Tuesday, March 31, 2009

ANDA MAHU JATUH CINTA?

Assalamualaikum

Kepada remaja di luar sana yang tercari-cari cinta dan bahagia. Jangan tergesa-gesa, milikilah buku ini terlebih dahulu... insya allah ia akan memberi gambaran bagaimana mahu bercinta dan bahagia mengikut kehendak Islam.

Sebuah buku terbitan KarnaDya... akan berada di pasaran sempena pesta buku 2009.

Selamat membaca.

Thursday, March 26, 2009

MELAYU SUSAH SEDAR DIRI

Saya sempat bertemu dengan seorang usahawan muda, pertemuan secara kebetulan. Kata beliau "Enta tahu ke, pengeluar biskut tawar dan biskut gula di Malaysia ini majoriti bukan orang Melayu Islam. Sebaliknya adalah orang Cina?" Saya respon "Benarkah? Tidak pernah tahu" Dia bertanya lagi "Adakah enta tahu bahawa di Kelantan ini, hampir kesemua belacan yang di pasarkan adalah di ambil dari pengedar di Kedah. Juga orang Cina" Saya agak terkasima. Setahu saya belacan adalah makanan orang Melayu, kenapa pula orang Cina yang memasarkan? Adakah orang Cina juga suka makan belacan?

Di Kedah juga, sudah tiada lagi kilang padi milik orang Melayu. Semuanya sudah diambil alih oleh pengusaha Cina. Malang sungguh orang Melayu, adakah kita ditakdirkan menjadi bangsa yang miskin untuk 20 tahun lagi?

Dia menyambung "Sebenarnya banyak lagi produk makanan atau minuman yang diguna oleh orang Melayu adalah dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Malah saya pernah menghadiri satu seminar keusahawanan. Hampir 80% yang hadir adalah orang bukan Islam. Hanya 20% sahaja orang Islam yang terlibat. Seolah-olah ia menjadi satu signifikan bahawa orang Melayu malas berusaha atau menjadi usahawan."

Saya respon, "Takkan orang Melayu malas berniaga. Saya rasa, ramai lagi yang menjadi usahawan, cuma tidak menonjol." Lalu dia menjawab "Orang Melayu, sibuk berebut tender dan projek nak buat bangunan. Berebut kontrak jalan dan pembinaan. Sampai bergaduh dan rasuah merasuah. Orang Cina, mereka sibuk keluar produk makanan untuk diberikan kepada orang Melayu makan. Apabila ekonomi jatuh, projek terhenti tetapi orang tetap perlukan makanan. Jadi, dalam situasi macam sekarang ni ramai kontraktor tersangkut sedangkan peniaga cina makin maju."

"Kenapa mereka maju dan kita lemah?" Dia bertanya dan saya biarkan dia menjawab "Kerana kita malas berfikir dan mencari peluang. Kalau orang Melayu rajin berfikir dan mencari peluang berniaga, sudah tentu orang Melayu boleh kaya. Kerana di Malaysia ini adalah satu negara yang kaya dengan bermacam benda. Malangnya, anak melayu kita malas guna otak dan ramai suka berhibur. "

Saya tersenyum dan angguk. Saya bersetuju dengan beliau. Anak melayu sekarang ditipu oleh media. Walhal media ini diuruskan oleh Menteri Melayu. Sepatutnya Menteri kita perlu membuang kandungan program televisyen yang terlalu banyak unsur hiburan hingga merosakkan paradigma Melayu. Malangnya, jika kita menilai paparan media sekarang seolah-olah menteri kita juga mahu anak muda jadi lalai.

Satu hal lagi, orang Melayu susah nak sedar diri. Kalau tegur, cepat merajuk. Kalau puji, terkemut-kemut. Kuat emosi dan banyak dendam. Sesama kitapun berkira, inikan pula orang yang tak dikenali. Sedarlah wahai Melayu islam, sebenarnya kita ditipu oleh Media sendiri. Ditipu oleh sebahagian menteri dan kian kian larut dalam suasana yang merugikan bangsa kita.

Selamat meneruskan kehidupan.

Wednesday, March 18, 2009

JOM BASMI PENGANGGURAN

Assalamualaikum

Adik kakak, abang-abang dan para remaja sekalian. Sini ada berita baik. Peluang untuk cari kerja.

Pihak pentadbir Astonians Technology (sebuah Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran) ingin mempelawa anda bersama-sama kami bagi membasmi gejala pengangguran.

Sebagai makluman..pihak Astonians Tech menawarkan kepada semua lepasan PMR, Ting. 4, SPM, lepasan Giat Mara,ILP,IKBN dan IKM untuk melanjutkan pengajian peringkat Persijilan (SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)di bidang kemahiran di pusat kami.

Program yang ditawarkan ialah ;

1. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (Tahap 1 dan 2)
2. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 1)
3. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 2)
4. Jurutektik Kenderaan Motor (Tahap 3)

Kelebihan belajar di Astonians ;

1. Sijil ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
2. Tenaga pengajar mahir yang diiktiraf JPK
3. Semua ditawarkan pinjaman penuh dari Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK)
4. Asrama, Musalla dan Kafeteria disediakan
5. Berhampiran dengan Pusat Bandar Kota Bharu, Medan Bisnes Kubang Kerian, HUSM, 7elevan,kios makanan segera 24jam, kemudahan perbankan BSN,BIMB dan Bank Rakyat serta Terminal Bas SKMK.Bagi maksud itu, pihak Astonians Teach mempelawa pelajar2 seperti dinyatakan di atas untuk menyambung pengajian di sini.

Bagi yg berminat untuk mendaftar, sila hubungi ustaz A. Ubaidillah bin Alias di talian 019-9884869. Bermula 23 Mac ini. Ingat tu, bermula 23hb Mac ini. Isnin ini. Terima kasih.

Wassalam.

Wednesday, March 04, 2009

Novel MENGINTAI CINTA - Terbit Awal April

Assalamualaikum wrt wbt.

Suka saya khabarkan kepada pengunjung blog dan pembaca buku tulisan saya. Dua minggu lepas saya diberitahu bahawa novel saya yang terbaru dibawah judul "Mengintai Cinta Dari Kamar Al-Khalifah" akan diterbitkan pada penghujung Mac dan akan dipasarkan pada awal April. Ini untuk mempastikan buku itu sempat memasuki Pesta Buku di PWTC April nanti.

Saya amat bersyukur kepada Allah atas kurniaannya dan memudahkan urusan saya. Doakan agar segala usaha ini menjadi lebih baik. Amin.

Wassalam.