Monday, May 18, 2009

Mengkaji : Rahsia Menjadi Penulis Prolifik

Saya yakin rakan penulis akan bersetuju dengan kenyataan di atas. Tanpa pengkajian atau pembacaan bahan-bahan yang baik, ilham tidak akan datang. Saya sendiri merasakan selepas mengubah gaya hidup serta rutin pembacaan harian...cempera minda saya kian ligat mendapat idea.

Setakat ini saya sedang menyiapkan satu novel : Warkah Cinta Berbau Syurga-2. Saya merancang agar novel ini dinilai terlebih dahulu oleh PTS Litera. Dan sememangnya PTS adalah penerbit pilihan saya.

Dalam masa yang sama saya sedang menyusun 3 buah buku motivasi. Iaitu :

1) Anakku, Mahu Hafaz Al-Quran? - Pengalaman dan pembacaan saya sebagai guru tahfiz.
2) Pendakwah Versatile dan Efektif. - Pengalaman dan pembacaan saya selama menjadi penceramah dan pengkuliah.
3) Kenapa Agamawan Perlu Berkarya? - Pengalaman dan pembacaan saya selama menjadi penulis muda.

Semua judul itu adalah cadangan asal. Ia mungkin berubah mengikut kesesuaian penerbit dan nilai komersil. Yang penting, saya bercadang menerbitkan menerusi KarnaDya : Inspirasi. Masih ada beberapa judul buku dan bahan yang sedang saya kaji. Saya merancang untuk menerbitkan buku dengan 3 penerbit lagi. Jika KarnaDya kurang berminat, saya mungkin memilih ke Telaga Biru, Hijjaz Publications atau Anbakri Publika.

Rezeki dari Allah dan Allah akan tentukan buku-buku ini bisa terbit atau tidak dengan izinnya. Moga ilham ini menjadi ilham tersurat dan dicetak untuk tatapan umum.

2 comments:

LUKISAN PENA said...

Wah..makin banyak koleksi...stuju2 dgn kenyataan tersebut. dalam bidang akademik research is the main point.lepas tue buku diterbitkan bersandarkan kajian2 yang telah dibuat oleh pensyarah2. Contohnya Prof. Muhd Kamil [pengarah uitm kampus Johor].

ps:tak sangka btol, pensyarah yang duk jumpa selalu kat HEA, kakak kpd penulis WARKAH CINTA BERBAU SYURGA.

A. Ubaidillah Alias said...

Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Kadang2 kita tak sedar orang sekeliling kita ini ada kenalan tersendiri. Itulah lumrah hidup.