Sunday, August 13, 2006

RIBUT DARI GURUN

Fuh! Saya benar-benar ribut sehari dua ini.

Malah saya hampir terlupa kunci masuk ke blog sendiri. Maklumlah, lama benar tidak mencoret sampai ingat-ingat lupa password. Yosshhh! Inilah kehidupan mahasiswa tua yang belum pulang ke Malaysia. Perlu banyak berkongsi dan membantu mahasiswa muda. Juga belajar dari rakan-rakan yang bekerja sama-sama.

Memang! Apa jua ilmu sama ada ilmu akademik(hard skill) dan organisasi(soft skill), kita tak boleh lokek berkongsi. Kerana yang untung akhirnya kita juga. Kita akan menjadi semakin mahir dan cekap dengan ilmu tersebut.

Sebetulnya, saya menulis catatan ini ketika subuh dalam perjalanan. Sekarang 4.42am subuh pula sekitar jam 4.50am. Sementara menunggu azan, saya ingin berkongsi cerita. Kelmarin saya menelefon ayahanda untuk memberitahu keputusan exam. Saya pass dua subjek dan masih berbaki satu subjek. Subjek tersebut akan diduduki kali kedua pada 2 september ini. Doakan saya sukses dan pulang sebagai graduan.

Petang semalam saya bertanya ketua editor Suara Hewi, ustazah Suzana berkaitan dateline bagi jurnal saya. Katanya saya perlu siapkan pada 15hb ini. Buat makluman, saya kini sedang menulis jurnal 'Ribut Dari Gurun' sebanyak 4 siri untuk diterbitkan menerusi Suara Hewi PMRAM. Jika di Malaysia, 4 jurnal akan dibayar paling kurang RM 160. Tapi, jika diterbitkan menerusi karangkraf, satu jurnal saja sudah dibayar RM 150 - RM 300. Apapun, di sini bukan seperti di Malaysia. Di sini kita belajar untuk memantapkan paradigma sebagai mahasiswa Islam. Kita korbankan masa dan tenaga demi mengharapkan ganjaran dari Tuhan.

Hari ini, bengkel penulisan akan berlangsung di Rumah Kelantan Baru pada jam 9.00am. Saya diberitahu bahawa peserta seramai 20 orang. Jika benar seramai itu, maka jumlah itu adalah cukup ramai. Setakat ini, saya sudah bersiap sedia untuk berbengkel. Namun, malam semalam juga saya ditawar secara mengejut untuk menjadi pengisi program yang akan diadakan pada hari ini, jam 8.30am di Rumah Penang. Bererti di sana akan ada pertembungan antara bengkel saya dan program yang baru diterima.

Apa yang perlu saya buat? Tolak tawaran itu?

Tidak sama sekali. Saya terima. Saya benar-benar mahu memenuhi jemputan itu, justeru saya diminta menyiapkan kertas kerja. Apa lagi, dari jam 2.00am hingga 3.45am saya ralit menaip kertas kerja. Doakan agar saya sukses dalam pembentangan kertas kerja yang saya karang dalam masa 1 jam setengah. Berbekalkan persediaan masa yang kurang saya tetap mahu melakukan yang terbaik. Harapnya saya tidak tersungkur atau rebah ketika pembentangan. Maklum sajalah, tak tidur lagi dari semalam.

Penat, memang penat. Lebih baik saya menolak sahaja tawaran itu. Tapi, dalam soal ini saya optimis. Saya yakin, apa jua tawaran yang datang kepada kita sebetulnya ia datang dari Allah.

'La yukallifullahu nafsan illa wus'aha' Maksudnya : Allah tidak akan (sama sekali) mentaklifkan (Ke atas hamba-Nya) melainkan dia mampu melaksanakannya.

Saya yakin dan saya percaya, saya mampu melakukan hal tersebut. Walaupun di sana kemungkinan terdapat kecacatan dan kekurangan, anggaplah itu sebagai pengajaran untuk mematangkan kehidupan saya. Justeru, jika terdapat teguran dan kritikan selepas ini, saya akan hadapi dengan senyuman.

Ribut pun ributlah. Asalkan orang lain tidak rugi buat program, saya juga tidak rugi kerana dapat belajar sesuatu darinya. Hidup memang begini, saling perlu memerlukan. Saling perlu bantu membantu. Bukankah manusia itu lemah?

Ya Allah! Bantulah aku dalam membantu hambamu yang lain.

Amin!




3 comments:

Bintu Haron Yahya said...

Salam bertamu Sifoo Ubai

Saya melakar coretan ini seusai berbengkel di Rumah Kelantan tadi, terima kasih atas kertas kerja yang mantap itu, banyak input yang kami terima.

Persediaan menghadapi medan penulisan di tanahair sendiri. Banyak yang perlu dikoreksi kami ini. Anda pulang awal atas urusan tertentu buat kami tertanya-tanya. Apapun bengkel hidup dan bedilan-bedilan ayahanda juga bonda moderator akan kami ingat sampai bila-bila.

Salam ceria Kota Pantai

tintaHati said...

salamuna'laik ubaid,

Di sini pun ribut juga. Saya balik rumah terus pengsan kerana terlalu penat. Apa pun semoga sukses dalam imtihan 2 September ini.

p/s: paper apa yang sangkut itu? Hadis Tahlili ke atau Falsafah Islam? ;)

A. Ubaidillah Alias said...

Bintu harun,

Anda ada kesungguhan dan kemahuan yang kuat. Jangan berhenti dari mencuba, belajarlah dari kesilapan yang lalu.

Tinta,

Paper Falsafah Islam, pensyarah bagi paper tu Dr Jamal Afifi yang sangat masyhur dengan ketegasan markah. Saya sedang khuatir ni. Doakan saya.

All the best!