Sunday, September 21, 2008
Warkah Cinta - Diulang Cetak
(Surat daripada editor PTS)
Assalamualaikum...
Semoga Tuan Ubaidillah sihat dan ceria di samping menjalani ibadah puasa. Saya editor yang menguruskan buku-buku ulang cetak PTS Millennia. Sukacita dimaklumkan, buku Warkah Cinta Berbau Syurga karya Tuan akan diulang cetak sebelum bercuti Hari Raya Aidil Fitri.
Tahniah saya ucapkan!
Justeru, saya ingin meminta jasa baik Tuan agar membuat pembetulan ataupun perubahan sekiranya ada. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat pembetulan pada halaman berkenaan. Tuan boleh menge-mel sahaja halaman yang terdapat kesalahan pada alamat ini. Untuk makluman Tuan juga, pihak PTS Millennia bersetuju menukar saiz buku tersebut daripada 5" x 7.5" kepada mengikut saiz-saiz novel keluaran PTSM yang lain iaitu 4.5" x 7.5". Dan untuk pengetahuan Tuan juga, kulit buku bagi buku ini juga akan ditukar kepada yang baru.
Tuan boleh lihat attachment file seperti yang dilampirkan. Sebelum itu, sila abaikan sinopsis belakang cover, kerana itu adalah percubaan sahaja. Saya akan minta pihak grafik artis menukarkannya. Dengan itu, besarlah hati saya jika Tuan dapat memaklumkan pada saya sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana halaman sebelum ataupun pada 19 September 2008 bersamaan hari Jumaat ini.
Sekiranya tiada sebarang perubahan, pihak saya akan terus menghantar buku ini ke pencetak. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada Tuan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.
Assalamualaikum,
Nahddatun Nisaak Othman
Editor PTS MILLENNIA SDN BHD (No. Syarikat 678177-A) 9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA Tel: (+6) 03 4142 7416 Faks: (+6) 03 4142 7415 Mobile: 016 6611754 Website: www.pts.com.my Blog: www.blogpts.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
nmpaknyer...
cover utk ulng cetak lebih menyerlh dn lebih menarik...
A'ah.
penampilan baru ni nampak lebih feminin.
barokallahu fik.
ni'mat yg DIA anugerahkan nampaknya semakin berganda2.
kullu 3am wa enta bikhoir!
Tahniah ! semakin murah rezeki lepas kahwin...
Rezeki anak ?
Ada masa raya jumpa.
Nanti ana perkenalkan siapa ana...
Suspen kan taktik novelis ? hehehe
Salam Raya.
Tahniah Ubai, nampaknya semakin ngetop tu... KakChik pun nak simpan satu yg cover baru.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Pondok buku : Allahu yubarik fika
Panglima : Insya allah, jumpa nanti.
Kak chik : di alu-alukan sangat. TQ.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Kad dari AzmIe_(",)...
Post a Comment