Untuk makluman pembaca, buku Warkah Cinta Berbau Syurga telahpun siap diprint. Ia akan menemui pembaca bila-bila masa sahaja. Naskah yang dicetak telahpun sampai ke tangan saya. Untuk itu saya letakkan entry ini kerana ada permintaan daripada pihak PTS Millennia. Jadi, selamat membaca sinopsis. Belikan sekali yang asal nanti ya.
UNTUK SIAPA BUKU INI?
Buku ini untuk remaja. Namun ia masih bersifat reseptif untuk pelbagai golongan usia.
APAKAH MATLAMAT UTAMA PENCERITAAN DALAM NOVEL INI?
Memandangkan saya masih dalam lingkungan usia remaja, sudah pasti saya ingin memahamkan remaja apa yang telah saya lalui dan keputusan yang saya buat sepanjang kehidupan. Buku ini mahu mengajar cara berfikir dan cara membuat keputusan mengikut Islam. Secara jujur, ceritanya tidak terlalu ‘indah’. Cerita ini mahu mengajar remaja Islam untuk membentuk prinsip dalam pergaulan, cara memilih pasangan dan bagaimana bertindak apabila masalah perasaan datang bertimpa-timpa. Juga memahamkan konsep takdir dan jodoh. Kita sebagai manusia, hanya mampu berikhtiar dan jodoh itu kita serahkan kepada tuhan. Jangan terlalu mengharap sehingga membuatkan kita kecewa melampau.
APAKAH YANG MENDORONG SAUDARA MENULIS NOVEL INI?
Ikhlas saya katakan, ia berlaku kerana desakan semasa. Saya tidak berpuas hati membaca novel-novel remaja yang ada di pasaran. Ia terlalu mempromosikan cinta murahan, mengajak remaja ke dunia asyik-maksyuk. Tidak ada penerapan ilmu Islam dan tidak ditegaskan soal batasan syariat serta halal dan haram. Ia menjauhkan remaja tentang realiti kehidupan yang bakal mereka tempuh. Terlalu banyak unsur ‘angan-angan’ sekaligus mematikan kefahaman terhadap realiti kehidupan yang pahit dan menyukarkan. Setakat ini, saya sangat menghormati karya Faisal Tehrani. Dia juga sebagai pendorong untuk saya terjun dalam genre ini.
Jom! Perbanyakkan novel islamik bagi membantu remaja kita membina pemikiran yang teguh dan karisma yang mandiri.
Sinopsis novel ‘Warkah Cinta Berbau Syurga’
Amir Mukhlis adalah pelajar maahad tahfiz yang cuba dibentuk oleh gurunya Ustaz Hamdi. Beliau dilatih untuk menjadi penulis dan pemidato. Dalam proses itu, beberapa kesukaran terpaksa dihadapi. Memandangkan bakatnya dalam penulisan agak menonjol, rakan-rakannya sering meminta bantuannya untuk menjadi jurutulis surat atau esei peribadi. Beliau turut dilantik sebagai ajk badan redaksi sekolah, dari situ berlakulah pertemuan secara kebetulan dengan Wardah yang juga ajk badan redaksi di sekolah Naim Lilbanat. Pertemuan itu bukan sahaja merubah suasana dalam dirinya, malah turut memberi impak terhadap diri Wardah.
Wardah adalah pelajar cemerlang, mempunyai ketrampilan dan perawakan yang menarik. Dia bukan sahaja menjadi bualan di sekolah malah di beberapa sekolah agama yang lain. Hal itu menyebabkan Wardah ramai pelajar lelaki dari luar ingin berkenalan dengannya. Walaupun begitu, Wardah mempunyai satu prinsip diri yang agak tegas. Memandangkan dia berasal dari keluarga yang agak bermasalah, ini membuatkan dia payah mempercayai lelaki. Dia benci kepada lelaki yang kurang bertanggungjawab dan jahil. Dia mahukan seorang kawan lelaki yang faham agama dan memahami erti tanggungjawab. Tanpa disedari, Wardah merasakan Amir Mukhlis memiliki ciri yang diinginkannya.
Konflik percintaan mengheret kedua-dua watak kepada beberapa persoalan jiwa. Di sinilah kedua-duanya cuba menjelaskan beberapa perkara yang sering menjadi polemik percintaan remaja. Bolehkah bercinta dalam usia remaja? Adakah Islam mewujudkan batas-batas dalam pergaulan? Sejauh mana keharusan bercinta dalam usia remaja? Jika ingin memilih pasangan, apakah ciri yang seharusnya diutamakan? Persoalan inilah yang dibangkitkan oleh Amir sehingga memenjarakan Wardah dalam satu dinding lutsinar.
Amir memilih universiti Al-Azhar, Kaherah sebagai destinasi ilmu peringkat ijazah. Di sinilah dia mula memahami perjuangan menuntut hak dan keadilan dalam konteks mahasiswa Islam. Di sinilah Balqis muncul dalam hidup Amir, seorang gadis yang banyak menghadapi masalah dan kebetulan Amir mampu menyelesaikannya secara tidak sengaja. Akibat dari ketidaksengajaan itu, Balqis mendapati bahawa Amir adalah seorang yang sangat matang dan mampu memimpinnya untuk meneruskan kehidupan. Sebaik sahaja Balqis menzahirkan kecenderungannya terhadap Amir, teman serumahnya mula bersikap cemburu. Dalam masa yang sama, Amir dibebankan dengan masalah kesihatan. Dan ternyata, saat getir ini digawatkan lagi dengan kemunculan surat dari Wardah.
Dalam kesakitan, kesempitan dan menanggung pengharapan orang, Amir perlu menyelesaikan konflik persahabatan dan hubungan perasaannya. Mampukah dia berdiri dengan kaki sendiri demi menghadapi segala keperitan ini?
Wednesday, March 05, 2008
Thursday, February 28, 2008
DAKWAH PENULISAN SATU KEMESTIAN
Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah! Pertamanya marilah kita bersyukur atas pertemuan kedua menerusi catatan bisu ini, sekalipun kita tidak bersua muka namun catatan ini sudah mewakili maksud di hati saya. Seterusnya, saya berterima kasih kerana anda masih mengikuti perkembangan buletin Al-Qiadah untuk kesekian kalinya. Dalam sesi kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman sebagai penulis.
Saya pernah bekerjasama dengan Faisal Tehrani untuk menjadi tenaga pengisi bagi program penulisan di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Program tersebut dibuat pada September 2007 (jika tidak silap). Anda kenal Faisal Tehrani? Pemenang hadiah pertama Sastera Utusan bagi kategori novel remaja selama tiga tahun berturut-turut. Mungkin anda pernah membaca novel 1511, Bila Tuhan Berbicara atau Tuhan Manusia. Kebanyakan novel belia laris dan hebat-hebat belaka. Seorang penulis yang berfikrah Islam dan sangat mahir menjadikan sesuatu bahan ilmiah menjadi sebuah naratif mengasyikkan.
Dalam program itu beliau menekankan kepentingan penulisan Islam dan betapa perlunya golongan agamawan menjadi penulis. Kerana penulisan adalah satu-satunya media sebaran yang paling mudah dan efisien. Penulis muda yang berfikrah Islam juga perlu dilatih dan dibangunkan untuk menentang kebejatan sosial yang mewarnai dunia media cetak. Penulis perlu menerbitkan bahan-bahan berguna untuk menyaingi majalah hiburan seperti Manga, URTV, Hai dan komik-komik tahyul. Paling utama setiap penulis Islam perlu menekankan konsep tauhid serta amar makruf dan nahi mungkar dalam setiap karya yang dihasilkan. Ini sangat penting untuk memperbetulkan minda muda-mudi yang telah dipesongkan pemikirannya akibat media kontemporari.
Jujur saya katakan, penulis Islam sangat dialu-alukan dalam dunia penulisan kreatif mutakhir ini. Untuk makluman pembaca, saya salah seorang penulis sambilan di PTS Millennia Publications. Abang Fauzul Naim selaku pengarah urusan PTS pernah memaklumkan bahawa dia sedang mencari bakat baru dalam penulisan novel Islam. Setakat ini sangatlah sukar untuk mencari manuskrip novel yang benar-benar mencerminkan Islam secara hakiki. Kebanyakan penulisan hanya menempelkan Islam dalam karya dan bukan menjadi Islam sebagai satu cara hidup di dalam penceritaan.
Jika anda pernah membaca novel karangan penulis Indonesia bernama Habiburrahman Asy-Syirazi iaitu ‘Ayat-ayat Cinta’, novel beliau adalah yang terlaris sepanjang tahun 2007. Akhirnya ia telah difilemkan awal tahun 2008. Itu adalah bukti bahawa ramai orang sekarang mencari novel yang ilmiah dan berisi. Orang merasa rugi untuk membeli novel percintaan semata-mata tetapi sifar manfaat. Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pembaca agar belajar menulis sama ada bermula dari membuat karangan biasa dan kemudian menulis cerita yang panjang.
Bukan mudah untuk menjadi penulis, tetapi jika anda berminat untuk menjadi penulis maka anda perlu memulakan latihan mulai sekarang. Tulislah apa sahaja asalkan benda itu bermanfaat. Sedikit demi sedikit anda akan mula mencipta jalan hidup sebagai penulis. Insya Allah.

BERJUANG ATAU HANCUR SAHAJA
Bismillahirrahmanirrahim
PEMBACA sekalian, ringkasnya saya mahu katakan bahawa di sekeliling kita ini wujud ramai manusia pemalas. Mereka ini bukan sahaja pemalas, malah berotak jumud serta jahil. Justeru saya mahu menengking mereka ini dan mengatakan “Bangun! Dan Berjuang! Sedarlah bahawa kita sedang diserang oleh arus jahiliah moden.” Ops! Keraskah bunyi ayat saya? Jika begitu biar saya jelaskan, isi kandungan catatan ini memang keras!
Setiap hari bila saya bangun dari tidur, saya berkenderaan ke sekolah dan pulang seusai tamat mengajar. Maka setiap hari itulah saya menemukan bermacam karenah manusia. Yang jelas, manusia di sekeliling saya terlalu banyak sikap MALAS dan LEPAS TANGAN. Tidak kira manusia itu bergelar guru atau pelajar. Justeru, saya merasa malang sekali Yayasan Islam Kelantan memiliki orang-orang sebegini. Jika boleh saya mahu tengking mereka dan katakan “Orang seperti kamu, hanya memberatkan kepala mudir dan menyusahkan orang sekeliling. Orang seperti kamu, hanya penyeri namun tidak menjadi penyumbang besar. Berserilah kamu di situ, namun ingat kamu itu ibarat bunga kertas. Tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Jika kamu hilang lebih baik dari kamu wujud di sini.”
Sayangnya, kata-kata itu hanya meniti di dalam kolong hati. Tidak pernah diucapkan atau dimuntahkan. Lalu kali ini, saya paparkan segala amukan di jiwa dalam bentuk tulisan ini agar mampu dibaca oleh semua mata. Jujur saya katakan, buletin ini saya usahakan demi merubah suasana guru dan pelajar di beberapa sekolah YIK. Merubah cara berfikir dan membentuk kesatuan fikrah. Selain itu, saya mahu memperkasakan budaya berfikir ke depan dan sikap tegur-menegur sesama pelajar. Kerana saya melihat kelemahan manusia ada di mana-mana termasuk dalam diri saya sendiri. Maka, jika ada nasihat dan seruan ke arah memperbaiki diri sewajarnya usaha itu disambut baik.
Kita perlu sedar bahawa institusi keagamaan yang berada di bawah YIK ini digeruni oleh banyak pihak. Orang-orang yang membenci dan memusuhi Islam sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan generasi agama yang bakal lahir dari institusi YIK. Andai guru-guru YIK tidak bersatu dan tidak berjuang untuk membina karisma pelajar, siapa lagi yang akan melakukannya? Andai guru YIK pemalas, jumud dan jahil maka apa yang akan terjadi untuk generasi hari depan? Guru, wajib bangun dan berjuang!
Berjuang itu bukan angkat pedang, sebaliknya meningkatkan profesionalisma dan thaqafah diri. Mempelbagaikan kemahiran dan fleksebiliti dalam pengurusan. Memperkasakan paradigma serta cara berfikir. Dan cuba merancang sebuah wawasan yang jauh ke depan. Jika guru mampu tampil dengan semua ciri-ciri itu, maka sudah pasti pelajarnya akan mampu ikut di belakang. Lalu akan lahirlah generasi yang hebat dan bersedia membangunkan Islam.
Andai guru-gurunya masih lewah, suka berbalah dan mudah lepas tangan. Suka saya katakan kepada guru ini “Orang seperti kamu ini, lebih baik hancur sahaja. Jadi debu-debu di awangan. Kewujudan kamu bawa beban di kepala orang. Kalau hilang terasa lebih aman.” Keraskah ayat itu? Wajar bunyinya keras. Kepada pelajar agama, jika kamu ini manusia yang berakal waras dan berfikiran jauh. Kamu perlu mengerti bahawa bekerja untuk Islam itu wajib! Berjuang untuk Islam itu wajib! Dan menentang kekufuran itu wajib! Maka, kamu wajib berjuang! Jika kamu enggan, itu bererti kamu selayaknya menjadi jadi debu-debu berterbangan daripada bergelar manusia. Pergi hancur sajalah.
Maafkan saya di atas kekasaran bahasa yang disengajakan. Semoga ia memberi satu kesan di jiwa.
Wassalam.

Tuesday, February 12, 2008
Bakal Terbit Nanti
Subscribe to:
Posts (Atom)