Sunday, November 19, 2006

Novelku dan Novelmu...Bagaimana?

Sudah lama saya tidak bercerita tentang karya sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya masih giat menulis. Buku kedua saya sudah siap ditulis dan akan dihantar ke syarikat PTS untuk dinilai dan diproof tidak lama lagi. Buku kedua ini berjudul 'Mencari Cinta Khalifah'(MCK). Ia sebuah genre novel Islamik.

Dari segi persembahan, ia hanya sebuah novel biasa tanpa lukisan tangan. Tidak sama dengan 'Sekudus Nur Ilahi' kerana ianya dalam genre Novel Grafik Islamik. Untuk buku MCK ini saya sudah emelkan soft copy novel tersebut kepada PTS Publication untuk membuat penilaian, kata salah seorang editor di sana buku tersebut 'Kemungkinan Boleh Diterbitkan' cuma...

Cuma masalahnya genre novel Islamik belum mempunyai teman di pasaran. Artinya apa? Mereka tidak bercadang untuk segera menerbitkan novel dalam genre Novel Islamik memandangkan tidak ada buku lain terbitan PTS yang satu genre dengannya. Dibimbangi buku tersebut terkontang-kanting sendirian di pasaran dan tidak dapat diletakkan atas rak yang khusus.

Begitulah nasib buku pertama saya "Sekudus Nur Ilahi" yang tidak mempunyai rak khusus. PTS Mengakui sukar untuk mengklasifikasikan buku pertama saya...adakah ianya komik? Atau novel? Jadi...pengklasifikasian itu membuatkan proses pemasarannya agak sukar. Jika saya menerbitkan buku kedua yang satu genre tapi berbeza persembahan ini, dibimbangi nasib yang sama akan menimpanya.

Saya juga hairan. Betulkah saya seorang sahaja yang menulis genre Novel Islamik? Adakah novel-novel lain tidak Islamik? Boleh jadi masalah itu tidak timbul dalam syarikat penerbitan seperti Karangkraf atau Alaf 21. Kerana mereka sudah mempunyai klasifikasi buku yang fleksibel dan setiap klas mempunyai stok judul yang banyak.

Apapun...saya menyarankan kepada penulis Islam...agar beramai-ramai menerbitkan buku Novel Islam. Bertemakan Islam dan berkonsepkan Islam yang 'Murni' dan 'Benar'. Untuk kita edarkan ke dalam masyarakat sebagai bahan bacaan yang membangun minda dan agama.

Setelah kau dan aku sudah mempunyai novel tulisan sendiri. Novelku dan novelmu bisa memasuki pasaran bersama dan novelku tidak lagi sendirian. Ayuh teman...mari menulis novel Islam di PTS.

Wassalam.

3 comments:

Amermeftah said...

Oh, sungguh bersemangat dan memberi semangat. Tapi semangat tanpa ilmu tidak berguna. Kerana ilmu menjana semangat. Apa pula nasihat saudara Ubaid untuk budak-budak yang baru cuba-cuba hendak menulis? Manalah tahu satu hari nanti novel saudara benar-benar berteman...

A. Ubaidillah Alias said...

Semuanya bermula dari cuba-cuba, kemudian jadi benar-benar cuba. Kemudian barulah menjadi.

Pendek kata, cuba-cuba...benar-benar cuba...akhirnya menjadi.

Kalau sekadar cuba-cuba tapi tak pastikan sampai menjadi. Itu buang masa namanya. Betul tak?

Hani said...

Saya ada cita2 nak tulis novel kanak2. Dah lama :)

Serius.