Saturday, February 07, 2009

Buku Motivasi "Hei Kawan! Jangan Patah Semangat" Terbit Mac Ini



Assalamualaikum wrt wbt

Semalam pihak KarnaDya telahpun menghubungi saya, katanya buku Hei Kawan sudah siap dicetak dan akan dikirim ke rumah saya sebanyak 5 naskah percuma. Saya terus memesan naskah tambahan sebanyak 150 buah lagi. Saya bercadang mahu menjualnya melalui wakil penjual majalah RIO di sekolah agama.

Jadi, kepada pembaca yang nak membeli buku motivasi santai "Hei Kawan Jangan Patah Semangat" bolehlah mendapatkan borang tempahan menerusi majalah RIO bilangan ke 3 yang diedarkan tidak lama lagi. Harga akan diberitahu melalui borang tersebut. Anda boleh tempah dan buku akan dihantar melalui wakil penjual.

Insya allah, pelajar akan diberi harga potongan. Potong sikit je kot.

Terima kasih.

No comments: