Thursday, June 18, 2009

BERSIAP SEDIA UNTUK DIPASARKAN

15hb Jun saya sudah menerima 10 naskah percuma novel 'Mengintai Cinta Khalifah' dan orang pertama yang membacanya adalah kakak saya. Dalam satu malam, dia khatamkan novel tersebut dan memberitahu "Isinya lebih tersusun, bahasanya lebih matang dan ceritanya lebih rigid. Bagus...ada kemajuan"

Dan saya juga telah menyerahkan novel tersebut kepada Ustaz Mohamed bin Ya, selaku Timbalan Pengarah YIK untuk dilihat isi. Jika sesuai dan wajar, dia akan mewujudkan satu slot khas untuk melancarkan novel tersebut di hari terbukaYIK pada 9hb Julai 2009. Saya tidak tahu adakah ianya akan dilancarkan...atau...tiada apa-apa yang berlaku. Terserah pada Allah menentukannya.

Saya juga baru menempah sebanyak 100 naskah dari PTS. 100 Naskah itu akan saya jual di beberapa Maahad yang sering saya kunjungi. saya yakin, dengan harga RM 17.00. Ia jauh lebih murah berbanding warkah cinta RM 23.50. Saya fikir, novel itu akan sampai pada minggu hadapan, dan saya akan mula membuat promosi dengan segera. Insya allah.

Oh ya! 24hb ini saya akan melalui satu proses temuduga di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan saya mohon pada Allah agar hal tersebut berjalan lancar. Apapun...hal itu adalah rahsia antara saya dan keluarga saja. Belum bersedia untuk diberitahu kepada umum.

Sekian, wassalam.

6 comments:

sya_ais said...

assalammualiakum ustaz...

x sabar rasanya nak tunggu buku ini dilancarkan...
walaupun WCBS lebih mahal tetapi kesannya pada diri saya amat mendalam...

mcm cerita diri sendiri ja WCBS tu...

Amermeftah said...

kenapa asyik cinta?

A. Ubaidillah Alias said...

Assalamualaikum

Sya_ais, terima kasih sudi menunggu. Moga mendapat yang terbaik.

to Amermeftah

Saya belum mampu menulis novel suspen, thriller, atau tema2 lain. Setakat ini tajuknya berkisar 'cinta' dan isinya menjurus ke arah membina paradigma remaja agar jelas terhadap cinta islam.

Apabila remaja jelas dengan pemilihan cinta mengikut syarak, akan mempastikan terbinanya baitul muslim. Apabila baitul muslim mampu dibina, akan terbinanya generasi pejuang.

Tanpa kefahaman yang jelas terhadap cinta Islam...tidak akan lahir generasi yang soleh.

Betul tak?

cikgunik said...

Assalamulaikum,

Tahniah pada anta kerana telah menerbitkan majalah Rio. Ana rasa gembira kerana ada majalah islamik untuk para pelajar, dulu ana ingat pernah ada majalah terbitan sufi boy, tapi tak dapat bertahan lama. tapi kita faham kenapa ia tak dapat bertahan, sebab kita sama sama terbit majalah dakwah kepada pelajar, kita tahu halnagn dan cabarannya.

Anta harus kuat semangat untuk terus menulis, kerana ramai yang jadi penulis kecundang ditengah jalan. Tak kurang juga yang dengki.
kalau anta jadi terkenal. yang penting kekalkan niat dan kesabaran.

Salam perjungan dari
cikgu nik, penasihat Buletin Tarbiah.
(pencermah pertama di mmp hari sabtu, sebelum anta bagi ceramah)

A. Ubaidillah Alias said...

Terima kasih cikgu Nik atas lawatan tidak rasmi ke blog. :D

ila_addin said...

salam..nama saya Nur Ilahi Binti Ngah. 1st tym sy tnmpk bku Sekudus Nur Ilahi, sy agk tkejuk. x pnh tlintas akn ade sbuah bku yg ade name sy. byk tmpt sy pergi dan ble org dgr name sy sume agk tkjut. seolah2 name sy sgt pelik dan rmai btnye,knpe name mcm 2? jwpn sy mudah je, arwah ayah y bg name ni.. ble be bku Skudus Nur Ilahi, brula trase kelainan dhati sy.Alhamdulillah.. wasalam