Wednesday, November 08, 2006

Bagaimana Rasanya Menjadi Lelaki Matang?

Saya masih bingung dengan perkataan matang. Kurang pasti apa itu definisi matang yang paling tepat. Adakah sesudah berkahwin - bekerja - punya rumah dan kereta - barulah dikatakan matang? Betulkah begitu? Atau apabila anda mampu mengurus diri, keluarga dan kerjaya dengan baik, barulah dikatakan matang? Apa sebenarnya definisi matang? Adakah anda boleh memberikan kepada saya satu definisi ringkas dan padat untuk perkataan 'Matang'.

Saya selalu ditegur kerana kurang matang dalam berbelanja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak berada. Bukan mewah tetapi berkemampuan. Saya mudah berbelanja besar untuk adik-adik dan ibubapa. Kerana itu, ibubapa saya kerap menegur "Kau tak simpan ke duit tu untuk kegunaan masa depan." Lagi mereka menambah "Tak pandai berjimat...ertinya tak matang lagi dalam mengurus kewangan".

Saya bingung juga. Bingung untuk mendefinisikan apa itu jimat cermat dan apa pula yang dikatakan matang. Memang benar saya suka berbelanja...untuk diri sendiri, untuk adik-adik dan ibubapa. Jarang sekali saya berbelanja untuk rakan-rakan. Banyak menghabiskan wang sendiri untuk membeli barangan dapur dan makanan. Jarang pula membeli pakaian mahal2 dan aksesori yang berjenama. Kerana saya suka yang simple dan kemas.

Beberapa bulan duduk sebumbung dengan orang tua saya banyak goyang kaki (Tak ada kerja) mereka banyak menegur sikap boros(walaupun duit itu saya dapatkan menerusi karya dan usaha sendiri) dan juga sikap berlenggang saya. Saya mengaku...itu memang terkena atas batang hidung. Secara beransur-ansur saya sedar bahawa kemampuan mengurus kewangan saya masih ditahap lemah. Jika begini keadaannya, bagaimana saya mahu mengemudi kewangan keluarga sendiri kelak?

"Jadilah lelaki matang. Jangan muka jer nampak matang tapi perangai macam budak2. Duit tu berawas-awaslah ketika nak berbelanja. Jangan sedap tangan jer nak beli itu ini. Bukankah bermewah-mewah tu boleh membinasakan seseorang?" Itu antara teguran orang tua saya secara telus dan direct. Ia agak berkesan...memang berkesan! Dan saya perlu memandang cara2 untuk memperbaiki kelemahan itu.

Tapi saya masih bingung... "Jadilah lelaki matang" ...errmm...matang yang bagaimana itu?

"Yang tidak seperti kebudak-budakan"

Huh! Pening-pening.

3 comments:

Sanghamba said...

salamzz...

ape yang abemad rasa, mungkin mama abah mahu ubai berjimat untuk duit kawin, supaya takler sebahagian besar duit belanja kawin nanti mama abah yang kena tanggung hehe. lagipun Ubai kan dah pernah kerja dan sebagainya + desas desus di sana sini (topik hangat bangat gitu) membuatkan ramai orang merasa ubai akan kawin tak lama lagi.

tinidewi said...

matang bermaksud bijak membuat keputusan, dengan menimbang baik buruknya sesuatu tindakan, dan bertanggungjawab atas keputusan yang telah diambil.

A. Ubaidillah Alias said...

Thanks abe Ahmad dan Kak Hartini di atas kesudian membaca dan memberi komentar. Tersentuh hati adikmu ini.

Jazakallahu khair.