Wednesday, March 04, 2009

Novel MENGINTAI CINTA - Terbit Awal April

Assalamualaikum wrt wbt.

Suka saya khabarkan kepada pengunjung blog dan pembaca buku tulisan saya. Dua minggu lepas saya diberitahu bahawa novel saya yang terbaru dibawah judul "Mengintai Cinta Dari Kamar Al-Khalifah" akan diterbitkan pada penghujung Mac dan akan dipasarkan pada awal April. Ini untuk mempastikan buku itu sempat memasuki Pesta Buku di PWTC April nanti.

Saya amat bersyukur kepada Allah atas kurniaannya dan memudahkan urusan saya. Doakan agar segala usaha ini menjadi lebih baik. Amin.

Wassalam.

9 comments:

Unknown said...

salam.
yg psal Laila d Imran ke?
xpehe sbnyer!
knp tajuknyer mcm tuh?
khalifah?
imran?
hoho~
salam

A. Ubaidillah Alias said...

Assalamualaikum

Mungkin dalam buku RIO tu tak disertakan terjemahan beberapa istilah. Membuatkan pembaca kurang jelas. Dalam novel, akan ada nota kaki ataupun glosari. Memudahkan pembaca memahami maksud.

Atau sebenarnya, ada benda lain yang saudara tak memahaminya? Boleh ajukan soalan. Kita berbincang.

A. Ubaidillah Alias said...

Berkaitan tajuk, penerbit dah ubah tajuk menjadi "Mengintai Cinta Khalifah"... khalifah itu sudah tentu saudara faham apa maksudnya kan? kalau belum faham, boleh baca novel ini. Bukankah kita ini dilantik sebagai khalifah di muka bumi.

:)

Unknown said...

x,Ustaz maksud sy,khalifah tuh merujuk kpd siapa?imran ke?semudah i2 soalannya..hehe..salam

little lady~ said...

tahniah ustaz ubai dan kak hawa:)

A. Ubaidillah Alias said...

Oh, khalifah itu merujuk kepada semua watak. Semua watak perlu mencari erti hidup seorang khalifah. Dalam secara tidak sedar, kita sebenarnya adalah khalifah yang telah dilantik. tapi 'kita lupa tugas kita'.

Kita bukan saja abaikan amanah itu, malah kita mencari tugas lain pulak. tugas yang tiada kaitan dengan agama Allah.

:D Ibarat kata, tuhan suruh beramal...kita sibuk bercinta. Orang suruh belajar, kita sibuk bermain. Tuhan suruh jadi khalifah, kita sibuk jadi romeo.

Gitulah mesej utama novel itu. Nak tegur kita semua, agar ambil balik tugas yang dah lama kita abaikan tu.

pondok buku said...

salam ust.ubai

tahniah untuk kelahiran novel terbaru.

smoga dirohmati ALLAH seisi kluarga.

,;syacky;, said...

owh,,baru sy phm tntg cerita 2,,sbnr nye,,cerita ustaz,,nvel,,"mengintai cinta dari kamar al-khaliah" 2 sy jd kan bhn tuk sy bg kat kwn sy yg couple,,mmg sy anti la bab2 couple ni,,sbb setahu sy dlm islam x ajr pon sruh couple,,beberapa kwn sy ad yg terasa,,tpi enth la bgaimna perkembangan nya,,sama ada dy teruskan couple @ putus,,kalau dy masih lg couple,,nk wat cmne ye ustaz??

A. Ubaidillah Alias said...

Jika dia teruskan couple, dia jualah yang menanggung kesan perbuatan.

Paling utama, kita perlu beri kesedaran. Kerana itu adalah tugas pendakwah. jika kita dah jalankan tugas kita, selebihnya kita serahkan pada allah untuk m emberikan hidayah pada kawan2 kita.