Assalamualaikum W.B.T.
Alhamdulillah! Pertamanya marilah kita bersyukur atas pertemuan kedua menerusi catatan bisu ini, sekalipun kita tidak bersua muka namun catatan ini sudah mewakili maksud di hati saya. Seterusnya, saya berterima kasih kerana anda masih mengikuti perkembangan buletin Al-Qiadah untuk kesekian kalinya. Dalam sesi kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman sebagai penulis.
Saya pernah bekerjasama dengan Faisal Tehrani untuk menjadi tenaga pengisi bagi program penulisan di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Program tersebut dibuat pada September 2007 (jika tidak silap). Anda kenal Faisal Tehrani? Pemenang hadiah pertama Sastera Utusan bagi kategori novel remaja selama tiga tahun berturut-turut. Mungkin anda pernah membaca novel 1511, Bila Tuhan Berbicara atau Tuhan Manusia. Kebanyakan novel belia laris dan hebat-hebat belaka. Seorang penulis yang berfikrah Islam dan sangat mahir menjadikan sesuatu bahan ilmiah menjadi sebuah naratif mengasyikkan.
Dalam program itu beliau menekankan kepentingan penulisan Islam dan betapa perlunya golongan agamawan menjadi penulis. Kerana penulisan adalah satu-satunya media sebaran yang paling mudah dan efisien. Penulis muda yang berfikrah Islam juga perlu dilatih dan dibangunkan untuk menentang kebejatan sosial yang mewarnai dunia media cetak. Penulis perlu menerbitkan bahan-bahan berguna untuk menyaingi majalah hiburan seperti Manga, URTV, Hai dan komik-komik tahyul. Paling utama setiap penulis Islam perlu menekankan konsep tauhid serta amar makruf dan nahi mungkar dalam setiap karya yang dihasilkan. Ini sangat penting untuk memperbetulkan minda muda-mudi yang telah dipesongkan pemikirannya akibat media kontemporari.
Jujur saya katakan, penulis Islam sangat dialu-alukan dalam dunia penulisan kreatif mutakhir ini. Untuk makluman pembaca, saya salah seorang penulis sambilan di PTS Millennia Publications. Abang Fauzul Naim selaku pengarah urusan PTS pernah memaklumkan bahawa dia sedang mencari bakat baru dalam penulisan novel Islam. Setakat ini sangatlah sukar untuk mencari manuskrip novel yang benar-benar mencerminkan Islam secara hakiki. Kebanyakan penulisan hanya menempelkan Islam dalam karya dan bukan menjadi Islam sebagai satu cara hidup di dalam penceritaan.
Jika anda pernah membaca novel karangan penulis Indonesia bernama Habiburrahman Asy-Syirazi iaitu ‘Ayat-ayat Cinta’, novel beliau adalah yang terlaris sepanjang tahun 2007. Akhirnya ia telah difilemkan awal tahun 2008. Itu adalah bukti bahawa ramai orang sekarang mencari novel yang ilmiah dan berisi. Orang merasa rugi untuk membeli novel percintaan semata-mata tetapi sifar manfaat. Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pembaca agar belajar menulis sama ada bermula dari membuat karangan biasa dan kemudian menulis cerita yang panjang.
Bukan mudah untuk menjadi penulis, tetapi jika anda berminat untuk menjadi penulis maka anda perlu memulakan latihan mulai sekarang. Tulislah apa sahaja asalkan benda itu bermanfaat. Sedikit demi sedikit anda akan mula mencipta jalan hidup sebagai penulis. Insya Allah.
Thursday, February 28, 2008
BERJUANG ATAU HANCUR SAHAJA
Bismillahirrahmanirrahim
PEMBACA sekalian, ringkasnya saya mahu katakan bahawa di sekeliling kita ini wujud ramai manusia pemalas. Mereka ini bukan sahaja pemalas, malah berotak jumud serta jahil. Justeru saya mahu menengking mereka ini dan mengatakan “Bangun! Dan Berjuang! Sedarlah bahawa kita sedang diserang oleh arus jahiliah moden.” Ops! Keraskah bunyi ayat saya? Jika begitu biar saya jelaskan, isi kandungan catatan ini memang keras!
Setiap hari bila saya bangun dari tidur, saya berkenderaan ke sekolah dan pulang seusai tamat mengajar. Maka setiap hari itulah saya menemukan bermacam karenah manusia. Yang jelas, manusia di sekeliling saya terlalu banyak sikap MALAS dan LEPAS TANGAN. Tidak kira manusia itu bergelar guru atau pelajar. Justeru, saya merasa malang sekali Yayasan Islam Kelantan memiliki orang-orang sebegini. Jika boleh saya mahu tengking mereka dan katakan “Orang seperti kamu, hanya memberatkan kepala mudir dan menyusahkan orang sekeliling. Orang seperti kamu, hanya penyeri namun tidak menjadi penyumbang besar. Berserilah kamu di situ, namun ingat kamu itu ibarat bunga kertas. Tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Jika kamu hilang lebih baik dari kamu wujud di sini.”
Sayangnya, kata-kata itu hanya meniti di dalam kolong hati. Tidak pernah diucapkan atau dimuntahkan. Lalu kali ini, saya paparkan segala amukan di jiwa dalam bentuk tulisan ini agar mampu dibaca oleh semua mata. Jujur saya katakan, buletin ini saya usahakan demi merubah suasana guru dan pelajar di beberapa sekolah YIK. Merubah cara berfikir dan membentuk kesatuan fikrah. Selain itu, saya mahu memperkasakan budaya berfikir ke depan dan sikap tegur-menegur sesama pelajar. Kerana saya melihat kelemahan manusia ada di mana-mana termasuk dalam diri saya sendiri. Maka, jika ada nasihat dan seruan ke arah memperbaiki diri sewajarnya usaha itu disambut baik.
Kita perlu sedar bahawa institusi keagamaan yang berada di bawah YIK ini digeruni oleh banyak pihak. Orang-orang yang membenci dan memusuhi Islam sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan generasi agama yang bakal lahir dari institusi YIK. Andai guru-guru YIK tidak bersatu dan tidak berjuang untuk membina karisma pelajar, siapa lagi yang akan melakukannya? Andai guru YIK pemalas, jumud dan jahil maka apa yang akan terjadi untuk generasi hari depan? Guru, wajib bangun dan berjuang!
Berjuang itu bukan angkat pedang, sebaliknya meningkatkan profesionalisma dan thaqafah diri. Mempelbagaikan kemahiran dan fleksebiliti dalam pengurusan. Memperkasakan paradigma serta cara berfikir. Dan cuba merancang sebuah wawasan yang jauh ke depan. Jika guru mampu tampil dengan semua ciri-ciri itu, maka sudah pasti pelajarnya akan mampu ikut di belakang. Lalu akan lahirlah generasi yang hebat dan bersedia membangunkan Islam.
Andai guru-gurunya masih lewah, suka berbalah dan mudah lepas tangan. Suka saya katakan kepada guru ini “Orang seperti kamu ini, lebih baik hancur sahaja. Jadi debu-debu di awangan. Kewujudan kamu bawa beban di kepala orang. Kalau hilang terasa lebih aman.” Keraskah ayat itu? Wajar bunyinya keras. Kepada pelajar agama, jika kamu ini manusia yang berakal waras dan berfikiran jauh. Kamu perlu mengerti bahawa bekerja untuk Islam itu wajib! Berjuang untuk Islam itu wajib! Dan menentang kekufuran itu wajib! Maka, kamu wajib berjuang! Jika kamu enggan, itu bererti kamu selayaknya menjadi jadi debu-debu berterbangan daripada bergelar manusia. Pergi hancur sajalah.
Maafkan saya di atas kekasaran bahasa yang disengajakan. Semoga ia memberi satu kesan di jiwa.
Wassalam.

Tuesday, February 12, 2008
Bakal Terbit Nanti
Thursday, January 31, 2008
SUKARKAH MEMBERI RESPON DAN NASIHAT YANG BAIK?
Ini adalah emel yang saya terima dari seorang pengunjung laman web drcinta.com. Point utama ada di emel terakhir di bawah sekali. Selamat membaca.
Assalamualaikum
Saya baru sahaja mendaftar sebagai pengguna drcinta.com dengan harapan saya dapat meraih pengetahuan.
Saya mengirimi emel ini untuk mengutarakan soalan yang telah bersarang di dalam minda dengan harapan ustaz dapat memberi jawapan yang dapat melegakan jiwa.
Saya telah cuba untuk mendapatkan alamat emel Dr Fadzilah Kamsah atau Ustazah Siti Norbahyah tetapi tidak kesampaian.
Masalah saya adalah
i) Dalam usia saya yang bakal menginjak 30 tahun dan dalam kegagalan saya menemui calon jodoh yang beriman dan berpegang kepada syariat, akhirnya saya menemui seorang teman yang saya kaji seorang yang sangat mengambil berat tentang pengetahuan dan amalan agama. Meskipun bukanlah hebat tetapi apa yang saya perhatikan menerusi setahun setengah saya berkenalan dengannya, dia konsisten dengan amalan serta ibadahnya.
Namun, masalahnya adalah dia tidak seNEGARA dengan saya. Saya dari Singapura manakala calon pilihan saya tinggal di Selangor.
Saya sudah menunaikan solat istikharah berkali-kali semenjak tahun lepas dan daripada solat istikharah itu, saya pernah memutuskan agar tidak berhubung dengannya. Namun, jiwa saya cenderung kepada calon saya yang tinggal di Selangor ini kerana keyakinannya kepada agama Allah serta usahanya mengamalkan suruhan tuhan secara konsisten. Sukar menemui lelaki yang senegara namun cukup mengambil berat tentang pentingnya memelihara aqidah.
Ibu bapa saya pula berpendapat tempat tinggalnya begitu jauh dan tidak bersetuju dengan pilihan saya. Namun, mereka juga tidak berusaha untuk merujuk kepada Allah apakah pilihan ini baik bagi dunia dan akhirat saya. Saya berasa sedih kerana meskipun dia tinggal jauh, saya anggap ini ketentuan jodoh saya.
Bolehkah Ustaz bantu saya dengan memberi saranan. Apakah kerana jarak, kami tidak boleh mendirikan rumahtangga. Sedangkan, tempat hanyalah tempat. Sekiranya saya berumahtangga, sudah tentu saya harus ikut suami saya. Seandainya dia ingin membawa saya ke Selangor, menjadi tanggungjawab saya mengikutinya.
Saya sudah jelaskan kepada ibu bapa tetapi mereka tidak berfikiran terbuka. Haruskah saya mendapatkan nasihat daripada hakim negara tentang perkara ini?
Terima kasih.
----- Original Message ----From: ubaidillah alias <aidil06@yahoo.com>To: ******<Sent" target=_blank>****@yahoo.com>Sent: Tuesday, January 29, 2008 6:16:46 AMSubject: Re: Soalan dan persoalan
Assalamualaikum
Saudari, terima kasih kerana sudi bertanya kepada saya.
Ini kali pertama saya menerima emel yang bertaip kemas dan ayatnya tersusun. Sebelum ini emel yang saya terima mempunyai susunan ayat yang agak teruk dan type settingnya juga tidak kemas. Itu sekadar makluman.
Kita kembali kepada matlamat asal perkahwinan. Selain ia menutup pintu maksiat, ia juga adalah jalan menyambung keturunan. Perkahwinan juga merupakan komitmen sepanjang hayat yang perlu disuburkan dengan pembudayaan agama. Perkahwinan adalah
proses taaruf dan meluaskan hubungan silaturrahim di antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain.
(Respon)
1-Masalah jarak bukanlah suatu halangan dalam mencari pasangan. Agama menggalakkan kita berkahwin dengan orang jauh. Agar keluarga itu berkembang dan ini dituntut dalam agama. Sebaliknya tidak digalakkan kita berkahwin dengan orang keluarga terdekat, seperti sepupu atau dua pupu. Ini bererti, jarak bukan isu yang wajar diperbahaskan.
2- Dekat atau jauh, bukan jaminan untuk mendapat kebahagiaan sesebuah keluarga. Itu kita sudah mengerti. Buktinya, ada orang kahwin dengan orang sekampung, akhirnya bercerai jua. Ada yang kahwin dengan pilihan orang tua, ibubapa sama-sama setuju akhirnya berpisah juga. Kita simpulkan begini, faktor luaran seperti rupa, fizikal, pekerjaan, jarak dan seumpamanya bukan satu jaminan untuk mendapat kebahagiaan. Paling utama adalah agama.
3- Memilih calon kerana agamanya adalah satu sebab yang wajar. Kerana pegangan terhadap agama adalah satu-satunya jalan kebahagiaan. Adalah lebih bagus jika calon itu mempunyai kewangan dan sifat yang baik. Kerana Luqman al-Hakim menyebut 3 perkara yang utama bagi seseorang iaitu "Agama - Harta - Sikap Malu".
Perkara yang perlu difikirkan :
Risiko sentiasa wujud dalam setiap hubungan yang memerlukan komitmen. Memang wujud kesukaran bagi pasangan yang tinggal berjauhan dengan ibubapa. Ini bererti mereka perlu berusaha lebih untuk bertemu dan bertanya khabar selepas mendirikan rumah tangga. Ini bererti mereka perlu bersedia untuk berkorban lebih sama ada wang dan masa bagi mempastikan kelangsungan hubungan dalam keluarga ipar-duai atau mertua.
Namun, jangan lupa bahawa Allah menjamin pahala bagi isteri yang taat. Malah jika si isteri taat pada suaminya, ibubapa si isteri turut mendapat keampunan dosa. Ini disebut dalam hadis sahih bagaimana cerita seorang sahabat Nabi yang terpaksa meninggalkan kampung atas urusan penting, lalu dipesan kepada isterinya "Jangan ke mana-mana sehingga aku pulang".
Tiba-tiba setelah dia pergi ada utusan datang mengkhabarkan ke rumahnya bahawa ayahnya sakit tenat dan mahu melihatnya. Lalu dia serba salah dan meminta utusan tadi bertanya nabi adakah dia perlu pergi ke sisi ayahnya atau taat perintah suaminya. Nabi menyuruh agar dia taat pada suaminya. Akhirnya, ayah si isteri meninggal dan dia sekali lagi bertanya nabi perlukah dia mengiring ayahnya ke kubur? nabi bilang "Taatlah pada suamimu". Lalu setelah jenazah ayahnya selesai ditanam, nabi berpesan "Khabarkan kepada anak perempuan lelaki ini, bahawa seluruh dosa ayahnya telah diampunkan kerana berkat ketaatannya pada suami".
Kesimpulan
Hidup ini memang sukar, sentiasa ada masalah yang mendatang. Tapi jangan bimbang, penyelesaiannya tetap ada dalam agama. Jika masalah tetap menghurung, walau berkali-kali sudah kita cuba menggunakan cara yang diajar oleh agama...maka itu bererti Allah mahu menguji kita dan memberikan pahala atas setiap kesabaran. Justeru, bersabarlah insya allah akan ada hari dimana kita akan berterima kasih atas segala ujian ini.
Sekian, wassalam.
-----------------------
Waalaikumsalam.
Betapa saya bersyukur dan gembira kerana mendapat respon yang cepat daripada Ustaz. Alhamdulillah, Ustaz dari luar negara pun dapat memberi respon dengan cepat, berkat kecanggihan teknologi. Untuk pengetahuan Ustaz, ini adalah kali keempat saya cuba bertanya kepada mereka yang saya anggap berpengetahuan dalam bidang ini namun ketiga-tiga kali saya cuba mendapatkan jawapan, saya benar-benar kehampaan.
Kedua-dua ustaz dari Singapura yang saya hubungi melalui emel tidak membalas emel saya. Saya cuba berbaik sangka, mungkin mereka terlalu sibuk, terlepas pandang emel saya atau tidak menggunakan lagi alamat emel mereka itu. Kali ketiga adalah saya menghubungi talian bertanya soalan di pejabat agama Islam Singapura sendiri tetapi terlalu kecewa apabila Ustaz yang menjawab panggilan saya seperti 'tidak kuasa' hendak menjawab pertanyaan saya secara rinci. Mungkin, baginya, masalah saya tidak penting.
Dalam zaman kerosakan ini, di mana teknologi digunakan untuk tujuan kerosakan, saya bersyukur kerana masih ada individu yang bertekad menyampaikan dakwah dengan perantaraan teknologi sebegini. Hanya Allah yang dapat membalas usaha Ustaz kerana saya sudah beberapa bulan mencari jawapan bagi masalah saya.
Masalah saya ini telah saya utarakan kepada calon pilihan saya di Selangor itu namun oleh sebab beliau tidak mahu saya mengengkari ibu bapa saya, beliau banyak menasihati saya supaya banyakkan bersabar. Namun, dalam saya bersabar, saya terfikir apakah halangan yang ditimbulkan oleh ibu bapa saya itu berasas sedangkan ibu saya sendiri adalah kelahiran Melaka yang kemudian berhijrah ke Singapura.
Apa salahnya saya jika saya memilih untuk hidup bersama dengan orang kelahiran Selangor. Bukankah, kita masih seagama dan kita semua masih berpijak di bumi Allah. Memanglah jauh dari segi jarak tetapi dengan kesedihan saya yang sedikit membuat saya berjauh hati daripada mereka, bukankah itu yang perlu difikirkan.
Terima kasih di atas jawapan yang Ustaz berikan. MasyaAllah, saya terharu.
Namun, saya juga sedar dan akur bahawa di antara saya dan calon pilihan saya di Selangor, terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Untuk pengetahuan Ustaz, ada beberapa perkara yang menjadi isu serta kian digembar-gemburkan oleh ahli keluarga saya iaitu soal tidak sekufu.
i) Saya mempunyai diploma (akademik sekular) manakala calon saya hanya ada SPM
ii) Saya bergaji lebih besar daripada calon saya
Entahlah. Bagi saya, ini semua hal maddi. Sekalipun saya bergaji besar, bagi saya yang lebih penting adalah persoalan bagaimana saya membelanjakan atau mentadbir wang saya dalam menjana ekonomi keluarga yang bakal saya bina. Gaji calon saya jauh lebih kecil dan saya tahu ini tentu merumitkan perkara. Namun, yang penting dia mempunyai pekerjaan dan suka berusaha serta tidak terlibat dengan riba atau sumber yang tidak diredhai.
Walaupun saya berdiploma, itu bukan bermakna saya arif dalam segala hal. Saya masih memerlukan bimbingan rohani terutama sekali dalam menghayati ajaran agama itu sendiri. Hanya sekadar mempunyai SPM pula, tidak bererti beliau hina dan tidak mempunyai kemampuan untuk mentadbir keluarga berdasarkan kefahaman dan pengetahuan.
Ketika saya menolak pilihan ibu bapa saya suatu masa dahulu, adalah sebab calon saya itu mempunyai sikap yang bertentangan dengan saya. Saya mempunyai syarat-syarat yang dianggap berat oleh semua. Mungkin, saya begitu 'rigid' tetapi inilah naluri saya kerana ini adalah matlamat dan kehendak saya. Apakah salah jika saya meminta syarat-syarat seperti ini....????
(1) Calon yang suka mencari pengetahuan dunia dan ukhrawi (formal/informal) tanpa mengenal batas usia
(2) Calon yang berusaha berpegang teguh kepada syariat sebagai bukti ketaatan kepada Allah
Ustaz, saya sebenarnya memerlukan panduan kerana pilihan saya sebenarnya bukanlah seseorang yang berharta tetapi yang menjadikan beliau kaya di mata saya adalah usahanya menghampiri Allah dengan mengenali Quran.
Saya berharap pilihan saya juga tidak berasaskan emosi dan kehendak diri sendiri semata-mata tetapi benar-benar keranaNya.
Mohon panduan.
------------------
Assalamualaikum kembali
Jika saudari mohon panduan, saya akan menjawab hanya Allah yang mampu memandu manusia. Jika saudari minta pandangan, saya mungkin boleh memberi sedikit respon.
Sejujurnya kehampaan saudari itu berasas. Kebanyakan orang yang menjawat jawatan tinggi 'kadi atau mufti' dan mempunyai status high profile tidak suka membantu secara maya. Kerana hal itu kurang memberi kredit kepada mereka. Ini adalah masalah agamawan zaman sekarang. Sangat memilih orang dan keadaan untuk membantu, mereka jarang bersifat fleksibel dan versatile.
Masalah kedua yang membuatkan mereka sukar untuk reply, adalah masalah menaip. Kebanyakan agamawan 'kadi dan mufti' menaip lambat dan memakan masa untuk memberi respon. Alhamdulillah, saya adalah penulis sambilan dan saya mampu memberikan jawapan spontan dan cepat secara bertaip.
Ok. Berdasarkan emel yang diterima saya kira semua luahan saudari itu wajar. Ciri-ciri yang saudari sebutkan perlu ada pada seorang suami itu juga sangat rasional dan bertepatan dengan syarak. Mudahnya saya melihat ada dua polemik yang saudari ketengahkan (1) Soal Sekufu (2) Soal karekter
Respon
Dalam soal sekufu, saya yakin tidak timbul banyak masalah. Biarpun gaji lelaki lebih rendah dari gaji saudari. Memang penting kewangan lelaki stabil demi untuk mempastikan kewangan rumah tangga tidak gawat. Namun jika saudari mampu menampung sebahagian urusan kewangan suami, isu gawat dalam pengurusan ekonomi rumah tangga mampu diselesaikan.
Soal karekter dan peribadi lelaki itu, suka saya bertanya. Adakah saudari pernah bertemu, berbual dan bertukar fikiran dengannya? Atau hanya berhubung melalui maya dan telefon? Jika saudari belum pernah bertemu mata dan berbual secara face to face
. Saya khuatir saudari sebenarnya masih kabur dengan sikap dan perangai lelaki itu. Orang lelaki zaman sekarang bijak mengumpan dan bermain ayat. Maka saya ingatkan, saudari harus pandai menilik sebelum memilih.
Jika saudari pernah bertemu dan benar-benar 'yakin' dengan prinsip dan akhlaknya, maka saya langsung memberi cadangan.
Cadangan
Dalam soal memenangi hati orang tua, lelaki harus lebih ke depan. Sewajarnya lelaki menemui ibubapa si perempuan, dan berbincang. Mungkin jika lelaki itu benar-benar ikhlas, insya allah tuhan akan memudahkan urusan. Kerana, ibubapa yang melihat pertuturan dan gaya laku bakal suami anaknya dengan mata kepala sendiri akan lebih berpuas hati. Wajar si lelaki bertemu dan memperkenalkan diri.
Selain daripada itu, hubungan cinta sebegini memerlukan sedikit ikhtiar. Contohnya si lelaki mengirim barang dan cuba mengambil hati orang tua. Biarpun ia seolah-olah membodek, namun dalam agama diajar dalam sebuah hadis : Tahadu tahabbu (Saling memberi hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling mengasihi). Atau si lelaki perlu kerap berhubung dan bertanya khabar, pasti ibubapa saudari tidak akan bercakap yang bukan-bukan andai ada orang bertanya khabar.
Jika si lelaki itu benar-benar ikhlas mahu menikahi saudari. Wajar dia berusaha lebih. Wajar dia bangun dan berhadapan dengan ibubapa saudari dengan membawa hati yang tulus. Andai dia benar lelaki yang jujur, tuhan pasti memihak kepadanya. Melainkan Allah sudah mentakdirkan tiada jodoh antara anda berdua.

Subscribe to:
Posts (Atom)