Monday, April 26, 2010

BUKU TERBARU : PANDUAN UNTUK PENDAKWAH MUDA

Buku 'Menyeru Kepada Allah' berharga RM 14.00 adalah sebuah buku yang membawa 7 paradigma asas yang perlu ada dalam diri pendakwah muda. Sesiapa sahaja yang mahu memulakan usaha 'Amar Makruf dan Nahi Mungkar' maka dia perlu memiliki buku ini.

Bagi ustaz atau ustazah di sekolah, bagi naqib usrah atau mereka yang mahu melahirkan 'daie' yakni pendakwah...mereka wajar memiliki buku ini. Ia dihasilkan daripada pengalaman saya selepas lima tahun menjadi pengkuliah di masjid-masjid, fasilitator remaja, pembimbing rakan sebaya...dari pengalaman itu saya adun dan lahirkan buku 'Menyeru Kepada Allah' yang mengandungi 7 paradigma untuk pendakwah muda.

Saya fikir, ada baiknya ustaz atau guru yang memegang portfolio Dakwah di sekolah untuk menjadikan buku ini satu bahan tambahan kepada kader-kader mereka. Agar mereka mampu lahir sebagai seorang daie yang baik. Insya allah.