Ia suatu keputusan yang besar dalam hidup saya, kerana ia akan memberi kesan kewangan. Ia juga adalah langkah perlu untuk melangkah lebih jauh. Dalam masa yang sama, untuk menjaga keseimbangan peribadi sebagai al-hafiz dan juga hamba Allah.
Saya hanya punya 24 jam dalam sehari. Tugas saya yang utama adalah beribadah kepada Allah, dalam masa itu saya mahu mencari ilmu dengan belajar. Seterusnya saya wajib menyampaikan ilmu dengan cara menulis dan berceramah. Saya tidak mampu melakukan hal tersebut(Belajar, menulis dan berceramah) jika saya terikat dengan majikan. Ia akan mengganggu saya dan juga mengganggu majikan untuk mendapatkan sumbangan tenaga dari saya. Untuk situasi win-win situation, saya memilih untuk berhenti.
Mulai 1 Jun 2009, saya adalah penulis dan penceramah sepenuh masa. Saya mahu menumpukan tenaga untuk menulis buku dan dalam masa yang sama mengendalikan program pembangunan insan. Atas sebab itu, saya memohon doa dari pembaca blog ini agar mendoakan saya dimurahkan rezeki dan diberikan limpahan berkat rahmat-Nya.
Saya juga ingin memberitahu dengan sukacita bahawa, seandainya saudara-saudari ingin mengadakan program keagamaan seperti seminar solat, ceramah motivasi, atau apa juga program yang memerlukan penceramah. Cubalah hubungi saya di talian 0199884869. Mungkin kita boleh bekerjasama.
Terima kasih.
5 comments:
salam,
Insya-Allah segalanya akan berjalan dengan lancar...
Pengiklanan Percuma di Direktori Perniagaan
Pengiklanan Percuma di Direktori Perniagaan.
Saya kagum dengan tindakan ustaz. Setiap tindakan ada risikonya. Saya sendiri kadang-kadang apabila takut dengan risiko.
Tawakal.
IsyaALLAh ustaz berjaya.
Mudah-mudahan Ustaz sentiasa sukses dan laluan hidup dipermudahkan
Post a Comment