat ganja, mat rogol dan zina serta macam-macam kerja mereka buat. Kalau nak compare bilangan mereka dengan bilangan agamawan...saya rasa terdapat jarak yang agak besar. Pastilah mereka lebih ramai. Jadi? Kenapa kita masih boleh tidak bersedia. Sedangkan kita tahu realiti masyarakat kita yang kian parah?!


MEDIUM

Kekadang saya lemas dengan suasana. Lemas dengan cara dan mentaliti pihak-pihak tertentu. Secara jujurnya saya tidak suka menggunakan medium politik untuk berdakwah. Saya merasa lemas jika saya dikaitkan dengan parti-parti tertentu. Apatah lagi jika saya diminta bekerja untuk parti... bukan bekerja untuk Islam. Kerana terlalu banyak kes-kes keretakan silaturrahim berlaku di dalam masyarakat apabila seorang muballigh dan muallim membawa bendera parti tertentu tanpa menggunakan mizan Islam secara sahih. Berbeza pula dengan muallim dan muballigh yang berdakwah tanpa menjadikan isu politik sebagai titik bengit untuk berdakwah. Mereka ini akan mudah didekati tanpa sebarang prejudis.

Erti sebenar saya di sini...bekerjalah dan beramallah kerana ALlah. Bukan kerana parti atau manusia tertentu. Jika anda memilih parti mana sekalipun, jangan sampai ia meretakkan silaturrahim dalam masyarakat. Gunakanlah kebijaksanaan...bukankah antara sikap nabi itu Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Cubalah kita memiliki sifat ini dahulu sebelum kita memiliki sifat yang lain.

Akhlak itu penting bagi seorang agamawan. Silaturrahim itu wajib dijaga. Jangan kerana politik maka akhlak dalam pertuturan dan pergaulan kita abaikan. Sanggup meretakkan silaturrahim dan sebagainya.

Wednesday, November 08, 2006

Bagaimana Rasanya Menjadi Lelaki Matang?

Saya masih bingung dengan perkataan matang. Kurang pasti apa itu definisi matang yang paling tepat. Adakah sesudah berkahwin - bekerja - punya rumah dan kereta - barulah dikatakan matang? Betulkah begitu? Atau apabila anda mampu mengurus diri, keluarga dan kerjaya dengan baik, barulah dikatakan matang? Apa sebenarnya definisi matang? Adakah anda boleh memberikan kepada saya satu definisi ringkas dan padat untuk perkataan 'Matang'.

Saya selalu ditegur kerana kurang matang dalam berbelanja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak berada. Bukan mewah tetapi berkemampuan. Saya mudah berbelanja besar untuk adik-adik dan ibubapa. Kerana itu, ibubapa saya kerap menegur "Kau tak simpan ke duit tu untuk kegunaan masa depan." Lagi mereka menambah "Tak pandai berjimat...ertinya tak matang lagi dalam mengurus kewangan".

Saya bingung juga. Bingung untuk mendefinisikan apa itu jimat cermat dan apa pula yang dikatakan matang. Memang benar saya suka berbelanja...untuk diri sendiri, untuk adik-adik dan ibubapa. Jarang sekali saya berbelanja untuk rakan-rakan. Banyak menghabiskan wang sendiri untuk membeli barangan dapur dan makanan. Jarang pula membeli pakaian mahal2 dan aksesori yang berjenama. Kerana saya suka yang simple dan kemas.

Beberapa bulan duduk sebumbung dengan orang tua saya banyak goyang kaki (Tak ada kerja) mereka banyak menegur sikap boros(walaupun duit itu saya dapatkan menerusi karya dan usaha sendiri) dan juga sikap berlenggang saya. Saya mengaku...itu memang terkena atas batang hidung. Secara beransur-ansur saya sedar bahawa kemampuan mengurus kewangan saya masih ditahap lemah. Jika begini keadaannya, bagaimana saya mahu mengemudi kewangan keluarga sendiri kelak?

"Jadilah lelaki matang. Jangan muka jer nampak matang tapi perangai macam budak2. Duit tu berawas-awaslah ketika nak berbelanja. Jangan sedap tangan jer nak beli itu ini. Bukankah bermewah-mewah tu boleh membinasakan seseorang?" Itu antara teguran orang tua saya secara telus dan direct. Ia agak berkesan...memang berkesan! Dan saya perlu memandang cara2 untuk memperbaiki kelemahan itu.

Tapi saya masih bingung... "Jadilah lelaki matang" ...errmm...matang yang bagaimana itu?

"Yang tidak seperti kebudak-budakan"

Huh! Pening-pening.

Tuesday, October 31, 2006

MENJADI SEORANG PENDIDIK

Saya putuskan untuk TIDAK terlibat dalam dunia perbukuan secara langsung. Saya putuskan untuk TIDAK membuka kelas sendiri. Bererti saya akan memulakan karier saya sebagai guru sepenuh masa di maahad tahfiz sains, Bustanul Arifin. Mulai tahun depan saya akan membawa status pendidik.

Saya terbaca sebuah hadis ketika berumur 14 tahun "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibuabap". Setelah saya bertanya kepada ibubapa saya dari hati ke hati...mereka lebih redha dan bahagia jika saya menjadi guru. Dengan itu saya sebagai anak sangat-sangat menginginkan kebahagiaan mereka. Saya putuskan untuk mengambil profesion perguruan sebagai kerjaya.

Saya akan menulis secara sambilan dan menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan. Pun begitu, minat saya yang mendapat terhadap penulisan ini tidak akan mematikan usaha saya di tengah jalan. Doakan saya mapan.

:)

Sunday, October 29, 2006

KEPUTUSAN

Saya sudah memutuskan untuk menjadi pendidik seumur hidup. Tidak kira bergerak atau bekerja di mana-mana lapangan, namun menjadi pendidik itu adalah satu kemestian. Tidak kira yang dididik itu diri sendiri atau orang lain. Saya akan cuba membina karismatik seorang yang pandai memupuk, menyokong dan memberi galakan kepada diri sendiri dan orang sekitar. (Itu adalah hasrat di hati, tiada siapa yang tahu ianya akan mampu direalisasikan atau tidak)

Mulai tahun depan saya akan bekerja sebagai guru al-Quran di Maahad Tahfiz Sains, Bustanul Arifin. Lokasi sekolahnya adalah di Bukit Panau, Tanah Merah. Bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan informasi dan borang kemasukan sesi baru, bolehlah menghubungi saya di sini.

Selamat berhari raya kepada semua, pandu cermat dan jiwa akan selamat.


Friday, October 20, 2006

Perjalanan Membina Kerjaya

Sudah beberapa minggu saya tidak mengarang di sini, agaknya sudah ada sarang labah-labah di bucu atau di sudut sawang. Siapa tahu kan? Ceritanya begini, saya sedang bertungkus lumus mencari jalan hidup. Hal itu membuatkan saya tidak mampu mengarang di blog.

Sebaik pulang ke tanah air baru-baru ini, saya mendapat dua tawaran.

1) Ditawarkan menjadi guru tahfiz di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Tumpat. Kerja sebagai guru akan bermula pada awal tahun depan. Waktu bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Kemudian di sambung balik dari jam 8.00 malam hingga 10.00 malam bagi kelas quran sahaja.

2) Di tawarkan menjadi supervisor komik Islam, Salahuddin Al-Ayubi di syarikat Dian Darul Naim. Bermula bulan 3 tahun depan. Waktu bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00petang. Tiada sesi malam.

Sehingga sekarang saya masih menimbang untuk menerima yang mana satu. Pun begitu, saya lebih cenderung untuk mencari pengalaman lebih dalam dunia penerbitan. Setakat ini jika ditanya, apa yang saya inginkan? Pasti saya akan memilih Dian Darul Naim. Lagipun, saya mempunyai waktu senggang di waktu malam untuk berehat bersama keluarga.

Lagi, saya diminta oleh saudara mara di kampung untuk mengambil alih sepenuhnya tugas mengimamkan masjid Kampung Belukar. Saya sendiri tidak tahu apa tugas yang wajar diberikan untu taklifan sebegitu. Mudah kata, jadi imam muda di kampung. Setakat ini kampung saya menghadapi krisis pak imam. Ada yang boleh jadi imam, tapi terlalu sibuk atau tak sempat nak jenguk masjid. Manakala yang jadi makmum kebanyakan masih kurang bagus tahap penguasaan tajwidnya. Setakat ini, alhamdulillah allah berikan kekuatan untuk mengimamkan solat terawih dan juga kuliah subuh tiap-tiap hari sepanjang ramadhan. Itupun tidak sepenuhnya, kekadang saya keluar ke bandar atau sibuk dengan urusan tertentu menyebabkan tidak sempat pulang ke masjid.

Sayang benar, kariah saya yang ramai muda mudi ini tidak banyak yang boleh di bawa ke masjid. Rata-rata masih melepak di tepi jalan atau lepak di kedai kopi. Memandangkan situasi kariah/kampung yang agak membimbangkan, saya mengakui keberadaan sendiri di kampung adalah penting. Bahkan saya mengharapkan jika ada rakan-rakan kita yang di Mesir berada sekitar kampung belukar, beta hilir atau mulong untuk turut sama menyumbang tenaga dan ilmu buat kampung belukar. Mudah-mudahan akan ada pakatan yang lebih baik suatu masa nanti.

Oh ya, sempena musim cuti sekolah ini saya akan terlibat secara langsung dengan rakan muda jiran muda, anjuran kementerian belia dan sukan sebagai penyelaras bahagian agama. Tak pasti lagi bagaimana bentuk program yang bakal diadakan, yang pasti saya akan belajar sesuatu daripadanya.

Sebetulnya masih banyak benda yang ingin dikongsi, tapi waktu tidak mengizinkan saya duduk bercerita dengan begitu lama. Sekadar ini sahaja yang mampu saya coretkan buat tatapan saudara dan saudari. :) Kepada rakan-rakan pembaca. Selamat menyambut Syawal dan doakan keberkatan hidup dunia dan akhirat. Amin!

Saturday, October 07, 2006

MANDOM

Garu-garu...pening. Bangun dan berjalan keliling bilik, tapi duduk kembali. Bersandar dan memandang laptop, lepas tu berbaring. Memang sah!

Aku bangun keluar bilik. Cari majalah, baca dan baca. Cari buku, baca dan baca. Terasa kosong. Memang sah!

Aku dah mandom! Tolong weiii! Aku nak buat sesuatu yang benar-benar memberi anjakan paradigma. Tapi apa...? Memang sah!

Aku dalam kemandoman yang amat!!!

Sunday, October 01, 2006

ENTRY yang Sukar

Inilah kali pertama saya merasakan terlalu sukar untuk menulis satu entry. Bukan kerana ketiadaan idea, tetapi kerana ketiadaan masa dan peluang. Saya terpaksa merancang masa dengan baik untuk menjengah ke cyber cafe dan menulis dengan pantas semua yang berada di dalam cepu otak sendiri.

Jika di mesir, saya tidak perlu gusar untuk mencari tempat. Di mana-mana sahaja ada siber cafe. Sekitar rumah saya sudah ada 2 siber cafe. Tetapi, setelah balik ke kampung...saya perlu mencari siber cafe dengan menaiki kereta terlebih dahulu. Paling dekat jaraknya ialah 5km. Sungguh jauh rasanya.

Sekarang, saya mempergiatkan proses pembikinan novel grafik kedua. Dalam masa yang sama, menjadi imam terawih di kampung. Tahun ini, adalah tahun yang paling melegakan selaku imam terawih. Jika tahun lepas, saya perlu bergilir ke masjid Besar Salor. Tahun sebelumnya juga begitu. Apapun, mudah-mudahan saya diberikan kesihatan untuk menjalankan tugas imam terawih dengan baik.

Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawih!

Siru ala barakatillah.

Wassalam.

Thursday, September 21, 2006

Buku Kedua Menyusul

Assalamualaikum

Saya alhamdulillah, bikhair. Bagaimana dengan anda semua? Harapnya sentiasa sihat.

Sekarang saya memulakan susun balik proses pembikinan buku kedua. Hari isnin lepas sudah selamat menandatangani agreement kali kedua. Syukurlah, tak ada sebarang masalah. Katanya buku Sekudus Nur Ilahi dah terjual sekitar 2000 lebih di pasaran. Tak begitu memberangsangkan(bagi saya), tapi...kata penerbit itupun sudah dikira bagus bagi sebuah buku genre novel grafik.

Sekarang saya nak pastikan paling kurang dapat hasilkan 5 buah novel grafik sebelum saya menyibukkan diri dengan penulisan dalam genre yang lain. Doalah supaya perancangan saya sebagai penulis baru ini mendapat kelancaran. Insya allah!

Sekian, wassalam.

Saturday, September 16, 2006

BLUR

Sesampai di Malaysia, saya tergesa-gesa menziarahi nenek di rumah bapa saudara. Rumahnya di Kajang berhampiran padang golf Saujana Impian. Alhamdulillah, nenek bertambah sihat dan saya menemaninya dari pagi ke malam sepanjang dua haru lepas. Katanya, dia suka kalau dapat berbual dengan cucu dari Kelantan. Maklumlah, nenek saya orang Kelantan manakala cucu yang menjaganya sebelum orang Kuala Lumpur, mereka tak mampu mengerti dengan baik bahasa pertuturan nenek yang pelat.

Hari isnin, 18hb September ini saya akan ke opis PTS Millennia di Wangsa Maju. Menandatangani kembali agreement yang hilang. Moga dipermudahkan. Insya allah. Buat seminggu terdekat ini, saya tidak tahu mahu merancang apa. Semuanya masih BLUR.

Jumpa lagi.

Thursday, September 07, 2006

TERGENDALA SEKETIKA

Saya perlu berhenti mencatat di sini untuk seketika. Demi menghadapi beberapa persediaan sebelum Muktamar Sanawi anak Kelantan. Juga persiapan untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada 13hb September ini. Justeru, dengan rasminya siaran akan tergendala seketika.

Ada umur dan peluang, kita bertinta lagi.

Wassalam.

Sunday, September 03, 2006

PMHK dan masalah seputar

PMHK adalah akronim bagi Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan. Antara agenda yang wujud di dalam PMHK adalah pertandingan dewan (sprt debat ala parlimen, berbalas pantun, sajak dan sebagainya). Acada padang (sprt bola sepak, bola tampar, futsal dan sebagainya)

Di sini saya ingin menegur beberapa kelemahan sepanjang PMHK ke-49, tanpa mengkhususkan mana-mana individu.

Masalah Pertama (Makluman)

Maklumat pertandingan berubah-ubah dan tidak tetap. (Seperti tarikh penyerahan borang dan jumlah peserta) Syarat penyertaan yang dibuat secara semberono dan remeh. Walaupun pada asalnya sudah ditetapkan oleh pihak penganjur, namun...ia berubah di hari pertandingan. Ini menyukarkan pihak BKAN/DPM untuk mencukupkan bilangan kontijen dan menggenapkan bilangan penyertaan.

Masalah Kedua (Peraturan)

Juga berkaitan masalah komunikasi yang teruk sehingga menimbulkan salah faham antara peserta dan penganjur. Boleh dikatakan dalam semua acara yang berlangsung terdapat masalah. Seperti masalah untuk mencari hakim, menetap peraturan dan menentukan giliran. Malah terdapat kes-kes tertentu pihak penganjur terpaksa berbincang semula dengan peserta untuk menyusun syarat pertandingan.

Apa yang saya hairankan, di mana rujukan dan catatan syarat pertandingan tahun lepas? Hilangkah? Tercicirkah? atau bagaimana?

Masalah Ketiga (Penghakiman)

Catatan pemenang dipihak penganjur juga tidak lengkap sehingga menjejaskan mutu penghakiman. Terdapat kesalahan dalam keputusan pertandingan yang begitu besar seperti tersilap menyebut Johan dan Naib Johan. Lebih malang, keputusan itu tidak dibuat ralat. Dan pemenang tidak dapat menerima hadiah yang layak diperolehinya. Jika saya menjadi pemenang, saya akan merasa amat dukacita. Amat-amat dukacita.

Ini bukti bahawa pihak penganjur tidak membuat semakan rapi sebelum pengumuman dibuat. Saya berpesan agar ajk PMHK jangan main-main dalam bekerja. Harus serius!

Masalah Keempat (Rujukan dan Sistem)

Masalah terbesar dan utama pada PMHK kali ini ialah ajk tidak membuat sebarang rujukan pada laporan yang lepas. Jika dibuat sekalipun, ia tidak menyeluruh. Walaupun saya orang luar, namun kelemahan ini begitu ketara. Saya dapati setiap tindakan dan pelaksanaan pertandingan dibuat tanpa sistem yang pasti. Kerana itulah timbulnya masalah-masalah di atas.

Apa yang dikesalkan adalah kurangnya kerjasama adik-adik baru dengan abang-abang lama. Sepatutnya, junior perlu merujuk laporan dan orang terdahulu untuk mengambil pandangan. Malangnya hal itu tidak berlaku dan kesannya...program PMHK tahun ini terlalu banyak khalal dan talar.

Cadangan :

1) Sila kemaskini setiap laporan unit PMHK sebagai rujukan Badan Pengurus sesi depan.
2) Pastikan, setiap kelemahan dan kesalahan pengurusan dicatat dan disampaikan kepada penganjur akan datang.
3) Elakkan setiap ajk unit daripada menangguh kerja atau membuat kerja last minute.

Perhatian :

Kepada Badan Pengurus yang terlibat secara khusus dalam hal ini, haruslah meningkatkan lagi fleksebiliti pengurusan. Jangan sekadar memantau, tetapi perlu kreatif dalam mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul. Sekalipun anda sudah melakukan yang terbaik, namun PMHK kali ini belum cukup baik jika dibandingkan dengan PMHK sebelumnya. Tahniah! Baiki yang kurang dan cuba lagi!

Saturday, September 02, 2006

Tugasan di luar dan di dalam rumah

Sekarang waktu paling sibuk untuk kesemua house mate saya. Semuanya terlibat dengan Unit Sambutan Mahasiswa Baru(USMB 2006) dan sebahagiannya terlibat dengan Muktamar Sanawi(MS) KPKM bagi tahun ini. Manakala saya dan Lokman pula terlibat dengan SPR.

Nazeri - Exco Pengetahuan dan memangku jawatan Exco Perumahan
Faizal - Ketua unit Pembekalan untuk USMB.
Rosaimi - Timbalan Pengarah USMB dan juga Ketua editor bagi Album Kenangan.
Lokman - Setiausaha SPR dan ajk unit pembekalan.
Muaz - Bendaharai Muktamar Sanawi.
Wan Chu (Iskandar) - Setiausaha USMB.

Sekarang ini, hanya saya yang punyai banyak kelapangan waktu. Bermakna, saya perlu menampung hal-hal pengurusan rumah. Cuma, seperti kebanyakan mahasiswa...saya mendapati sesetengah house mate saya meletakkan keutamaan pada tugas di luar rumah dan mengabaikan tugas di dalam rumah. Saya fikir, cara begitu tidak kena.

Jika anda menguruskan sesuatu tugasan di luar rumah, anda tetap perlu tahu apa yang berlaku di dalam rumah. Khususnya perkara yang melibatkan penggunaan wang, bekalan makanan dan peralatan. Seorang suami, sekalipun sudah mempunyai isteri yang membantu di rumah...dia tetap perlu mengetahui masalah dan perkara-perkara yang berlaku di dalam rumah. Supaya dia dapat membantu si isteri mengurus dengan lebih baik.

Sepanjang waktu, saya menilai diri dan house mate. Saya mendapati, kelemahan paling ketara yang ada pada diri seorang lelaki ialah untuk menyeimbangkan masa antara tugasan di dalam dan di luar rumah. Majoriti lelaki lebih meletakkan prioriti pada kerja di luar rumah. Kononnya bekerja di luar rumah itu tampak hebat dan bergaya. Justeru, ramai lelaki yang melupakan dan mengabaikan tugasan di dalam rumah. Ini adalah satu kesilapan besar! Khususnya bagi umat Islam yang dilantik menjadi khalifah di muka bumi.

Sejujurnya, saya kurang bersetuju dengan sikap lelaki yang (kononnya) terlalu sibuk sehingga menjadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak bertugas di rumah. Apatah lagi jika timbul masalah komunikasi di dalam rumah, mereka ini langsung tidak mahu meluangkan masa untuk berbincang. Sesetengah menganggap tidak perlu berbincang dan negosiasi adalah perkara remeh.

Ini bukan salah sesiapa, ini salah kita semua(kaum lelaki) yang diberi rasa ego dalam diri. Jika ego diletakkan di tempatnya, ia akan menampakkan izzah. Tapi jika tidak, ia akan menjadi sebaliknya. Yang penting sekarang adalah kita perlu seimbangkan tugasan di dalam dan di luar rumah. Mudah-muadahan, apabila kita berkahwin nanti kehidupan rumah tangga masing-masing akan lebih teratur. Insya allah.

Insya allah!

Kisah Si Teruna (Episod 4)

Wahai dara, sabarlah... masa akan pantas berlalu dan jarak yang memisahkan kita akan hilang.

Si teruna wara-wiri dalam kamar, garu-garu kepala sendiri. 13hb adalah tarikh penerbangan pulang ke Malaysia, masa makin singkat. Esok, si teruna menduduki exam untuk subjek Falsafah Islam. Lusa, dia perlu menyelesaikan tugasan berkaitan SPR. Barang-barang belum dibeli untuk dibawa pulang. Nak beli apa?

Untuk keluarga, rasanya elok jika dibeli kurma dan jus buah-buahan. Untuk diminum bersama. Terutamanya jus mangga yang fresh. Untuk si dara, nak beli apa ye? Beli jubah? Ermm...duit tak banyak. Beli loket kristal? Elok juga. Teruna sengih sendirian. Dia yakin, pasti si dara akan suka... He! He! He!

Si teruna kira duit yang ada di tangan. Duit untuk uruskan kenderaan ke air port, duit sewa rumah, duit RM yang bakal digunakan sebaik tiba di KLIA. Setakat ni semuanya mencukupi. Buat masa ini, si teruna hanya boleh menunggu tarikh penerbangan pulang ke tanah air.

"Si dara, tunggu...aku datang kepadamu."

Friday, September 01, 2006

Doa cucu untuk nenek

Hampir 10 hari saya tidak berhubung dengan keluarga di Malaysia. Biasanya saya tetapkan pada hari Jumaat atau Sabtu untuk menghubungi keluarga, namun minggu lepas saya gagal. Kesibukan mengikuti program Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan ke-49 menjadikan rutin saya sedikit talar.

Alhamdulillah, saya sempat menghubungi mereka hari ini dan bertanyakan khabar nenek yang gering. Katanya nenek sekarang di hospital, kerap juga dia bertanyakan hal saya pada ibu. Dia mahu tahu bilakah saya akan pulang. Kalau saya berada di rumah, saya sering menjadi temannya di dapur. Jika dia memotong bawang atau menyiang ikan, saya akan buat-buat sibuk di dapur untuk temankannya.

Yang pasti, nenek selalu mengikut saya ke surau untuk solat berjemaah. Saya akan jadi imam dan dia akan jadi makmum. Paling disukainya, apabila Ramadhan datang...dia akan mengikut ke mana sahaja tempat saya menjadi imam. Tahun lepas saya menjadi imam surau di Kampung dan Masjid Besar Salor...nenek tak pernah ketinggalan walaupun terpaksa solat 20 rakaat di belakang saya.

Yang ingin diutarakan di sini, nenek sangat suka mendengar al-Quran. Kerana gemulah atuk saya tidak pernah meninggalkan tahajjud dan sentiasa membaca al-Quran setiap kali bertahajjud. Saya mohon jasa baik kalian yang singgah di sini...untuk mendoakan kesejahteraan nenek saya yang kini beristirehat di hospital kerana sakit tua.

"Nek, cucu doakan nenek sihat. Cucu harap umur dan waktu nenek masih ada untuk kita bersua. Cucu akan pulang 13hb ini, nenek jangan gusar...insya allah cucu akan menemani nenek di kamar istirehat nanti. Cucu doakan nenek baik-baik sahaja hendaknya."

Tuesday, August 22, 2006

Hujankah?

Soifi,

bikin tanah hatiku tandus. Jiwaku pijar dan panas. Aku tidak tahu mengapa, diri seperti tersesat. Aku fikir, diri sendiri adalah tasik yang menakung air. Bisa menyejukkan dan mendamaikan. Rupanya aku tersilap. Aku sebetulnya sebidang tanah kering di dataran sahara. Kononnya aku ini mampu mendamaikan orang, walhal diri sendiri adalah pepasir kering dan kontang.

Wargh!!!!!

Hatiku tandus.

Wargghh!!!!

Kering...panas...

Wargghh!!

Aku terbakar!

Aku terbakar! Hatiku sudah buta akibat api kemarahan. Emosiku berjelaga hitam dan kewarasanku terkatup dalam asap tebal. Sabarku telah hangus. Kewajaranku sudah terbang di bawa asap yang berkepul-kepulan.


Marah! Marah! Api kian marak!

Jangan dekat, nanti kubakar segalanya. Biar jadi arang, biar jadi abu. Kamu tuang minyak benci dan apiku akan merebak. Kamu tuang minyak kemarahan, nyalaku akan bertambah. Aku dalam kemarahan, kegilaan, kecamukan dan kepayahan. Buat apa lagi? Marahlah aku! Panaskan aku! Biar aku meletup...jadi abu dan arang.

Tik...

Tik...tak...tik...tak...

Titik air?

Tik...tik...

Hujankah?

Api mula padam. Marahku kian padam. Kepanasan...akhirnya hilang. Jadi dingin dan nyaman.

Tuhan, kenapa?

Aku mahu dituang minyak dan kepanasan. Kenapa kau berikan aku ini? (Tertunduk dan menangis)


P/S : Teman yang baik itu seharusnya meleraikan kekusutan dan memadamkan perselisihan. Ternyata, aku gagal dalam ujian untuk menjadi seorang teman yang baik. Tuhan, terima kasih kerana turunkan hujan. Untuk jiwaku yang gersang.

List

1) Bermain dalam kejohanan PMHK untuk team bola tampar dan futsal.
2) Menjadi panelis forum bagi kejohanan PMHK.
3) Menjadi hakim untuk pertandingan pantun dan sajak.
4) Membaca buku Falsafah Islam demi menghadapi exam.
5) Membantu SPR menyiapkan beberapa bahan untuk majlis taaruf calon exco akan datang.

Kerja yang baru selesai
1) Telah menyiapkan 3 jurnal Ribut Dari Gurun untuk Suara Hewi PMRAM.
2) Selesai berbengkel penulisan di Rumah Kelantan Baru.

Thursday, August 17, 2006

Titipan Ralat untuk Warga Iskandariah

Titipan ini khusus buat siswi Iskandariah yang menyertai bicarawara sastera di dewan Zajlatul Abidah baru-baru ini. Sepatutnya slot bicawara itu bermula jam 2.00pm tetapi telah teranjak hampir 40 minit. Hingga jam 2.40pm barulah ia dapat dimulakan.

Saya mohon maaf terlebih dahulu. Ada perkara yang ingin saya jelaskan. Saya mendapat maklumat dari blog seorang RAFIK yang menyatakan kelewatan itu disebabkan saya. Baiklah, di sana ada salah faham yang perlu saya perbetulkan.

Rafik tersebut memberitahu, program bicarawara tertangguh selama 40 minit itu disebabkan saya lambat muncul di lokasi. Dia juga husnu zhon dengan menyatakan, barangkali saya tersesat jalan. Ini menyebabkan seorang lagi panelis bagi slot tersebut iaitu ustaz Arif terpaksa menunggu hampir 40 minit di muka pintu dewan. Beliau tidak dibenarkan masuk sehingga saya muncul.

Begitulah cerita rafik saya di blognya.

Saya mahu perbetulkan semuanya. Saya sebenarnya tidak lewat. Saya malah tiba di lokasi bersama ustaz Arif tepat jam 1.55pm iaitu 5 minit sebelum slot saya bermula. Akhirnya, saya terpaksa berdiri di depan dewan Zajlatul Abidah selama 40 minit bersamanya. Saya tidak tahu siapa yang menyatakan saya datang lewat. Saya juga pelik bagaimana mereka boleh menyangka saya tidak muncul di lokasi, padahal saya berdiri dan mengetuk pintu dewan sebaik sampai di lokasi.

Saya sebetulnya rasa terhukum. Bayangkan, saya datang menepati waktu, berdiri di depan pintu dewan selama 40 minit. Yang mana sewaktu kami tiba, dewan kelihatan lengang. Bahkan, sewaktu program bermula jam 2.40pm itu peserta masih ramai yang belum tiba. Akhirnya, setelah program selesai...saya dikatakan punca program bermula lambat.

Pelik juga kan? Seolah-olah saya terkena suatu hukuman. Mula-mula saya dijemput sebagai panelis. Setelah kami datang tepat pada masanya. Di paksa berdiri 40 minit di luar dewan. Akhirnya, setelah semua selesai lalu saya di katakan punca program bermula lambat.

Ala kulli hal. Saya mahu tegur dua perkara.

1) Sila betulkan fakta yang salah itu.

2) Kepada yang membikin cerita bahawa saya datang lambat, harapnya dia berhati-hati. Apatah lagi jika menyalahkan saya pada perkara yang saya langsung tiada kaitan dengannya.

Sekian, wassalam.

Monday, August 14, 2006

Menulis untuk Menyumbang

Minggu lepas, saya dihubungi ustaz Hud selaku BPP PMRAM. Dia mengkhabarkan satu berita baik. Novel saya 'Izinkan Aku Pergi' (IAP) telah siap disemak dan telah mendapat kelulusan. Saya gembira. Mudah-mudahan doa dan harapan saya selama 5 tahun terkabul.

5 tahun yang lalu saya budak kampung yang tak tahu apa itu dunia penulisan dan perbukuan. Saya menyertai WARTA PMRAM dan bergiat cergas kerana minat. Kemudian, beberapa orang rakan mahu menaikkan saya sebagai exco penerbitan. Saya jadi gawat.

Saya bertemu beberapa orang senior yang arif dalam dunia penerbitan, antaranya ustaz Rosdi Abdullah. Iaitu penyusun antologi cerpen 'Sinar Di Horizon Nil' yang diterbitkan oleh DBP. Dia berpesan pada saya. Ambil ilmu persatuan ini secukupnya, sebelum anda pulang ke Malaysia sebagai graduan...pastikan anda tinggalkan jasa di sini. Dengan kata lain, menghasilkan buku sendiri untuk pelajar Mesir.

Buat masa ini, saya perlu siapkan kata pengantar dan menyerahkan design kulit novel IAP. Kemudian, sebaik persetujuan dibuat...buku itu akan saya lepaskan sepenuhnya untuk manfaat PMRAM. Novel IAP ini saya bikin khas untuk PMRAM, keuntungannya akan dibahagi antara PMRAM dan KPKM. Saya cuma mahukan 10 naskah percuma novel IAP sebagai upah menulis. Itu sahaja. Dari awal lagi saya tidak bercadang menulis untuk keuntungan, saya menulis untuk menyumbang. Iya...menyumbang.

Memang ia masih hak milik saya, namun saya melepaskan hak itu untuk PMRAM. Terserah pada PMRAM untuk mengubah isi dan percetakannya. Ia bukan lagi hak saya. Oh ya! Hanya dengan PMRAM sahaja saya berlapang dada, dengan penerbit lain saya tidak akan bersikap begini.

Apapun...masing-masing perlu ingat. Bakat adalah pinjaman dari Allah SWT. Ia bersifat pinjaman dan tidak kekal. Jadi, tiada gunanya saya menguasai segala bahan yang ditulis sendiri kerana itu juga datang dari Allah. Mudah-mudahan, Allah menerima cara saya ini.

Wassalam.

Satu...Dua...Tiga...

Satu...

Sebenarnya saya baru memadam satu entry yang panjang. Lalu menggantikan ia dengan entry ini.

Dua...

Kekadang, saya juga hilang kewajaran dan mudah meradang.

Tiga...

Mohon maaf pada sesiapa yang terlibat. Saya hanya kanak-kanak dewasa. Yang belum cukup matang untuk membezakan antara teguran dan herdikan.

Setiap hari kita membikin berpuluh kesalahan, tetapi kita cuma mampu memohon ampun dengan beberapa ungkapan sahaja yang seerti dengan maaf. Memang benar, satu ungkapan 'maaf' tidak cukup untuk memadamkan sepuluh kesilapan. Tetapi...hanya itu sahaja yang mampu diucapkan.

"Maafkan saya, dalam hal ini...saya memang tersilap menghukum."

Sunday, August 13, 2006

RIBUT DARI GURUN

Fuh! Saya benar-benar ribut sehari dua ini.

Malah saya hampir terlupa kunci masuk ke blog sendiri. Maklumlah, lama benar tidak mencoret sampai ingat-ingat lupa password. Yosshhh! Inilah kehidupan mahasiswa tua yang belum pulang ke Malaysia. Perlu banyak berkongsi dan membantu mahasiswa muda. Juga belajar dari rakan-rakan yang bekerja sama-sama.

Memang! Apa jua ilmu sama ada ilmu akademik(hard skill) dan organisasi(soft skill), kita tak boleh lokek berkongsi. Kerana yang untung akhirnya kita juga. Kita akan menjadi semakin mahir dan cekap dengan ilmu tersebut.

Sebetulnya, saya menulis catatan ini ketika subuh dalam perjalanan. Sekarang 4.42am subuh pula sekitar jam 4.50am. Sementara menunggu azan, saya ingin berkongsi cerita. Kelmarin saya menelefon ayahanda untuk memberitahu keputusan exam. Saya pass dua subjek dan masih berbaki satu subjek. Subjek tersebut akan diduduki kali kedua pada 2 september ini. Doakan saya sukses dan pulang sebagai graduan.

Petang semalam saya bertanya ketua editor Suara Hewi, ustazah Suzana berkaitan dateline bagi jurnal saya. Katanya saya perlu siapkan pada 15hb ini. Buat makluman, saya kini sedang menulis jurnal 'Ribut Dari Gurun' sebanyak 4 siri untuk diterbitkan menerusi Suara Hewi PMRAM. Jika di Malaysia, 4 jurnal akan dibayar paling kurang RM 160. Tapi, jika diterbitkan menerusi karangkraf, satu jurnal saja sudah dibayar RM 150 - RM 300. Apapun, di sini bukan seperti di Malaysia. Di sini kita belajar untuk memantapkan paradigma sebagai mahasiswa Islam. Kita korbankan masa dan tenaga demi mengharapkan ganjaran dari Tuhan.

Hari ini, bengkel penulisan akan berlangsung di Rumah Kelantan Baru pada jam 9.00am. Saya diberitahu bahawa peserta seramai 20 orang. Jika benar seramai itu, maka jumlah itu adalah cukup ramai. Setakat ini, saya sudah bersiap sedia untuk berbengkel. Namun, malam semalam juga saya ditawar secara mengejut untuk menjadi pengisi program yang akan diadakan pada hari ini, jam 8.30am di Rumah Penang. Bererti di sana akan ada pertembungan antara bengkel saya dan program yang baru diterima.

Apa yang perlu saya buat? Tolak tawaran itu?

Tidak sama sekali. Saya terima. Saya benar-benar mahu memenuhi jemputan itu, justeru saya diminta menyiapkan kertas kerja. Apa lagi, dari jam 2.00am hingga 3.45am saya ralit menaip kertas kerja. Doakan agar saya sukses dalam pembentangan kertas kerja yang saya karang dalam masa 1 jam setengah. Berbekalkan persediaan masa yang kurang saya tetap mahu melakukan yang terbaik. Harapnya saya tidak tersungkur atau rebah ketika pembentangan. Maklum sajalah, tak tidur lagi dari semalam.

Penat, memang penat. Lebih baik saya menolak sahaja tawaran itu. Tapi, dalam soal ini saya optimis. Saya yakin, apa jua tawaran yang datang kepada kita sebetulnya ia datang dari Allah.

'La yukallifullahu nafsan illa wus'aha' Maksudnya : Allah tidak akan (sama sekali) mentaklifkan (Ke atas hamba-Nya) melainkan dia mampu melaksanakannya.

Saya yakin dan saya percaya, saya mampu melakukan hal tersebut. Walaupun di sana kemungkinan terdapat kecacatan dan kekurangan, anggaplah itu sebagai pengajaran untuk mematangkan kehidupan saya. Justeru, jika terdapat teguran dan kritikan selepas ini, saya akan hadapi dengan senyuman.

Ribut pun ributlah. Asalkan orang lain tidak rugi buat program, saya juga tidak rugi kerana dapat belajar sesuatu darinya. Hidup memang begini, saling perlu memerlukan. Saling perlu bantu membantu. Bukankah manusia itu lemah?

Ya Allah! Bantulah aku dalam membantu hambamu yang lain.

Amin!




Friday, August 04, 2006

Tiga Kesibukan

Lama benar rasanya tidak menulis di sini. Walaupun sering menjenguk, tapi tak punya masa mencoret. Saya kesuntukan masa untuk menulis di blog sendiri. Walaupun pada hakikatnya, saya sentiasa menulis setiap hari. Tapi bukan di sini, di ruangan yang lain.

Sehingga kini, saya salah seorang jururunding di website http://drcinta.com dengan memakai nickname ustazcinta. Berbanyak terima kasih pada abang Fauzul di atas peluang yang diberikan. Sejujurnya, saya menerima banyak persoalan dari pengunjung website. Kebanyakannya berkaitan dengan masalah cinta yang memerlukan konsultansi. Mereka bertanya menerusi emel, kekadang saya hampir tidak menang tangan untuk membalas emel yang muncul di mailbox.

Ini kesibukan yang pertama. Kesibukan yang tak putus-putus dari masa ke semasa. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara seagama. Sekalipun sekadar berutus emel. Seterusnya...

Memandangkan KPKM(persatuan anak kelantan di Mesir) juga memerlukan tenaga, saya tidak mahu lepas peluang untuk membantu. Baru selesai satu kem yang berlangsung sebanyak 3 siri. Kini saya menerima tugasan sebagai pegawai SPR sempena menghadapi muktamar pada bulan sembilan. Juga menjadi ajk khas untuk konvokesyen di peringkat kedutaan. Hal ini, memang membuatkan otak jadi sedikit lesu.

Ini kesibukan yang kedua. Kerja yang saya terima dengan niat meringankan beban kawan yang lain. Lagi...

Sebagai penulis amatur, saya sering dijemput untuk menjadi penceramah, panelis, moderator dan mentor bagi genre penulisan. Kebiasaannya jika saya menyanggupi untuk menerima tawaran tersebut, maka saya akan diminta untuk menyiapkan kertas kerja. Jika makluman lewat diberitahu, saya terpaksa berkelam kabut menyiapkan kertas kerja yang akhirnya menjadi agak sempoi!

Ini kesibukan ketiga. Ini berkait dengan minat saya sendiri. Ia tidak membebankan saya.

Maka...tiga jenis kesibukan ini, saya kumpul menjadi satu. Selaku hamba yang dhaif, saya berharap moga tuhan membantu saya mengurus dengan baik.

Hidup, mustahil sunyi dari pekerjaan. Kerja, tak pernah khali dari masalah. Ia merupakan bahan eksperimentasi yang mematangkan jiwa. Hidup adalah sebuah jalan yang perlu kita lusuri dengan sabar. Mana mungkin hidup ini tidak berbuat apa-apa.

Oh ya, doakan saya sukses dalam siri-siri program di sini.

5hb Ogos : Menghadiri program Talkshow di Iskandariah. Dari jam 2.00-5.00 petang.

9hb Ogos : Mesyuarat SPR kali kedua.

13hb Ogos : Bengkel penulisan anjuran Kelab Karyawan Islam, di rumah Kelantan. (Jom pakat sertai)

Jika ada gambar, insya allah saya akan letakkan di blog.

Wassalam.

Wednesday, July 26, 2006

BICARAWARA di Rumah Melaka

Kebetulan ada member yang mengambil gambar ketika program di Rumah Melaka. Apa salahnya kalau saya berkongsi.

Dari kiri : Felza Zurrasyiq(Gild), Saya, Zulkifli dan Syauki.


Saya hampir terlelap sewaktu mendengar syarahan panelis yang lain. Sofa tempat saya duduk itu terlalu empuk dan selesa.

Syukran Felza untuk foto berkenaan.


Tuesday, July 25, 2006

Mana pergi Muslimin?

Saya menghadiri program INTEL INSIDE anjuran pelajar Pahang di rumah Melaka semalam.Saya hadir untuk slot bicarawara seputar penulisan sebagai panelis. Rata-rata yang menyertai slot tersebut adalah muslimat. Benar, muslimat adalah peserta dominan dalam mana-mana program di Mesir. Kecuali program sukan. Saya juga diberitahu, pengarah program INTEL INSIDE adalah muslimat. Ustazah Faizatul Herda. Di mana muslimin? Tak ada atau tak sanggup jadi pengarah?

Kenapa ya? Kenapa muslimin kurang berminat terharap program thaqafah yang berkaitan dengan softskill? Agaknya ramai yang duduk di rumah menonton cd atau berchatting. Betulkah? Kasihan kepada rakan-rakan kita tak kira dari kalangan muslimin atau muslimat, mereka berpenat lelah untuk bekerja dan menyusun program. Sedangkan yang lain, goyang kaki?

Sekali rasa nak kutuk. Orang Melayu kita memang macam ni. Sepatutnya bila sudah bergelar agamawan, kita lebih positif terharap kerja-kerja persatuan. Malangnya, kita tidak faham.

Susah sekarang nak cari ajk muslimin untuk buat kerja. Ke manalah diaorang pergi? Agak-agak ada di cyber cafe atau di panggung wayang? Ops!

Wassalam.

Tuesday, July 18, 2006

Mesyuarat Konvo di Abbasiah

Semalam saya ke Abbasiah bagi mewakili Yang Dipertua(YDP) pelajar Kelantan ke mesyuarat persiapan konvokesyen 2006. Cik Amree yang menjadi pengerusi tidak dapat bersama sepenuhnya dengan ahli sidang kerana beliau terpaksa membawa tetamu dari Malaysia. Tak banyak perkara yang dibincangkan cuma ada beberapa maklumat yang saya rasakan sesuai untuk dikongsi.

Bajet untuk majlis konvokesyen ini telah diluluskan oleh Dato’ Pa selaku menteri Pengajian Tinggi di Hotel Conrade Mesir sekitar RM 100 ribu(Banyak giler tu). Ini adalah kali pertama dalam sejarah Mesir pihak kedutaan besar Malaysia akan menganjurkan majlis konvokesyen. Sebelum ini PMRAM secara turun temurun telah menganjurkan konvokesyen untuk pelajar Malaysia di sini dan bajet PMRAM untuk program ini tidak pernah melebihi LE 20 ribu(nampak tak beza dari bajet awal tadi?!).

Jubah dan topi graduan akan disediakan. Pelajar akan MEMINJAM sahaja pakaian tersebut. Cuma, topi graduan tu masih belum pasti samada akan digunakan atau tidak. Sebab ramai pelajar complain agar topi itu ditukar kepada kopiah atau serban ala syeikh al-Azhar. Apapun, pakaian memang akan disediakan. Berbeza dengan tahun lepas, pelajar akan membayar wang pendaftaran termasuk harga jubah graduan. Pihak PMRAM akan membuat jahitan khas di jubah tersebut yang tertulis nama jabatan masing-masing. Jubah graduan akan menjadi MILIK graduan selepas itu.

Mengikut cadangan, pihak kedutaan meletakkan sebanyak LE 50 untuk pendaftaran. Pendaftaran PMRAM sebelum ni sekitar LE 170. Bagi saya, pendaftaran PMRAM lebih berpatutan sebab jubah graduan akan jadi milik pelajar. Manakala kos pengurusan memang banyak habiskan wang sebab pelajar yang uruskan bukan pegawai kerajaan. Tapi jika perlu bayar LE 50 hanya untuk meminjam jubah dan bayaran untuk juru kamera. Rasanya, itu kurang wajar.

Satu lagi, pelajar tasfiah tak dapat masuk konvo. Hanya yang sudah confirm lulus sahaja boleh menyertai. Harap maklum.


Monday, July 17, 2006

Kisah Teruna (3)

Malam dah bolong, embun jantan menitis di hujung daun. Cengkerik tak putus menyanyi lagu Siti yang dilamar datuk K. Entahlah, barangkali cengkerik dah putus asa kerana Siti sudah berpunya. Pungguk betina pula merayu-rayu, memanggil nama Mawi yang telah meninggalkan tunangnya Diana. Mungkinkah Mawi akan datang kepadanya? Pungguk seolah ternampak sinar. Iya, dia ternampak sinar harapan bahawa Mawi akan menjadi miliknya. Hidup memang sering kehilangan yang dirindu dan yang merindui. Tidak ada siapa yang pasti apakah penghujung sebuah kerinduan.

Itulah yang berputar dalam fikiran Si teruna, sambil terperuk di bucu dinding dalam keadaan duduk mencangkung memeluk tubuh. Kalau ikutkan hati dia memang nak melamar terus si dara. Kalau ikutkan kemahuan, dia nak terus buat akad nikah. Tak payah bertunang, tak payah tangguh perkahwinan lama-lama. Tapi, dia kena fikirkan semua perkara. Keadaan si dara dan keluarga si dara. Dia perlu berbincang bila dan menimbangkan banyak benda. Tak boleh terburu-buru untuk bina masjid, barulah bisa kukuh!

Teruna garu kepala yang berkelemumur, hujung kukunya jadi putih terlekat kelemumur. Makin lama digaru, terasa makin sedap. Kulit yang tak gatal itu mula terasa gatal. Dia terus garu dan garu dengan penuh nasu, hingga kelemumur di kepalanya jatuh berguguran seperti salju.

Ahhhh! Lega...

Risiko memang ada, samada diterima atau ditolak itu masih lagi menjadi kemungkinan. Yang penting, dia harus cuba...cuba...dan cuba. Setiap masalah akan ada penyelesaiannya. Kalau kita tak cuba, sampai bila-bila kita tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

Teruna bangun dari duduk mencangkung dan berjalan ke jendela. Dia buka pintu jendela dan pantas angin malam masuk menerpa ke wajahnya. Salju di kepala gugur lagi. Mata teruna jadi merem melek, terpejam tercelik seperti mata orang termasuk habuk.

Nak! Dia memang nak! Jadi, dia kena cuba pastikan sangkaan buruknya itu salah. Dia perlu yakin, si dara akan jadi miliknya. Insya Allah!

Akhirnya teruna membuat keputusan yang dianggap begitu patriotik. Iaitu dia akan menggunakan syampu Sun Silk untuk menghilangkan salju di kepalanya. Itulah keputusan yang telah diambil untuk menghilangkan masalah-masalah di kepalanya. Dia yakin, dengan kehilangan kelemumur itu...bukan sahaja si dara, malah keluarga si dara juga akan terpegun melihat kebersihan dan kekemasan rambutnya. Dia tidak perlu hairan dengan Mawi yang hampir botak kerana rambutnya lagi power dari Mawi.

He! He! He!

Teruna tersengih sambil menampakkan gigi taringnya.

"Aku pasti berjaya"

Wednesday, July 12, 2006

Mengejar Matahari

Tajuk entry itu tiada kaitan dengan sebuah filem Indonesia. Aku juga tidak mahu menulis panjang kali ini.

Kalau semalam, baru terasa nafas sendiri. Bagai malam yang diterangi cahaya. Kini, malam pula pergi tanda siang hadir. Aku... tidak mahu membelakangkan cahaya matahari. Kerana apa? Kerana aku mahu bekerja.

Banyak kerja nak buat ni. Mana boleh buat dalam gelap. Tak nampak.

Ok, nak sambung kerja.

Tuesday, July 11, 2006

Kerja! Kerja! Di mana kau Kerja?!

Cuaca panas di luar, aku kurung diri sendiri di kamar dan berteleku di depan monitor. Tafakkur...lalu aku menulis.

..........

Tulang empat keratku sudah diminta bekerja. Otakku juga perlu merancang dan mengurus masa sebaik-baiknya. Masa tidur sudah berkurangan kerana kerja persatuan kian memenuhi kantung waktuku.

- 11hb Julai - Diskusi kutaib(kitab kecil) bersama rakan-rakan.

- 15hb Julai - Timbalan pengarah(Ketua unit Sidang dan Ceramah) bagi siri pertama Kem Injeksi Qiadi. Bertempat di Rumah Kelantan Baru.

- 16hb Julai - Menghadiri perjumpaan khas bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia bagi pelaksanaan majlis konvokesyen 2006.

- 5hb Ogos - Panelis forum program penulisan, bersempena hari Keluarga di Iskandariah.

- Di samping itu, turut menerima undangan menulis bagi risalah dakwah Asrama Rumah Melayu Abbasiah.

Setakat ini, kerja penulisan peribadi dihentikan seketika demi berkhidmat kepada persatuan yang menaungiku selama ini. Dahulu, aku menumpang teduh di bawah bayangan pohon persatuan ini(KPKM). Belajar hidup dan membesar dengan tegar. Kini aku pula yang mahu mencurah bakti seadanya.

Setakat ini belum menerima sebarang tugas daripada pihak PMRAM. Mudah-mudahan akan ada ruang untuk berbakti kepada PMRAM walaupun sekelumit. Aku bukan meminta taklifan, cuma mahu meringankan beban kepimpinan. Jika tidak mampu berbuat banyak, sedikitpun sudah cukup.

"Tuhan, berikan aku kesihatan. Agar dapat aku bekerja dan menggunakan nikmat tubuh badan ini demi manfaat manusia sekitar. Amin!"
.............

Aku bangun dari duduk dan keluar dari kamar ini. Aku mahu ke pejabat pelajar dan menyiapkan sebarang kerja yang perlu.

"Kerja! Kerja! Di mana kau Kerja! Aku datang ni, jangan pula kau sembunyi!"

Sunday, July 09, 2006

Baru Terasa Nafas Sendiri

Saya seperti pungguk rindukan bulan. Atau lebih sesuai, seperti malam yang mahukan sinar bulan. Kenapa? Kerana dari April ke Julai, kaki dan tangan saya tidak ripuh. Otak saya beku. Saya tidak berbuat apa-apa kerja untuk manfaat manusia sekitar. Maka, kewujudan saya seperti tiada. Bagai duduk dalam gelap.

Sebaik diberi kerja, barulah terasa nafas sendiri. Saya seperti malam yang baru diterangi. Bisa melihat sesuatu perkara yang bisa disumbangkan. Wah! Saya terasa hidup kembali.

Hari ini, saya akan bergerak di posisi sebagai Timbalan Pengarah Kem Injeksi Qiadi(KIQ) bagi Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir atau KPKM(Persatuan anak Kelantan di sini). Mohon doa kalian, agar saya dapat laksanakan tugas dengan sebaiknya.

Dengan nama Allah, saya akan bergerak ke medan.

Tuesday, July 04, 2006

Ribery seorang Muslim

Selepas perlawanan Perancis bertemu dengan Brazil, nama Franc Ribery agak melonjak. Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa info berkaitan bola sepak dunia.



(Franc Ribery)

Pemain tengah dan sayap Olympique Marseill itu juga enggan memberitahu wartawan, kisah dia memeluk Islam , biarpun isterinya berasal dari Maghribi memaikan peranan penting mengapa dia memeluk Islam. Sesetengan media mendapat tahu semua itu berlaku selepas dia bermain utk kelab Galatasary di Turki selama setahun dan membantu kelab itu muncul juara Piala Turki pada 2005. Ribery jarang bercakap mengenai keyakinan terhadap keimanan sebagai seorang Muslim dan mendesak supaya papazazzi tidak menggangunya. “ Islam adalkah sumber kekuatan saya sama ada diluar atau didalam pedang permainan,” katanya. “Saya menghadapi kesukaran dalam membina karier, juateru saya mahu mencari kedamaian dlm jiwa dan akhirnya saya menemui Islam” Berita mengenai Ribery memeluk Islam pertama kali didedahkan oleh Majalah L’Express awal tahun ini, biarpun majalah mingguan itu tidak menyebut namanya dan hanya menyatakan seorang pemain skuad kebangsaan Perancis sering dilihat pergi ke masjid, di selatan Marseille.

Menuru satu kajian, ratusan penduduk Perancis memeluk Islam setiap tahun dinegara itu, namun mereka merahsiakannya kerana takut ditindas di rumah dan tempat kerja disebabkan pandangan streotaip mengaitkan Islam dengan keganasan. Kapten Zinadini Zidane atau “Zainuddin Yazid Zidane” juga seorang Muslim. Begitu juga bekas jurulatih Perancis dan Jepun, Philippe Troussier memeluk Islam apabila mengahwini Dominique di ibu negara Maghribi. Bekas penyerang Liverpool dan Manchester City, Anelka yg digugurkan dlm senarai skuad Perancis, menggunakan nama “Bilal” apabila memeluk Islam. Dia kini berhijrah menyertai kelab Liga Turki, Fenerbahce.

(Zidane)

Perancis kini didiami antara enam hingga tujuh juta penduduk islam, golongan minoriti terbesar di Eropah. Steve Bradore dr Organisasi Shehada yg mengendalikan urusan berkaitan pemelukan Islam berkata masyarakat Muslim Perancis sepatutnya berbangga dengan Ribery. “Dia adalah contoh yg membanggakan kami berdasarkan persembahan unik dan kesederhanaannya,” katanya kepada Islam Online.net.
Ribery dikatakan calon pengganti Zidane kerana pemain yg tiga kali dinobatkan Pemain Terbaik Fifa Sepanjang Zaman , bakal menarik diri selepas Piala Dunia 2006.

Dia memulakn karier bersama kelab tempatan, US Boulogne dan kemudian berpindah ke Ales, Brest dan FC Metz. Perpindahanya ke Marseille membolehkan Ribery menjadi pemain terbaik Perancis bagi bulan November 2005 sebelum dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Jerman.

Islam Bukan Halangan Franck Ribery bukan pemain Islam tunggal beraksi di Piala Dunia 2006 selain pemain Arab Saudi, Iran dan Tunisia. Rakan sepasukannya dalam skuad Perancis, Zinedine ‘Yazid’ Zidane juga beragama Islam. Dia yg berketurunan Algeria membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000. Kehebatan corak permainan Zidane diiktiraf menerusi pemilihannya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak tiga kali. Sweden pula mempunyai dua pemain Muslim dlm pasukannya Zlatan Ibrahimovic dan Rami Shaaban. Zlatan lahir dalam keluarga imigran Bosnia-Herzegovina yg berpindak ke Malmo, Sweden, manakala Rami pula campuran keturunan Mesir dan etnik Finland.

Belanda turut memiliki dua pemain beragama Islam, Robin van Persie dan Khalid Boulahrouz. Persie,menjaring gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Ivory Coast, Jumaat lalu memeluk Islam selepas berkahwin dengan teman wanitanya yg berketurunan campuran Belanda-Maghribi, Bouchra .Khalid pula diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan Belanda sebelum ini ketika menentang Serbia dan Montenegro serta Ivory Coast. Pemain pertahan ini juga berketurunan Belanda-Maghribi.

Ivory Coast pula menyenaraikan dua pemain adik beradik beragama Islam, Kolo Toure dan Yaya Toure. Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya tengah. Yaya kini bermain utk kelab Greece, Olympiakos dan prestasinya mencuri perhatian beberapa kelab gergasi termasuk Manchester United, Chelsea dan AC Milan. Namun dia tidak menerima semua tawaran itu kerana mempunyai impian bermain bersama abangnya, Kolo di Arsenal

Di taip semula dari sisipan GOOL! - Harian Metro 21 Jun 2006/Beberapa image diedit semula drpd yg asal




Sunday, July 02, 2006

Abuya Kroni Tuhan

Catatan ini saya copy bulat-bulat dari site http://hafeziftiqar.blogspot.com/ .

Abuya Kroni Tuhan

Rufaqa’: Abuya Kroni Tuhan

Abuya!
Dia jagoan maksiat
Dia tali barut nombor satu
Tunggu dulu Izrail
Dia tali barut nombor satu
Kirim salam saja sama Tuhan
Terima kasih Abuya
Abuya kroni Tuhan!

Abuya!
Dia jaguh lucah
Abuya, dia tali barut nombor satu
Ayuh hantar Abuya
Ke meja bulat para malaikat
Dan roh para anbiya’
Pesan sama Tuhan
Ini takdir tidak wajar
Lain tahun hantar semula
Terima kasih Abuya
Abuya kroni Tuhan
Kontraktor TuhanPenjual tiket syurga.

Uni of Newcastle, NSW19.6.2006

Aqidah rufaqa: Abuya boleh runding tentang sakit, nazak dan kematian. Berikut ini adalah sarikata petikan video yang boleh didapati al-ahkam.net :

Baik ya.. Nak bagi ceritalah siapa mursyid sebenarnya dengan kita. Baiklah.. Katalah kita ni dah ditaqdirkan nak jatuh sakit, mula-mula yang dapat tahu, yang dibagitahu Abuya dulu. Kalau kita ni murid Abuya lah.

Abuya dulu yang dapat tahu yang kita bakal nak jadi sakitkan Tuhan. Abuya boleh tanya pulak tu, sakitnya macamana, berat tak berat? Sekian-sekian sakitnya. Lepas tu Abuya tengok pula kita punya iman.

Huh! Dia ni iman dia ni boleh tahan. Sakit-sakit tara ni ni, dia boleh ni. Ok! sakitlah..Kadang-kadang sakit tu berat sangat. Abuya tengok anak buah dia. Eh! Dia ni imannya belum sampai lagi ni. Kalau dia kena sakit ni mau dia melatah. Mau dia buruk sangka dengan Tuhan. Tak apa ya Allah, bagi dia setengah saja sakit tu. Habis setengah lagi? Setengah lagi bagi kat saya. Diambil sakit kita setengah tu. Supaya kita. Supaya jangan sampai kita jangan rosak iman.Itu sakit.

Sampai masa nak mati. Ajal. Abuya juga tau dulu. Orang ni akan ajal sekian-sekian masa. Abuya akan tanya. Abuya akan.. Ni dulu.. Kita ni mati, akan mati baik kah akan mati jahat. Kata mati baik. Dalam keadaan baik. Husnul khatimah. Maka Abuya kata, tak apalah sila ambil anak buah aku tu.

Tapi kalau Abuya rasa kita belum selamat lagi, masih banyak iman lemah, Abuya mintak tangguh. Ya Allah tangguhkanlah dia ni. Habis macamana? Ganti siapa? Gantilah sapa-sapa, anak buah lain ka yang mana yang dah siap. Yang dah taqwa. Ataupun dengan anak-anak dia yang bertaqwa. Atau dengan isteri dia yang bertaqwa... ganti dia ni, bagi masa dia nak perbaiki diri. Ustaz Nizam tu sepatutnya dah tak ada dah. Ustaz Nizam patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Tuhan.

Ya Allah, bukan senang nak latih orang macam ni ni. Anak yang betul-betul..??? AMbiklah wahida. Wahida tu tak ada anak. Lagipun dia bertaqwa. Orang rohani. Lagipun kalau dia mati, dia ada peranan di alam Roh. Ganti Wahida. Ganti Ustaz Nizam.Ha benda-benda macam tu berlaku. Jadi macam tu berlaku. Kita tak perasan. Mati kitapun ditangguh. Mati kita boleh ditangguhkan. Abuya boleh runding dengan Tuhan supaya mati kita tu selamat.

Oklah dah sampai masa nak mati. Ajal. Kita dah nak nazak. Sakaratul maut. Kalau kita betul-betul anak murid Abuya, masa sakaratul maut tu, Abuya duduk di sebelah kanan kepala kita, sepanjang masa, tak tinggal. Syetan iblis masa tulah nak goda kita. Last effort. Nak goda kita. Last kopek. Tapi tak berani dekat. Main jengok kot tingkap. Jengok kot pintu saja, tak berani masuk. Sebab apa? Abuya ada kat situ. Mati kita tak diganggu setan. Tak diganggu. Abuya yang talqinkan kita.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/ (disalin drp. darulkauthar)

Saturday, July 01, 2006

Teguran Membina

Sekadar nak berkongsi cerita berkaitan novik(lagi2 novik). Ini isi emel yang saya terima beberapa hari lalu. Daripada member kamcing semenjak awal membikin komik alwan di Mesir iaitu saudara Wan Zuhairi.

<alluanna@hotmail.com> wrote:>

akum ubai, good to hear yg enta sedang buat projek buku kedua... mmg cargas(cergas)...utk memastikan buku kedua enta lebih mantap, ana mintak izin utk memberikan beberapa komen...berikut adalah komen dari ana sendiri dan beberapa orang rakan serta penasihat bidang komik PTS (encik fythullah) www.kerawang.com.

Karakter :

1. Selaraskan karakteristik karakter dlm setiap mukasurat. Esp bahagian muka. Jgn ada yg tak sama. Sekejap bujur dan sekejap leper. Sekejap cun sekejap tak cun. Sekejap hensem, sekejap tak hensem.
2. Anatomi. Byk lukisan enta yg tak menepati anatomi tubuh badan manusia sebenar. contoh yg byk adalah kaki yg pendek, tak sesuai dgn saiz badan.
3. Ekspresi dan emosi karakter boleh dipertajamkan lagi untuk meningkatkan feel pembacaan.
4. Leher. Saiz leher lelaki dan perempuan tak sama. biasanya saiz leher perempuan tak besar :).

Sequential art (komik)

1. Banyakkan angle dan view berbeza. Elakkan melukis angle 2d sahaja. Bykkan angle perspektif.
Berikut adalah pilihan perspektif yg pelbagai. Kalau enta tak faham, boleh surf kat internet.

a. full figure/body
b. bust
c. aerial view
d. extreme close up
e. long shot
f. worm eye view
g. bird eye view dll

Angle dan view ni byk digunakan dlm filem. Jika filem hanya menayangkan satu angle sahaja tentu agak bosan untuk menonton filem tersebut.

2. majoriti objek lukisan dlm komik enta adalah kepala, kepala dan kepala. Banyakkan lukisan persekitaran seperti pemandangan, bangunan, kenderaan etc

3. Susunan panel. kemaskan lagi susunan panel supaya flow cerita tidak terganggu.

4. Space untuk caption dan dialog box. sewaktu melukis, sediakan space untuk caption dan dialog box untuk memudahkan grafik artis menyusunnya. Juga supaya lukisan enta tidak dilindungi oleh caption dan box tersebut.

5. Background. Jgn masukkan efek background yg tak berkaitan dan menyemakkan. Cuba kaji manga/komik jepun lihat bagaimana diorg masukkan efek garisan, mood etc

Ana rasa tu je kot... harap enta nilaikan mana yg baik dan mana yg buruk untuk memantapkan lagi karya enta kerana sekarang ni ramai kartunis ingin menerbitkan karya mereka dgn pts. so, kualiti artwork kena ditingkatkan dgn tahap yg tinggi.

Smlm ana pergi MPH wangsa maju, buku enta tinggal satu naskhah terakhir. Lepas ni diorg akan ambik order lagi. ini satu perkembangan yg baik ubai... balik nanti kena belanja pizza hahahahaha.

Ubaidillah wrote :

Assalamualaikum wan,

Terima kasih banyak2 tu untuk komen enta terhadap kartun. Nampaknya ana kena banyak berguru dengan enta ni. Ana memang bermasalah juga nak lukis bahagian anatomi dan nak pastikan watak tu seiras. Ana akan cuba.

Tentang angle tu tak faham sangat. Nanti ana akan surf. Pastu, masalah nak lukis suasana dan efek. Itu memang kena bukak manga jepun. Masalahnya tak ada manga lah wan kat sini. Duk mesir ni otak jadi sangap nak melukis. Tak ada rujukan tak ada bahan. Apapun, ana akan cuba pertingkatkan lagi. Insya allah.

Wassalam.


Reply form wanzu. Wanzu wrote :

Untuk rujukan, enta boleh download manga kat internet...try masuk www.stoptazmo.com atau search je download manga kat search engine...enta lagi hebat dr ana sbb dah hasilkan karya... ana komen dr sudut seorang pembaca dan penggemar komik je hehehe

Itulah sedikit sebanyak isi kandungan emel yang diterima. Sebab tak ada modal nak tulis, jadi sekadar copy and paste jer. Thanks wanzu. Pizza ke? Alahai pizza kat Malaysia mahal maaaaa?!!!

Wednesday, June 28, 2006

Di mana Kalian Sekarang?

Kenapa?

Sepanjang soifi...syita'...rabie'...kharif... kami duduk di bangku sendirian. Tafakkur barangkali.

Kenapa?

Barangkali, ada gelora. Kondisi dan situasi bisa berubah metah setiap tahun. Ya, berubah metah. Setahun cuma empat musim. Ada soifi, syita', rabie' dan kharif. Ternyata, empat musim itu sudah memadai untuk merubah banyak perkara.

Kami pernah hidup di zaman bunga kembang setaman dan pohon hijau merendang. Kuntuman-nya mekar dan berjambakan di atas tanah Kinanah. Pohonan-nya teduh dan memungkinkan kami beristirehat di bawah bayangnya. Kami masih rasai mekar dan teduhnya. Tetapi... itu sudah beberapa tahun yang lalu.

Kenapa?

Kami membesar dengan baik. Tapi kenapa? Barangkali kerana kewujudan bunga mekar di sekeliling dan bayangan pohon itu. Maka kami bisa tumbuh jadi begini. Kami tumbuh berdiri dan mekar!

Kenapa?

Kerana ada pengorbanan dari mereka yang terdahulu dari kami. Pengorbanan yang tulus dan ikhlas. Tanpa meminta pujian dan tidak menghiraukan cacian. Mereka melaksanakan apa yang mereka yakini ianya baik untuk kami. Mereka mencipta peluang untuk kami menjadi seperti mereka.

Sekarang?

Kami perlu fikirkan bagaimana orang selepas kami bisa tumbuh dan mekar seadanya. Kerana tugas meneduhi tunas baru ini telah diberikan kepada kami. Oleh orang terdahulu.

P/S : Penggerak KELAP, akademi, kelab karyawan dan penerbitan di Mesir... PMRAM memerlukan bantuan kalian untuk meneruskan agenda penulisan. Di mana kalian sekarang?

Friday, June 23, 2006

Hari Keluarga Haji Hassan Mamat

Ok, keluarga Haji Hassan bin Mamat (Ayoh), iaitu bapa kepada abah saya ni besar jugalah. Kalau di kampung orang panggil ayoh dengan nama Pak Da manakala abah saya pula dipanggil nama Pak Long, mama saya orang panggil Mak Long. Atuk, abah dan mama masing-masing anak pertama dalam keluarga.

Isteri kepada ayoh pula bernama Allahyarhamah Hjh Aminah bt Awang Seman(Mok). Mok baru sahaja meninggal dunia pada 21hb Mac 2006. (Moga rohnya dicucuri rahmat). Saya sempat menyembahyangkan jenazah arwah sebelum berangkat ke Mesir pada 1hb April.

Biasanya dua tahun sekali keluarga Ayoh Hassan akan buat gathering besar-besaran. Uncle, auntie, cousin semua turun memenuhi undangan hari keluarga. Gathering yang latest ni kita buat pada 5&6 november di Perdana Resort. Sewa 18 buah chalet dan sebuah dewan, kehadiran sekitar 60 orang rasanya.

Ini acara pembukaan, ucapan perasmian daripada abah. Dipengerusikan oleh Abe Long saya (Amir Malik). Sambil mendengar ucapan, kat luar dewan ada tukang bakar BBQ. Besh! Besh! Kalau rasa nak makan, boleh ambil bila-bila masa dan bawa masuk dalam dewan.
Actually, banyak acara yang dipersembahkan. Tapi, sebab gambar yang diambil malam tu tak berapa clear...saya letak gambar yang dirasakan ok jer. Di bawah ni acara busana muslim/ah. Sepupu dan anak saudara saya sedang memperagakan pakaian masing-masing dengan gaya tersendiri.
Ini pula acara dikir barat. Dikepalai oleh dua beradik iaitu Akmal Baju Jarang(adik) dan Eming Bunga Tanjung(abang). Mungkin tak ramai lagi yang mengenali nama mereka. Sepupu saya, Akmal yang baju hijau tu. Eming pula yang duduk sebelah akmal sambil pegang dua benda berwarna oren.



Selesai acara dikir barat, majlis malam itupun selesailah. Keesokannya, acara sukaneka. Saya tak sertai satu acarapun sebab kena hantar ayoh balik ke kampung. Dia penat duk chalet...sebab susah nak tidur. Lagipun ayoh ada penyakit lelah, dia tak selesa duduk lama-lama di chalet.

Kat bawah ni antara aksi aunti2 saya menjayakan cabaran bowling padang. Bowling padang ni tak sama dengan yang dipertandingkan di sukan komanwel. Bola dia daripada buah kelapa dan pin daripada botol air mineral.


"Baling comel! Gelek molek! Biar keno!"



Berakhir sudah catatan hari keluarga. Di bawah ni, gambar anak saudara saya yang paling aktif Mohammad Amar Danish bin Sumardie Shan. Setakat ni, belum ada lagi yang berjaya mengalahkan sikap hyperactivenya. Kalau ditegur atau disekat keinginannya, dia akan menggigit dan mengutil anda. Saya dah berparut di bahu kesan gigitannya. Tapi, dia juga antara anak saudara favourite. Sebab lidahnya yang petah dan perangainya yang cerdik tu. Moga membesar dengan matangnya nanti. Khidmat pada abi dan ummi.

(Hiyagghh! Sharingan!)