Saturday, September 02, 2006

Kisah Si Teruna (Episod 4)

Wahai dara, sabarlah... masa akan pantas berlalu dan jarak yang memisahkan kita akan hilang.

Si teruna wara-wiri dalam kamar, garu-garu kepala sendiri. 13hb adalah tarikh penerbangan pulang ke Malaysia, masa makin singkat. Esok, si teruna menduduki exam untuk subjek Falsafah Islam. Lusa, dia perlu menyelesaikan tugasan berkaitan SPR. Barang-barang belum dibeli untuk dibawa pulang. Nak beli apa?

Untuk keluarga, rasanya elok jika dibeli kurma dan jus buah-buahan. Untuk diminum bersama. Terutamanya jus mangga yang fresh. Untuk si dara, nak beli apa ye? Beli jubah? Ermm...duit tak banyak. Beli loket kristal? Elok juga. Teruna sengih sendirian. Dia yakin, pasti si dara akan suka... He! He! He!

Si teruna kira duit yang ada di tangan. Duit untuk uruskan kenderaan ke air port, duit sewa rumah, duit RM yang bakal digunakan sebaik tiba di KLIA. Setakat ni semuanya mencukupi. Buat masa ini, si teruna hanya boleh menunggu tarikh penerbangan pulang ke tanah air.

"Si dara, tunggu...aku datang kepadamu."

2 comments:

tintaHati said...

Wahh tentu si dara tak sabar-sabar bila terbaca catatan ini..Hehehe.. ;D

p/s: Jangan lupa pula IAP yang saya pesan itu!

A. Ubaidillah Alias said...

Rasanya IAP tu tak sempat dicetak dalam masa terdekat. Im very sorry sebab tak dapat bagi naskah percuma pada cik tinta. Kena tunggulah.

Lagipun, pengarang sendiri belum tentu dapat tengok ke tidak hasil tulisan.

-ubaid-