Wednesday, January 28, 2009
BLOG MAJALAH RIO
Edaran bergantung kepada permintaan. Jika permintaan tinggi, akan cepatlah keluaran seterusnya terbit. Jika permintaan agak lesu, keluaran seterusnya akan diperlambatkan. Apapun, doakan ianya konsisten. Untuk maklumat lanjut sila masuk ke blog khusus majalah ini iaitu di alamat http://majalahrio.blogspot.com atau klik saja di sini.
Sunday, January 18, 2009
MUZAHARAT FALASTINE (Tunjuk Perasaan Untuk Palestin)
Bagaimana dengan tempat anda? Tidak adakah muzaharat? :)
Sekadar bertanya.
Wassalam.
Wednesday, January 14, 2009
TUGASAN SAYA DI SEKOLAH & WAWASAN PENULISAN
TUGASAN SAYA SEBAGAI GURU MTS Pada JANUARI 2009
Guru Setiausaha HEM
· Uruskan unit Kebajikan Pelajar
· Unit Kesihatan dan Rawatan
· Unit Buku Teks
· Unit Kedai Sekolah
Guru Penerbitan
· Uruskan penerbitan Al-Qiadah dan QSL (Bulanan)
· Uruskan Majalah Bustanul Arifin. (Progress)
· Uruskan editorial untuk typing dan editing (Progress)
· Update Blog MTS (Bulanan)
Guru Kelas Ibnu Batutah
· Uruskan kehadiran pelajar harian. (Progress)
· Catatan biodata pelajar. (Siap)
Guru Subjek Tafsir
· Cari sukatan baru. Guna tafsir Al-Munir.
· Buat soalan dan skema untuk exam.
· Pastikan jadual dipenuhi.
Guru Al-Quran
· Jadual harian mengikut biasa.
· Jadual kelas malam. (Selasa, khamis dan pagi jumaat)
TUGASAN CERAMAH
- Masjid Kota
- Surau Mustaqim
- Surau Kg Belukar
Semua tugasan ini sebenarnya adalah tugasan yang bukan mudah, mudah-mudahan Allah membantu saya.
SASARAN SAYA SEBAGAI PENULIS DAN PENERBIT PERSENDIRIAN
Tahun ini saya mahu menyiapkan sekurang-kurangnya dua buah novel. Dan disamping menerbitkan 8 buah buletin Al-Qiadah, 4 biji komik QSL dan 8 biji majalah RIO. Saya akan cuba susun waktu sebaik mungkin. Saya mahu kerja sekuat daya. Saya suka bekerja dan saya suka mencari cabaran baru dalam hidup.



