Sejujurnya saya menerima beberapa pujian berkaitan novel terbaru iaitu Mengintai Cinta Khalifah. Namun, dalam memperbaiki diri dan mutu penulisan saya perlu mencari komen dan teguran daripada pembaca.
Salah seorang daripada kakak ipar saya sudah membaca MCK dan beliau memberi komen secara jujur. Katanya, MCK mempunyai jalan cerita yang lebih bagus dari Warkah Cinta. Cuma, dalam mukasurat 161 terdapat sedikit kekeliruan pada hasrat Imran yang ingin menjaga ibubapanya. Sedangkan ibubapa Imran sudah meninggal dunia.
Sememangnya di situ ada kesilapan kecil, itu adalah kesilapan penulis yang tidak sempat cek dan edit semula. Mungkin untuk cetakan kedua penulis akan melakukan perubahan. Mohon kepada pembaca yang menemui beberapa kesalahan yang serupa...sila maklum terus kepada penulis.
Komen berikutnya daripada senior saya, katanya beliau teruja membaca Ayat2 Cinta berbanding MCK. Kerana antara perkara yang terkandung dalam MCK lebih menerapkan isu seputar remaja dan kurang perkaitan dengan golongan dewasa.
Saya fikir, kesemua komentar ini adalah wajar dan kena dengan masanya. Insya Allah saya akan membuat perubahan jika diizinkan Allah. Kalau ada teguran berkaitan MCK, sila hantar ke ruang komen di bawah ini.
Terakhir...Anda juga boleh memberi cadangan kisah atau isu yang sesuai untuk saya bawakan bersama dalam penulisan novel saya seterusnya. Dengan harapan, ia akan memberi kesan positif kepada pembangunan dan pembinaan generasi Islam. Maaf atas kekurangan diri. Tegurlah demi Islam. Semoga tinta yang terhasil dari tangan saya ini bukanlah kerana usaha 'keseorangan' tetapi adalah hasil usaha berjemaah. Insya Allah.
7 comments:
alhamdulillah, ana pn dh selesai mmbc MCK. ana belajar di india, dn alhmadllh skali lg, krna dpt mngirim novel ini dr kwn ana yg plang ke mlysia br2 nie.... wlpn dr india, ana bjy dptknnya. kpd ustaz, ana suka dgn novel ini krna bekisar dgn khidupan rmaja di univrsiti dn pergolakn dunia skrng iaitu pertubuhan freemason. thniah kpd ustaz (ank klatn).... ana jga dpt bayangkn latar tmpatnya krna ana jga dr kltn.
kpd ustaz,
truskn dgn usha menulis nvel. ana tlh mmpunya 2 koleksi tulisan ustaz.... smga ustaz dpt trus menulis dn mnghsilkn novel yg baik berunsur islamic ini agr generasi diluar sn dpt mmbuka minda mereka....
tahniah ustaz~~~
pos yang di delete itu sebenarnya dihantar dalam Bahasa Cina, saya pun tak faham apa maksudnya. Jadi, saya pun delete.
TK.
-Ubaid
~ana sentiasa menyokong ustaz..biarpun dari jauh
mysirr ni siapa ya?
Post a Comment