Tuesday, July 11, 2006

Kerja! Kerja! Di mana kau Kerja?!

Cuaca panas di luar, aku kurung diri sendiri di kamar dan berteleku di depan monitor. Tafakkur...lalu aku menulis.

..........

Tulang empat keratku sudah diminta bekerja. Otakku juga perlu merancang dan mengurus masa sebaik-baiknya. Masa tidur sudah berkurangan kerana kerja persatuan kian memenuhi kantung waktuku.

- 11hb Julai - Diskusi kutaib(kitab kecil) bersama rakan-rakan.

- 15hb Julai - Timbalan pengarah(Ketua unit Sidang dan Ceramah) bagi siri pertama Kem Injeksi Qiadi. Bertempat di Rumah Kelantan Baru.

- 16hb Julai - Menghadiri perjumpaan khas bersama pihak Kedutaan Besar Malaysia bagi pelaksanaan majlis konvokesyen 2006.

- 5hb Ogos - Panelis forum program penulisan, bersempena hari Keluarga di Iskandariah.

- Di samping itu, turut menerima undangan menulis bagi risalah dakwah Asrama Rumah Melayu Abbasiah.

Setakat ini, kerja penulisan peribadi dihentikan seketika demi berkhidmat kepada persatuan yang menaungiku selama ini. Dahulu, aku menumpang teduh di bawah bayangan pohon persatuan ini(KPKM). Belajar hidup dan membesar dengan tegar. Kini aku pula yang mahu mencurah bakti seadanya.

Setakat ini belum menerima sebarang tugas daripada pihak PMRAM. Mudah-mudahan akan ada ruang untuk berbakti kepada PMRAM walaupun sekelumit. Aku bukan meminta taklifan, cuma mahu meringankan beban kepimpinan. Jika tidak mampu berbuat banyak, sedikitpun sudah cukup.

"Tuhan, berikan aku kesihatan. Agar dapat aku bekerja dan menggunakan nikmat tubuh badan ini demi manfaat manusia sekitar. Amin!"
.............

Aku bangun dari duduk dan keluar dari kamar ini. Aku mahu ke pejabat pelajar dan menyiapkan sebarang kerja yang perlu.

"Kerja! Kerja! Di mana kau Kerja! Aku datang ni, jangan pula kau sembunyi!"

2 comments:

tintaHati said...

Belajar bergerak kerja dalam J kampus. Nanti bila dah keluar dari alam kampus lebih tinggi cabarannya. Masa itu nanti, semua pengalaman dulu akan terasa manafaatnya.

~~ siapa lagi yg nak menggerakkan J kalau tdk kite ;)~~

A. Ubaidillah Alias said...

iya tu...betul dan tepat sekali.

-ubaid-