Wednesday, April 16, 2008

Watawasou Bil Haq - Watawasou Bis-Sobr

Sudah jelas, manusia perlukan teguran. Dengan teguran manusia itu akan berkembang dan matang. Adakalanya teguran datang dalam bentuk keras, ada pula dalam bentuk lembut. Ada waktunya teguran terasa pedas, ada pula terasa pahit. Usah peduli apa bentuk dan rasanya, selagi isi teguran itu baik, kita wajar menerimanya.

Begitu juga halnya andai saya yang berbuat silap, saya berharap akan ada yang menegur. Saya menghargai dan menghormati orang yang suka menegur. Bagi saya, orang yang suka menegur dan memperbetulkan kesilapan orang adalah manusia 'BERANI' dan 'BERPRINSIP'. Malah jika teguran itu bagus dan bernas, makin tinggilah rasa hormat saya kepada orang itu.

Dan itulah yang Islam mahu, agar umatnya watawasou bil haq watasou bis-sobr (Saling berwasiat dalam perkara kebenaran dan saling berwasiat dalam perkara kesabaran). Mohon maaf jika tulisan saya agak kasar sebelum ini. Namun, saya akan memperbaikinya selalu melalui teguran yang bernas dari semua pihak.

KEPADA AGAMAWAN

Kepada agamawan dan ilmuwan, jika kita tidak mampu menyumbang ilmu melalui lisan atau tulisan...masih ada cara lain. Sumbanglah ilmu anda melalui cara yang ada mampu. Yang penting, ilmu itu tidak beku atau hilang begitu sahaja.

5 comments:

Faizah Azaman said...

teguran pertama untuk UBAID,

untuk buku seterusnya upgrade la tajuk yg lebih mengujakan. saya sentiasa pertahankan--->bahawa tajuk yang menyihir bisa mencandu pembaca...bila saya nak menulis ni?;-D

A. Ubaidillah Alias said...

Teguran yang baik, sebenarnya tajuk yang saya letakkan lain. Penerbit dan tukar. Jadi, saya ok jer. Tq anyway.

QASEH said...

_ Assalamu'alaikum...
saya sentiasa mendokan kejayaan saudara dalam apa jua..terus sukses..jangan mudah putus asa..walaupun kadangkala kita berusaha kepada sesuatu yang baik yang kita tahu kita tidak boleh memilikinya,,,kerana Allah akan berikan yang lebih baik daripada yang baik itu,,,

En iLHAM said...

salam alaik

salam perkenalan dan ukhwah fillah.saya syamil.peminat novel anda (warkah cinta berbau syurga).saya baru menghabiskannya.alhamdullillah pengisiannya padat dan manfaatnya pula melimpah ruah.sekalung tahniah saya ucapkan.semoga dapat menghasilkan karya yang lebih mantap dan mapan pada masa depan.saya sentiasa menyokong sastra islami anda.insyaalaah

semoga dapat menjalin persahabatan kerana saya berminat untuk berjinak2 dalam bidang penulisan.

salam alaik

P/s : izinkan saya link blog anda ke blog saya ya.syukran

A. Ubaidillah Alias said...

Terima kasih syamil.Apepun, saya hargai setiap sokongan anda.Yang penting, kita pakat2 meriahkan sastera kita dengan bahan ilmiah dan sihat dari unsur hedonisma.:)