Saturday, September 22, 2007

BAKAT CILIK DICUNGKIL

Ketika saya memutuskan untuk menerbitkan Buletin Al-Qiadah di sekolah Maahad Tahfiz Sains, saya tidaklah begitu optimis terhadap sambutan yang bakal diterima. Setelah mencecah sebanyak 3 keluaran, jualannya meningkat daripada 50 kepada 60 naskah. Sedangkan pembacanya adalah seramai 182 orang. Bererti 1/3 daripada 182 orang pelajar telah membeli buletin itu. Seandainya bilangan ini bertambah, saya kira itu adalah satu kejayaan yang besar.

Apa yang begitu mengujakan saya, sumbangan karya dari pelajar adalah begitu menggalakkan. Buletin yang saya bikin diterbitkan sebanyak 2 kali sebulan. Dengan jumlah mukasurat sebanyak 8 muka sahaja. Setakat ini, saya menerima 1 karya seni khat, 3 buah sajak dan 18 buah karya kartun. Bererti, sumbangan daripada pelajar melebihi ruangan yang disediakan. Saya mengalami masalah untuk memuatkan karya kerana bilangan mukasurat yang terhad.

Jika dibanyakkan mukasurat, harga buletin akan naik. Buletin yang mahal akan menjejaskan pasaran. Mahu tak mahu, saya perlu fikirkan jalan untuk mempastikan semua karya ini tembus dan mendapat komentar yang baik daripada saya. Itulah tugas saya, memperbetulkan kekurangan di dalam karya anak didik.

Ternyata, saya melihat beberapa bakat baru yang begitu berpotensi walaupun kesemua anak didik saya baru berusia 13 tahun. Saya memang teruja. Dengan lebih tepat saya merasa ghairah untuk terus menerbitkan buletin. Jika karya ini semakin bertambah, tidak hairan jika saya mampu keluarkan antologi karikatur pelajar Maahad Tahfiz Sains Tumpat.

Go! Go!

1 comment:

Unknown said...

Tahniah, Ustaz. Anak saya di MTS selalu kirimkan majalah al-Qiadah utk bacaan kami di rumah. Setelah baca kami akan jilidkan. Ternyata anak saya berbesar hati krn karya2nya juga turut mendpt tempat dlm majalah tersebut. Apb karyanya mendpt 5 bintang, berkali2 diceritakannya dg girang sekali kpd kami ttg itu. So teruskan usaha murni.