Tuesday, March 03, 2009

MAHU JADI MENTERI BESAR?

Pernah seorang kawan bertanya apakah cita-cita yang saya impikan selama ini. Saya terdiam dan seketika menghadiahkan senyuman.

"Panjang cita-cita saya tu. Awak nak dengar ke?"

"Pendekkan"

Saya sebut... "Menteri Besar"

Dia ketawa terkekeh-kekeh. Saya tanya "kenapa?"

Katanya "besar sangat cita-cita awak tu. Macam tak logik."

Saya jelaskan bahawa, menteri besar itu lantikan manusia...yang sebenarnya saya mahu miliki segala kemahiran untuk mentadbir persis menter besar. Biarpun jawatan itu saya tidak sandang...tetapi saya mahu pastikan saya memiliki kemahiran seperti mengurus, mentadbir, merancang dan membuat keputusan. Kemahiran seorang menteri.

Kawan saya berfikir kembali.

Awak nak jadi menteri besar ke? Awak nak jadi pengurus?

Saya ulangi, saya bukan mahukan jawatan. Saya mahu miliki kemahiran mentadbir, mengurus, merancang dan membuat keputusan seperti seorang menteri. Sekalipun saya tidak dilantik, tetapi saya tetap mahu miliki kemampuan seperti seorang menteri. Faham tak?

Ada perbezaan antara menjadi seseorang YANG DILANTIK dengan menjadi seseorang walaupun TIDAK DILANTIK. Bagi saya, ramai orang yang dilantik memegang sesuatu jawatan zaman ini walhal mereka tidak layak. Kerana mereka tidak memiliki kemahiran dan kualiti seorang pentadbir. Malah ramai orang yang tidak dilantik pula... lebih layak untuk memegang jawatan dalam pemerintahan.

Kawan saya bingung.

Saya diam dan berfikir lalu saya katakan...

Begini sajalah... manakah yang lebih baik antara dua orang ini.

Orang pertama ialah orang yang boleh buat berbagai kerja. Dia boleh Namun dia tidak memegang jawatan penting.

Orang kedua ialah orang yang dilantik memegang jawatan, tetapi dia tidak pandai dan jahil tentang kerjanya.

Antara dua orang ini, mana lebih bagus?

Jawab kawan saya "Bagi saya, lebih baik orang yang pertama."

Kalau begitu...jangan tunggu dilantik menteri baru nak belajar. Belajar dahulu dan lantiklah diri sendiri menjadi menteri...pabila tiba masa dilantik secara rasmi, kita sudah BERSEDIA.

Insya allah.

Bukankah kita khalifah Allah.

No comments: