Sudah empat bulan saya berumahtangga dan menjadi seorang suami. Memikul bebanan seorang khalifah dan melaksanakan amanah beragama. Sejujurnya dan setulusnya, ia bukan mudah dan prosesnya sukar. Mungkin bagi yang belum berkahwin terasa mahu merasai alam rumahtangga. Saya ingatkan terlebih dahulu khususnya kepada lelaki. Jangan terlalu berkhayal tentang hal yang menyeronokkan. Sebaliknya perlu ada satu sikap untuk memimpin, menjaga dan mendidik pasangan dengan agama. Namun, percayalah setiap kesukaran yang ditempuh hujungnya memberi pengajaran dan menambahkan kecintaan terhadap pasangan. Jika dilalui dengan berhemah dan ikhlas.
Terbukti, sehingga hari ini solat berjemaah benar-benar memberi impak besar kepada jiwa ketua keluarga. Malah berkat berjemaah itu memberi ketelusan dalam komunikasi sepanjang hari. Selama empat bulan ini saya mengamati, solat jemaah subuh adalah kunci ketenangan jiwa untuk hari tersebut. Manakala solat-solat lain adalah penyelesai masalah yang berbangkit di dalam keluarga.
Berdasarkan pengalaman sendiri, jika hari itu saya terlepas jemaah subuh. Akan ada konflik yang berlaku antara saya dan pasangan. Samaada wujud salah faham atau kecacatan dalam pengurusan. Konflik itu tidak besar namun ia menyukarkan proses harian saya.
Menyedari hal itu, saya nasihatkan diri saya dan saudara sekalian. Khususnya yang bernama lelaki. Berjemaahlah setiap waktu. Kerana jika kita membesarkan Allah, pasti Allah mampu membantu kita. Berilah ruang untuk Allah, pasti Allah akan meluangkan masa untuk menyelesaikan masalah kita. Sebaliknya, jika kita membesarkan dunia pasti dunia akan memberi lebih banyak kerumitan.
Ingatlah, ketenangan adalah impak yang tercipta dari konsistensi berjemaah. Tunaikan sedaya upaya.
'Jadilah ketua dan khalifah yang baik. Semoga dirahmati Selalu'
Sunday, October 12, 2008
Sunday, September 21, 2008
Warkah Cinta - Diulang Cetak

(Surat daripada editor PTS)
Assalamualaikum...
Semoga Tuan Ubaidillah sihat dan ceria di samping menjalani ibadah puasa. Saya editor yang menguruskan buku-buku ulang cetak PTS Millennia. Sukacita dimaklumkan, buku Warkah Cinta Berbau Syurga karya Tuan akan diulang cetak sebelum bercuti Hari Raya Aidil Fitri.
Tahniah saya ucapkan!
Justeru, saya ingin meminta jasa baik Tuan agar membuat pembetulan ataupun perubahan sekiranya ada. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat pembetulan pada halaman berkenaan. Tuan boleh menge-mel sahaja halaman yang terdapat kesalahan pada alamat ini. Untuk makluman Tuan juga, pihak PTS Millennia bersetuju menukar saiz buku tersebut daripada 5" x 7.5" kepada mengikut saiz-saiz novel keluaran PTSM yang lain iaitu 4.5" x 7.5". Dan untuk pengetahuan Tuan juga, kulit buku bagi buku ini juga akan ditukar kepada yang baru.
Tuan boleh lihat attachment file seperti yang dilampirkan. Sebelum itu, sila abaikan sinopsis belakang cover, kerana itu adalah percubaan sahaja. Saya akan minta pihak grafik artis menukarkannya. Dengan itu, besarlah hati saya jika Tuan dapat memaklumkan pada saya sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana halaman sebelum ataupun pada 19 September 2008 bersamaan hari Jumaat ini.
Sekiranya tiada sebarang perubahan, pihak saya akan terus menghantar buku ini ke pencetak. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada Tuan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Assalamualaikum,
Nahddatun Nisaak Othman
Editor PTS MILLENNIA SDN BHD (No. Syarikat 678177-A) 9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel: (+6) 03 4142 7416 Faks: (+6) 03 4142 7415 Mobile: 016 6611754 Website: www.pts.com.my Blog: www.blogpts.com
Tuesday, August 26, 2008
SINOPSIS NOVELKU
Terima kasih kepada saudari Akmal kerana sudi membuat sinopsis terhadap novel saya.
"Warkah Cinta Berbau Syurga"
Sinopsis :
“Aku akan terus menulis walaupun kutahu salam daripada warkah bisumu semakin menjauhi realiti. Tetapi aku tidak mampu hentikan semua ini melainkan kematian sahaja yang dapat memisahkan jiwaku daripadamu. Dan aku tahu, kematianku makin menghampiri...” kata Wardah.
Cinta seorang lelaki yang ditagih dua gadis. Hebat sangatkah Amir Mukhlis hingga dia sanggup mengecewakan impian Wardah dan menolak harapan Balqis.Tidak! dia adalah lelaki yang berpendirian. Dia sangat tegas dalam soal hati dan perasaan dan tidak mahu ada di antara mereka hanyut dibuai badai perasaan yang mampu memesongkan akidah manusia.
(Selanjutnya sila klik di SINI )
Terima kasih saudari Nur Akmal.
"Warkah Cinta Berbau Syurga"
Sinopsis :
“Aku akan terus menulis walaupun kutahu salam daripada warkah bisumu semakin menjauhi realiti. Tetapi aku tidak mampu hentikan semua ini melainkan kematian sahaja yang dapat memisahkan jiwaku daripadamu. Dan aku tahu, kematianku makin menghampiri...” kata Wardah.
Cinta seorang lelaki yang ditagih dua gadis. Hebat sangatkah Amir Mukhlis hingga dia sanggup mengecewakan impian Wardah dan menolak harapan Balqis.Tidak! dia adalah lelaki yang berpendirian. Dia sangat tegas dalam soal hati dan perasaan dan tidak mahu ada di antara mereka hanyut dibuai badai perasaan yang mampu memesongkan akidah manusia.
(Selanjutnya sila klik di SINI )
Terima kasih saudari Nur Akmal.
SETELAH KAU KUPILIH - LALU KAU SETIA KUKASIH
Sayangku,
Aku mahu menjadi langit di atasmu, yang akan setia memayungimu sepanjang usia ini.
Aku mahu menjadi waktu yang akan berdetik sepanjang zaman.
Aku mahu menjadi udara yang bisa kau hirup sekalipun dibawah sedar.
Aku mahu jadi mentari dikala siang dan bulan dikala malam, yang akan setia memerhatimu.
Aku mahu menjadi nafasmu yang tidak akan mampu dihentikan oleh mana-mana kekuatan kecuali tuhan.
Aku mahu mencipta kesetiaan yang abadi. Aku mahu setia menantimu sekalipun di pintu syurga.
Kita akan membina kubah cinta yang akan didirikan dengan batu-bata tangisan serta senyuman
Sesukar manapun perjalanan ini, biarlah kita memulakan dengan senyuman
Dan...
Penghujung perjalanan kehidupan ini...kita berdoa dan berusaha
Agar tuhan akan satukan kita
Di jannatul Firdaus
Amin...ya Rabbal A'lamin
Subscribe to:
Posts (Atom)
