Friday, May 15, 2009

MENGINTAI CINTA KHALIFAH (MCK) bakal dilancarkan oleh MB Kelantan?

Assalamualaikum wrt wbt

Sedikit perkongsian berkaitan dunia penulisan saya. Alhamdulillah sebulan dua ini saya sedang sibuk menulis sambungan 'Warkah Cinta Berbau Syurga'. Jika dikira, panjang novelnya sudah memasuki 110 mukasurat size A4. Dan sudah tentu, saya bercadang menerbitkan novel ketiga ini dengan PTS.

Dua minggu lalu, saya dihubungi oleh saudara Roslan selaku pengurus promosi PTS. Beliau bertanya adakah saya bersedia jika dijemput ke RTM 1 bagi membicarakan soal novel WCBS. Saya pantas sahaja mengatakan itu adalah 'rezeki' dan tidak wajar ditolak sama sekali. Melainkan ada masalah tertentu. Dan beliau sedang mengusahakan agar nama saya dicadangkan ke RTM.

Tiga hari lalu, saya dihubungi oleh kak Salmah Husain salah seorang penggerak Harakah. Katanya, dia tidak menyangka ada guru yang mengajar di sekolah YIK mampu menulis novel. Beliau mencadangkan agar buku novel saya seterusnya(Mengintai Cinta Khalifah) dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan. Saya juga menyatakan bahawa cadangan itu adalah 'rezeki' dan tidak wajar ditolak sama sekali. Beliau akan berbincang dengan Yayasan islam Kelantan terlebih dahulu, lalu mengutarakan hal itu ke setiausaha MB.

Dan untuk makluman saudara-saudari pembaca. Novel MCK akan memasuki pasaran sekitar akhir Jun. Dan jika mahu melihat kulit bukunya, sila klik di sini.

3 comments:

saljuhumairah said...

wah...memang rezeki ust. bila majlis pelancaran?takut terlepas...bleh jump MB skali. Spnjang berkhidmat kat sini tak ada kesempatan lagi...dah 5bulan dah..

A. Ubaidillah Alias said...

Tak tahu jadi ke tidak. Setakat ini masih dalam proses runding. Cadangan itupun dikemukakan oleh seorang wartawan yang rapat dengan SU Menteri Besar.

Harap2nya jadi. Bila dah ada tarikh, nanti akan dimaklumkan.

- just me - said...

Akan sabar menanti kehadiran MCK di pasaran.. :)