Sunday, September 03, 2006

PMHK dan masalah seputar

PMHK adalah akronim bagi Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan. Antara agenda yang wujud di dalam PMHK adalah pertandingan dewan (sprt debat ala parlimen, berbalas pantun, sajak dan sebagainya). Acada padang (sprt bola sepak, bola tampar, futsal dan sebagainya)

Di sini saya ingin menegur beberapa kelemahan sepanjang PMHK ke-49, tanpa mengkhususkan mana-mana individu.

Masalah Pertama (Makluman)

Maklumat pertandingan berubah-ubah dan tidak tetap. (Seperti tarikh penyerahan borang dan jumlah peserta) Syarat penyertaan yang dibuat secara semberono dan remeh. Walaupun pada asalnya sudah ditetapkan oleh pihak penganjur, namun...ia berubah di hari pertandingan. Ini menyukarkan pihak BKAN/DPM untuk mencukupkan bilangan kontijen dan menggenapkan bilangan penyertaan.

Masalah Kedua (Peraturan)

Juga berkaitan masalah komunikasi yang teruk sehingga menimbulkan salah faham antara peserta dan penganjur. Boleh dikatakan dalam semua acara yang berlangsung terdapat masalah. Seperti masalah untuk mencari hakim, menetap peraturan dan menentukan giliran. Malah terdapat kes-kes tertentu pihak penganjur terpaksa berbincang semula dengan peserta untuk menyusun syarat pertandingan.

Apa yang saya hairankan, di mana rujukan dan catatan syarat pertandingan tahun lepas? Hilangkah? Tercicirkah? atau bagaimana?

Masalah Ketiga (Penghakiman)

Catatan pemenang dipihak penganjur juga tidak lengkap sehingga menjejaskan mutu penghakiman. Terdapat kesalahan dalam keputusan pertandingan yang begitu besar seperti tersilap menyebut Johan dan Naib Johan. Lebih malang, keputusan itu tidak dibuat ralat. Dan pemenang tidak dapat menerima hadiah yang layak diperolehinya. Jika saya menjadi pemenang, saya akan merasa amat dukacita. Amat-amat dukacita.

Ini bukti bahawa pihak penganjur tidak membuat semakan rapi sebelum pengumuman dibuat. Saya berpesan agar ajk PMHK jangan main-main dalam bekerja. Harus serius!

Masalah Keempat (Rujukan dan Sistem)

Masalah terbesar dan utama pada PMHK kali ini ialah ajk tidak membuat sebarang rujukan pada laporan yang lepas. Jika dibuat sekalipun, ia tidak menyeluruh. Walaupun saya orang luar, namun kelemahan ini begitu ketara. Saya dapati setiap tindakan dan pelaksanaan pertandingan dibuat tanpa sistem yang pasti. Kerana itulah timbulnya masalah-masalah di atas.

Apa yang dikesalkan adalah kurangnya kerjasama adik-adik baru dengan abang-abang lama. Sepatutnya, junior perlu merujuk laporan dan orang terdahulu untuk mengambil pandangan. Malangnya hal itu tidak berlaku dan kesannya...program PMHK tahun ini terlalu banyak khalal dan talar.

Cadangan :

1) Sila kemaskini setiap laporan unit PMHK sebagai rujukan Badan Pengurus sesi depan.
2) Pastikan, setiap kelemahan dan kesalahan pengurusan dicatat dan disampaikan kepada penganjur akan datang.
3) Elakkan setiap ajk unit daripada menangguh kerja atau membuat kerja last minute.

Perhatian :

Kepada Badan Pengurus yang terlibat secara khusus dalam hal ini, haruslah meningkatkan lagi fleksebiliti pengurusan. Jangan sekadar memantau, tetapi perlu kreatif dalam mencari penyelesaian bagi masalah yang timbul. Sekalipun anda sudah melakukan yang terbaik, namun PMHK kali ini belum cukup baik jika dibandingkan dengan PMHK sebelumnya. Tahniah! Baiki yang kurang dan cuba lagi!

2 comments:

Faizah Azaman said...

salam,

saudara ubai saya perhatikan khalal ini sejak tahun sudah.saya sempat memberikan muhasabah ketika diminta tahun sudah...nampaknya tahun ini masih berlaku khalal yang sama. masalah pengurusan dan pemberitahuan yang paradoks. ini adalah program Mega dan bersifat tahunan, ia punya standard dan piawaian yang perlu dijaga. komentar sebegini harus dibawa ketengah dan diambil perhatian. macam mana tasfiah? mudah? Rabbuna yusahil!

A. Ubaidillah Alias said...

Tasfiah agak payah. Doakan saya lulus, atau kembali sekali lagi ke sini. Apapun...saya tidak pernah putus hati untuk kembali ke Mesir.

This is my world!

:)