Tuesday, February 17, 2009

MAJALAH RIO (Sambutannya Amat Baik)



Alhamdulillah, setakat ini jualan RIO siri 1 dan 2 terus meningkat. Siri ketiga bakal terbit pada hujung Febuari dalam kulit berwarna. Siri 1 sudahpun terjual sebanyak 1,300 naskah. Siri dua masih lagi dalam proses jualan dan terus meningkat. Semoga terus mendapat manfaat bersama.

Terima kasih.

Saturday, February 07, 2009

Buku Motivasi "Hei Kawan! Jangan Patah Semangat" Terbit Mac Ini



Assalamualaikum wrt wbt

Semalam pihak KarnaDya telahpun menghubungi saya, katanya buku Hei Kawan sudah siap dicetak dan akan dikirim ke rumah saya sebanyak 5 naskah percuma. Saya terus memesan naskah tambahan sebanyak 150 buah lagi. Saya bercadang mahu menjualnya melalui wakil penjual majalah RIO di sekolah agama.

Jadi, kepada pembaca yang nak membeli buku motivasi santai "Hei Kawan Jangan Patah Semangat" bolehlah mendapatkan borang tempahan menerusi majalah RIO bilangan ke 3 yang diedarkan tidak lama lagi. Harga akan diberitahu melalui borang tersebut. Anda boleh tempah dan buku akan dihantar melalui wakil penjual.

Insya allah, pelajar akan diberi harga potongan. Potong sikit je kot.

Terima kasih.

Thursday, February 05, 2009

PLAN PEMASARAN MAJALAH RIO

CADANGAN PENERBITAN RIO SEPANJANG 2009


BIL

PAGES

TARIKH

1

36 MS

15 Januari

2

36 MS

4 Febuari (Rabu)

3

36 MS

25 Febuari (Rabu)

4

36 MS

22 Mac (Ahad)

5

44 MS (Bumper)

8 April (Rabu)

6

36 MS

29 April (Rabu)

7

36 MS

13 Mei (Rabu)

8

36 MS

14 Jun (Ahad)

9

36 MS

1 Julai (Rabu)

10

36 MS

22 Julai (Rabu)

11

44 MS (Bumper)

19 Ogos (Rabu)


Majalah RIO akan terbit setiap 3 minggu sekali. Keluaran terakhir ialah pada bulan ogos. Setelah itu, (Insya Allah, jika tiada aral dan halangan melintang) semua isi kandungan RIO yang bersiri akan dibukukan dan dijilidkan dalam bentuk naskah penuh.


Sebarang maklumat dan pertanyaan boleh merujuk ke blog http://cairostudent.blogspot.com atau http://majalahrio.blogspot.com. Untuk tempahan dan pertanyaan terus, hubungi 019-9884869 atau 019-7481817.


Terima kasih.

Yang benar

A. UBAIDILLAH ALIAS

PENULIS, PENERBIT, PENCERAMAH DAN MOTIVATOR