Monday, November 05, 2007

Memulakan Gagasan Penulis di Kalangan Remaja Menengah

Assalamualaikum wrt wbt

Setelah hampir setahun saya berkelana dalam dunia perguruan. Saya menyedari pola pemikiran remaja Islam di Kelantan agak sempit dan dipersempitkan dengan hujan hedonisma. Sikap kritis dan analitis menyusut dalam jiwa remaja, malah sikap kepimpinan dikalangan remaja lelaki juga agak sukar dicungkil dek melebatnya budaya mazmumah. Masing-masing lebih suka buat hal sendiri dan tak suka ambil sikap bertanggungjawab atas keperluan ummah. Ramai suka ambil jalan mudah dan lepas tangan. Inilah budaya yang cuba dibentuk oleh acuan puak2 maddiyyah(Material).

Saya sudah merangka kertas kerja cadangan untuk diangkat ke pihak berkaitan. Saya bercadang untuk menerbitkan satu majalah bulanan atau dwi bulanan untuk edaran di sekolah menengah khususnya sekolah YIK. Demi membentuk satu gagasan pemikiran dan juga halatuju remaja, disamping menghidangkan bacaan berkualiti kepada remaja. Saya lihat, otak budak sekarang walaupun di sekolah YIK sudah menjadi songsang. Banyak definisi baik sudah tunggang terbalik. Banyak definisi jahat sudah terputar habis. Mereka keliru.

Saya melihat, ramai masyarakat luar Kelantan menghantar anak-anaknya untuk belajar di Kelantan. Ini disebabkan keamanan dan kesentosaan Serambi Mekah dari kebejatan moral. Di sini, tiada Hard Rock Cafe, tiada planet Hollywood, tiada bar dan pub, serta kurang komplek beli-belah. Namun, kebanyakan ibubapa yang mengirim anak belajar di sini turung mengirim bersama saki-baki perangai orang bandar. Menyebabkan integrasi budaya semakin teruk dan perangai budak-budak kampung bercampur dengan budak-budak bandar yang moden. Lalu, unsur cacamarba kian merebak.

Apapun, saya melihat perlu ada inisiatif dikalangan orang yang menyedari pertambahan unsur cacamarba ini. Perlu ada yang membentuk pola pemikiran remaja secara perlahan-lahan. Jika tidak mampu merubah semua, jangan dibiarkan begitu saja. Kalau tak boleh ubah banyak, ubah sedikitpun tak apa. Yang penting, usaha tetap diteruskan. Dan saya melihat, media cetak adalah elemen paling efisien dalam menghadapi isu mentaliti remaja yang sedang keliru. Bagi saya, majalah yang baik akan mampu menjernihkan kekeruhan di minda pembaca.

Justeru, saya akan berusaha sedaya upaya agar satu majalah bulanan yang dijual di seluruh sekolah YIK kawasan bandar akan diterbitkan pada tahun depan. Jika ada tangan yang sudi membantu, amatlah diharap-harapkan. Insya allah.

6 comments:

wanzu said...

ana setuju dgn gagasan enta tu ubai. kalau perlu apa2 bantuan bgtau la. insyaAllah ana cuba bantu apa yg mampu

tok pulai chondong said...

ana sedia jadi pengedar!!

mUhD aLiFf IsKaNdAr biN iLiAs said...

salam...kt mesir xnak edarkan ker?

PencintaKeikhlasan said...

Assalamualaikum Ust Ubai,
Bagus tu.... saya sokong usaha Ustaz. Ini adalah salah satu cara yang baik.

Saya nak tanya ustaz...setahu saya Usrah juga memainkan peranan yang besar dalam membantu membentuk cara pemikiran kita....setahu saya di MTS dan sekolah-sekolah naungan YIK ada Usrah....adakah keberkesanannya tidak di Post Mortem oleh pihak sekolah? Selalunya dari usrahlah juga kita dapat membimbing anak-anak dari segi penghayatan, corak pemikiran, leadership.....

Saya pun pelik, di sekolah bertudung labuh...di luar sekolah bertudung atas paras dada. Di sekolah berjubah berserban, keluar pagar sekolah dah berpakaian ala-ala hip hop dgn t-shirt printed segala macam dan bertopi, Di sekolah berjalan tunduk, di luar sekolah mata melilau, Yang pastinya bila balik rumah....tidak menunjukkan peribadi, akhlak dan lantunan bahasa seorang bakal hafiz dan hafizah yang menghayati Islam, Cara bercakap tidak berhemah, kasar dengan adik2 dan ibubapa, inclination yang tidak sihat dalam usaha mengisi masa yang terluang i.e chatting, friendster, sms, TV (mostly yg membuang masa).

Nampak gaya, mereka tak tau membezakan apa yang baik dan yang buruk....ini pada saya rasa, berbalik kepada iman, pengisian rohani, dan yg sewaktu dgnnya. Dengan ilmu yang mereka ada, tiada atau kurang penghayatan.

Dalam Islam, memang tugas mendidik anak-anak dalam soal penghayatan agama dan ibadat adalah tugas ibubapa. Ibubapa memang Guru pertama dalam Mendidik anak-anak, pembentukan cara pemikiran anak-anak. Saya rasa tiada ibubapa yg akan mendorong anak-anak tersasar. Lebih-lebih lagi ibubapa dari luar kelantan yang membuat keputusan yang amat berat melepaskan anak-anak utk duduk berjauhan.

Adalah maklum pd semua, umur anak-anak dari 7 tahun sehingga 17 tahun adalah tahap tawanan ibubapa. Jadi memandangkan anak-anak ini juga bersekolah asrama, adalah tanggungjawab bersama, ibubapa dan pihak sekolah dalam membentuk anak-anak ini. Masa anak-anak ini dengan kami adalah amat terhad. Ketika di sekolah, tanggungjawab mendidik..ketika di sekolah asrama, yang masa adalah 100% dalam kawalan guru-guru dan pihak sekolah, ibubapa yang jauh menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak sekolah.

Dengan itu kami expect, sekolah memastikan suasana dan program tarbiah yang baik yang akan membentuk keperibadian dan sakhsiah anak-anak remaja yang sedang meranum ini. Pengisian rohani juga akan membentuk pemikiran anak-anak ini. Berapa banyak kali "Recall" di buat untuk anak-anak ini. life is about ingat-mengingatkan.

Sekiranya budaya yg dibawa oleh budak dari luar Kelantan telah mencarcarmarbakan suasana....mari kita sama-sama buat program yang mana dapat membendung budaya tak sihat ini.

Mudir pernah memberitau bahawa banyak program tarbiah telah di atur...tetapi kita tak lihat quantity tetapi kita perlu lihat RESULT. Apa yang ada di dalam hati akan perpantul keluar melalui bicara kita, perbuatan kita, attitude kita, cara pemikiran kita.....Adakah follow up selepas program samada program itu berkesan, adakah anak-nak kita menghayati content program, tersentuh hati mereka, timbul kesedaran pada diri mereka atau sekadar seronok dengan aktiviti program sahaja.

Kalau ibubapa yg menyebabkan anak-anak tersasar, panggil ibubapa sama...bincang dan suruh mereka hadiri program..educate juga parents yang pentingnya suasana yang sama perlu ada di rumah.
Communication with parents are very important. Buat program yang involvekan parents.

panjang juga kali ni... Bidang penulisan memerlukan dorongan dari pihak2 yang ada minat utk memupuk minat. jadi Ustaz usahakan yang terbaik, insya'allah kami akan doakan segala usaha ke arah kebaikan mendapat keberkatan dan rahmat Allah.

::simple-shida:: said...

Saya bercadang untuk menerbitkan satu majalah bulanan atau dwi bulanan untuk edaran di sekolah menengah khususnya sekolah YIK. Demi membentuk satu gagasan pemikiran dan juga halatuju remaja,

aiwah... usaha yg murni.sudi.tulus..
ehhe.. alfun mabruk..
teruskan berdakwah ya akhi..
moga kesyumulan remaja kini tambah lg di kelantan dpt ditingkatkan..huhu..

jangan jadi MElatu mudah lupa..
yg mudah lupa akan diri.agama..etc.

sama-sama kita berjuang ...
insyaallah...

::simple-shida:: said...

salam ya akhi..
actuallay.. ana quote ayat akhi..
erm.. anak mneyokong usaha akhi tu..

tntg mjlh.. ana belum ada pglmn dlm penulisan..

erm...^-^