Saturday, June 03, 2006

NOVIK ke 2

Dalam dua minggu terakhir ini, saya beransur-ansur memulakan pembikinan novel grafik(NOVIK) kedua (Fuh! Macam projek besar aje bunyinya).

Pertamanya, saya bercadang karya kali ini akan bersifat lebih santai dan tidak begitu akademik berbanding karya pertama saya. Ayat-ayatnya juga akan ditambahkan nilai humoristik dan mengandungi perkataan slanga(bahasa pasar) seperti : sempoi-hampeh-kantoi-dll. Namun, saya masih terfikir samada untuk tidak berbuat begitu. Kerana tindakan sedemikian akan merosakkan bahasa Melayu baku.

Keduanya, saya tidak mempunyai bilik khusus untuk melukis. Sehingga sekarang, bilik saya dipenuhi dengan buku-buku dan perkakas lain termasuklah komputer. Jika saya mahu melukis, terpaksalah meminjam meja rakan-rakan. Aduh! Mungkin seusai exam, meja member2 saya akan kembali kosong dan saya akan berpeluang untuk mengambil fungsi meja itu sepenuhnya. (Betapa berharganya sebuah bilik yang mempunyai meja bagi seorang pelukis!!!)

Ketiganya, saya tertanya-tanya juga siapakah golongan sasaran? (pastinya remajakan!) Dan apakah tema yang diinginkan oleh PTS Millenia? (Ini tak sure) Walaupun begitu, saya yakin jika isinya islamik dan mempunyai nilai ilmu. PTS tidak akan menolak hasil karya tersebut. (Betul tak abang fauzul?) Sebaik exam tamat pada 12hb ini, saya akan memulakan proses bertungkus lumus untuk menyiapkan novel grafik kedua. Saya fikir, novel kali ini akan muncul dalam 250ms. Dengan persembahan kartun yang lebih baik serta stroke yang lebih mantap. Insya allah.

Keempatnya, masalah utama saya dalam lukisan adalah tidak mahir melukis gambar perempuan. Justeru, sehingga sekarang saya tidak henti-henti mengasah jari jemari saya dengan melukis figura(wanita) dan landskap. Saya yakin jika mempunyai perkakas dan masa yang mencukupi, hasil kali ini akan benar-benar memuaskan. Insya allah.

Akhirnya...kalau ada masa, saya akan scan beberapa hasil terbaru lukisan sendiri. Errm...mungkin sukar sedikit nak scan. Sebab scanner memang susah nak cari kat mesir. Budak Malaysia jarang yang beli scanner. Kalau nak scan di kedai, sekeping gambar kena bayar le1.00. Hu! Hu! Hu! Hu! Pokailah wang saku kalau macam tu!

Oh ya. Ini ada info tambahan.

Selepas menerawang seketika di sawang yang wujud. Saya tergerak hati untuk mempromosikan laman web UKHWAH.COM. Yang dikhususkan untuk penulis amatur/pro mendapatkan nasihat/tips penulisan secara terus daripada penulis mapan saudara Zaid Akhtar. Selain daripada anda cuba menghantar karya anda seperti cerpen, esei, puisi dan luahan hati ke E-SASTERA. Ada baiknya juga kalian menghantar karya ke ukhwah.com bagi mendapat pandangan, teguran dan komentar daripada ahli forum di sana.

Wassalam.

2 comments:

tintaHati said...

emm kata orang penulisan mahupun komik boleh dijadikan medan dakwah kalo kena caranya. mcm alwan comic tu. So, tak salah guna bahasa santai. Lgpun dlm kehidupan seharian tak ada plak org yg ckp bahasa baku betul. tp tak taula plak kalo saudara ubaid berbaku 24jam! =D

emm mgkn ada baiknya beri tumpuan sepenuhnya pada imtihan dulu. Pentingkan yg mana lebih penting krn yg lbh penting itu lebih penting dr yg penting [sila baca berulang kali utk fhm ;)]

Masalah figura wanita tu, tak dpt membantula krn ana sendiri pun tak pandai melukis.

Akhir kalam, salam perjuangan utk imtihan! =)

A. Ubaidillah Alias said...

:)

ok. Terima kasih.