Saturday, May 01, 2010

KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU - Di Kota Bharu

Assalamualaikum

Novel terbaru saya boleh didapati di Parkson, tingakt3. Di gerai busana muslimah berdekatan dengan Radix Chicken House. Itu adalah gerai sepupu saya, dia turut menjual novel islam.

Cubalah naik ke sana.

Monday, April 26, 2010

BUKU TERBARU : PANDUAN UNTUK PENDAKWAH MUDA

Buku 'Menyeru Kepada Allah' berharga RM 14.00 adalah sebuah buku yang membawa 7 paradigma asas yang perlu ada dalam diri pendakwah muda. Sesiapa sahaja yang mahu memulakan usaha 'Amar Makruf dan Nahi Mungkar' maka dia perlu memiliki buku ini.

Bagi ustaz atau ustazah di sekolah, bagi naqib usrah atau mereka yang mahu melahirkan 'daie' yakni pendakwah...mereka wajar memiliki buku ini. Ia dihasilkan daripada pengalaman saya selepas lima tahun menjadi pengkuliah di masjid-masjid, fasilitator remaja, pembimbing rakan sebaya...dari pengalaman itu saya adun dan lahirkan buku 'Menyeru Kepada Allah' yang mengandungi 7 paradigma untuk pendakwah muda.

Saya fikir, ada baiknya ustaz atau guru yang memegang portfolio Dakwah di sekolah untuk menjadikan buku ini satu bahan tambahan kepada kader-kader mereka. Agar mereka mampu lahir sebagai seorang daie yang baik. Insya allah.

Saturday, February 27, 2010

20 buku PTS paling laris 2009

1. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (10,710)

2. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam (8,979)
3. Salju Sakinah (8,140)
4. Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur (6,522)
5. Sultan Muhammad al Fateh (5,654)
6. Ali bin Abi Talib (5,450)
7. Uthman Affan: Pengumpul al-Quran (5415)
8. Abu Bakar: Sahabat Sejati (5,112)
9. Warkah Cinta Berbau Syurga (4,787)
10. Khalid: Memburu Syahid (4,771)
11. Munajat Cinta (4,707)
12. Bilal bin Rabah (4,636)
13. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (4,586)
14. Tariq: Menang ataupun Syahid (4,212)
15. Lasykar Pelangi (4,153)
16. Doa Insan Berkasih (3,655)
17. Imam Syafie: Pejuang Kebebasan (3,517)
18. Lantera Mustika (3,387)
19. Munajat Cinta 2 (3,124)
20. Makrifat Cinta (2,996)
Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.

Thursday, February 25, 2010

Novel - Kala Cinta dan Wahyu Bersatu (Terbit MAC 2010)


Novel ketiga saya 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' KCWB atau sambungan 'Warkah Cinta Berbau Syurga' WCBS akan terbit semasa pesta buku Mac 2010. Ia akan mula dijual dalam pesta tersebut. Ada tiga testimoni penulis untuk KCWB yang saya copy paste di sini dari cover asalnya:

Testimoni saudara Pyan Habib (Pemuisi) Syukran! :


Testimoni Zaid Akhtar (Penulis Salju Sakinah dan Sesegar Nailofar) Jazakallah! :


Ilham Hamdani dari Australia (Terima kasih atas kesudian memberi testimoni dari jauh) :


Nantikan kemunculannya di pesta buku Mac 2010. Sebuah novel cinta Islami...untuk remaja, ibubapa dan sesiapa sahaja.

Wednesday, February 10, 2010

KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU (WCBS-2)

Assalamualaikum wrt wbt

Judul novel yang akan menjadi sambungan kepada WCBS ialah 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu'. Judulnya bukanlah Warkah Cinta 2. Sudah ada beberapa pembaca dikalangan pelajar saya yang bertanya, jadi...itulah judul yang telah dipilih oleh penerbit bagi novel kali ini.

KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU

Buku ini sepatutnya berada di pasaran sebelum pesta buku mac 2010. Semoga apa yang dirancang ini akan berhasil. Semoga ia memberi 'input' dan 'mesej' yang bermanfaat.

Sekian.