Tuesday, July 25, 2006

Mana pergi Muslimin?

Saya menghadiri program INTEL INSIDE anjuran pelajar Pahang di rumah Melaka semalam.Saya hadir untuk slot bicarawara seputar penulisan sebagai panelis. Rata-rata yang menyertai slot tersebut adalah muslimat. Benar, muslimat adalah peserta dominan dalam mana-mana program di Mesir. Kecuali program sukan. Saya juga diberitahu, pengarah program INTEL INSIDE adalah muslimat. Ustazah Faizatul Herda. Di mana muslimin? Tak ada atau tak sanggup jadi pengarah?

Kenapa ya? Kenapa muslimin kurang berminat terharap program thaqafah yang berkaitan dengan softskill? Agaknya ramai yang duduk di rumah menonton cd atau berchatting. Betulkah? Kasihan kepada rakan-rakan kita tak kira dari kalangan muslimin atau muslimat, mereka berpenat lelah untuk bekerja dan menyusun program. Sedangkan yang lain, goyang kaki?

Sekali rasa nak kutuk. Orang Melayu kita memang macam ni. Sepatutnya bila sudah bergelar agamawan, kita lebih positif terharap kerja-kerja persatuan. Malangnya, kita tidak faham.

Susah sekarang nak cari ajk muslimin untuk buat kerja. Ke manalah diaorang pergi? Agak-agak ada di cyber cafe atau di panggung wayang? Ops!

Wassalam.

2 comments:

tintaHati said...

Rasa-rasanya bukan sahaja di sana tetapi keadaan yang sama juga berlaku di sini. Sudahlah AJK muslimin kurang. Peserta muslimin pun kurang. Barangkali akhir zaman ini memang begitu. Kepupusan spesies yang bernama muslimin.. opp maaf ;P

A. Ubaidillah Alias said...

Ada orang habaq, lelaki sekarang ramai di penjara dan pusat serenti. Kasihan sungguh nasib lelaki akhir zaman.