Tuesday, January 23, 2007

Kerja Bertimbun

Memang terlalu sedikit waktu senggang untuk saya menulis buat masa sekarang. Sebaik menjawat jawatan guru di Maahad Tahfiz Sains Tumpat, saya terus diamanahkan dengan beberapa tugas. Menjadi guru Disiplin dan Setiausaha Mesyuarat guru-guru. Ini bererti, komitmen yang perlu diberikan kian bertambah.

Jangan kata untuk menulis di sini, malah masa untuk menulis karya sendiri juga tidak ada. Masa memang ada bukan langsung nihil, tetapi terlalu sedikit, tidak memadai atau mencukupi. Pernah beberapa kali saya cuba untuk menulis, tetapi akibat kepenatan bekerja akhirnya saya terlentuk di depan laptop. Bukan sekali, malah beberapa kali.

Nampaknya, saya harus berfikir cara terbaik untuk menyusun waktu bagi menguruskan kehidupan saya. Agar waktu untuk berkarya mencukupi. Hmmm...memang sukar agaknya bagi saya mencari waktu itu sekarang.

Setiap hari, waktu siang saya berada di sekolah dari jam 7.30pagi hingga 3 petang. 4 malam dalam seminggu, saya perlu mengajar di surau dari jam 7.00malam hingga 8.45malam. Dimana ruang untuk saya menulis?

Sekarang masih bujang, kalau sudah berkahwin. Entah bagaimana pula keadaannya? Huhuhu!

2 comments:

Amermeftah said...

Baru baca Merdekakan Mutassia dalam Suara Kampus...

Saya: Dah baca Merdekakan Mutassia?

Idil: Dah, terang-terang je, RM la, bla, bla

Saya: Berani giler, boleh pulak lepas keluar kat majalah I

Idil: Diorang tak baca majalah I

Saya: Oh ya, diorang baca Al-Islam...

A. Ubaidillah Alias said...

:) Merdekakan Mutassia, sebuah kisah fiksyen yang berkaitan dengan sistem demokrasi di Malaysia.