Monday, August 11, 2008

Aku & Urusan Sekolah

Sibuk itu lumrah kehidupan, sibuk tidak semestinya menjadi alasan kenapa aku tidak mengupdate blog ini. Semuanya kerana kemudahan yang terbatas, membuatkan aku malas menulis di depan komputer dan menghantar entry baru. Alhamdulillah...hari ini, 11hb Ogos 2008 sekolah MTS telah memasukkan line streamyx dan bilik aku ada sebuah komputer untuk mengupdate laman web sekolah. Ini bererti aku akan mempunyai masa dan kemudahan berganda untuk menulis di sawang maya.

Aku berdoa agar kemudahan ini akan memapankan lagi karier aku sebagai penulis sambil mengembangkan nama sekolah tahfiz di persada Malaysia. Apapun...doakan diriku yang telah bergelar suami untuk terus konsisten menulis novel.

Sekarang sedang menaip novel ketiga. Doakan ia siap hujung tahun ini.

Monday, July 14, 2008

Kenangan Hari Walimah

Assalamualaikum... Terlalu sibuk melalui gerbang rumahtangga hingga tak sempat untuk mencatat sebaris dua ayat. Di sini, saya paparkan secebis kenangan hari walimah.

Dari kiri : Saya, isteri, abang ipar dan kakak ipar.
Dari kiri : Tak kenal, saya, isteri dan tak dikenali.

Setakat ini majlis walimah sebelah pengantin perempuan sudahpun selesai. Cuma, majlis menyambut belum diadakan lagi. Jika tiada aral, pada 23 Ogos ini akan diadakan majlis menyambut di rumah saya. Doakan semuanya lancar.

Friday, June 13, 2008

KAD JEMPUTAN KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar makluman kepada pengunjung. Walimah ini akan dibuat di Batu Pahat, sebagaimana yang tertera di kad jemputan di atas. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 23hb Ogos (Kenduri pihak lelaki). Jadi, kawan-kawan dipersilakan datang pada 23hb Ogos 2008. Insya allah kita akan edarkan kadnya pada akhir bulan Julai. Bukan apa, kalau edar kad awal sangat nanti hilang entah ke mana.

Wednesday, May 14, 2008

TERUNA SENJA

Saya sudah berada di penghujung senja dalam zaman teruna. Sudahpun mengikat perjanjian dengan gadis pilihan pada 3 Mei dan bakal menjengah ke alam 'berdua'. Sejujurnya, rancangan mahu membina masjid ini tidak mahu diuar-uarkan kerana ada beberapa hal yang masih kabur. Namun, dengan takdir tuhan insya allah 15 Jun 2008 itu akan menjadi tarikh keramat. Mudah-mudahan andai panjang umur dan tidak ada sebarang aral melintang. Itulah tarikh saya akan bergelar suami.

Mohon doa dan restu dari semua. Agar dimudahkan dan dilancarkan segala urusan.