Thursday, July 02, 2009

NEW TASK

Saya sempat bersama dengan Ketua Eksekutif Bahagian Sumber Manusia, Cik Mohamad Adilan pada hari Isnin lepas. Setelah pulang dari Besut, saya dipanggil terus ke sana. Dalam keadaan terkejar-kejar saya terus ke Kota Bharu.

Setibanya di sana, kami berbual. Alhamdulillah, 1 Ogos nanti jawatan Pegawai Tadbir Bahagian Latihan telah tersedia untuk saya terima. Ia menanti masa dan beberapa persediaan awal. Apa yang paling utama untuk saya fikirkan ialah bagaimana saya akan menyelaraskan tugasan baru itu.

Saya dimaklumkan bahawa PKINK sebelum ini tidak pernah menerima seorang kakitangan bertaraf ustaz. Memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang perkaitan secara khusus untuk profesion itu. Namun, atas dasar merubah beberapa perkara terutamanya kefahaman staf dan juga penyerapan nilai fikrah Islam. Barulah jawatan pegawai tadbir bahagian latihan diwujudkan secara khusus. Dan mereka mahukan seorang bertaraf ustaz berada di situ.

Ini bertujuan pegawai tersebut akan diminta untuk menyusun program keagamaan termasuk menyusun diskusi ilmiah. Bertujuan memahamkan Islam secara asas dan mempastikan kefahaman Islam itu menjadi pencetus semangat bekerja. Dalam masa yang sama, perlu kepada penghakisan budaya-budaya yang tidak perlu semasa bekerja.

Atas dasar itu, saya diminta memikirkan kandungan diskusi yang bakal dilaksanakan secara berkala. Pihak PKINK mahu menyusun small gathering setiap minggu dengan dimasukkan perbincangan ke arah kesucian hati, jiwa dan spiritual pekerja. Sekaligus menerapkan nilai karisma kerja dalam mencetuskan momentum yang lebih positif.

Saya fikir, Allah telah memilih saya untuk berada di situ. Saya pasti dan yakin, Allah jualah yang akan membantu saya menyelsaikan tugasan ini. Saya bersyukur, saya akan belajar, saya akan berusaha, saya tidak akan melepaskan peluang melusuri pengalaman yang bermakna ini.

Semoga kita mendapat balasan baik di akhirat nanti. Insya Allah.

5 comments:

lavender said...

insyaallah..
semoga ALLAH merahmati semua amalan yg kite laksanakan.. AMEEN!

fengfk2008 said...

GF
批發

seo

網路行銷

kakchik said...

assalamualaikum ubai. wah, tahniah ya. tak sangka peluang ubai menyambung bakti ada di pkink. en. adilan tu kenalan kakchik. semoga kehadiran ubai di pkink akan menambah kuat amalan islam di dlm pengurusan, pentadbiran dan diri kakitangannya. selamat berjaya ubai.

p/s: esok, 4 jul kakchik buka gerai sempena hari terbuka oum kelantan, kalau nak letak buku bolehlah. kakchik tak sempat nak tel ubai

fengfk2008 said...

LL
情趣用品

提供上千種成人商品線上購物服務--專營情趣商品、男女自慰用品、性感睡衣、情趣用品批發、自慰套、SM商品、逼真情趣娃娃、跳蛋、按摩棒、同志用品、TENGA飛機杯..,可線上刷卡及貨到付款。 ... 收到的東西會有情趣用品的字樣嗎? 轉帳之後,如何通知這筆款項是我付的
導航

A. Ubaidillah Alias said...

Syukran lavender, terus mendoakan muslimin dan muslimat sedunia.

Kak chik, amal soleh itu perlu dilbuat dengan mujahadah. Doakan saya mendapat amal yang bekat.

Wassalam.