Saturday, March 08, 2008

NEGARA SAYA NEGARA DEMO-KORUPSI

Hadirin sekalian,

Biarlah orang nak kata apa, tapi saya pun ada mata dan telinga. Biarlah orang nak buat spekulasi apa, tapi saya sendiripun ada otak. Soal orang lain tengok, dengar dan pikir itu soal orang. Memandangkan saya sendiri boleh memandang, mendengar dan berfikir maka saya katakan kerajaan pusat ataupun pemerintah Malaysia sekarang adalah orang-orang yang telah korup akal dan senget paradigma. Termasuklah orang-orang yang mengikut pemerintah, adalah orang yang tertutup akalnya dan sepet paradigmanya.

Saya rakyat Kelantan, saya anak Cik Siti Wan Kembang. Saya lihat bumi saya berkat dan berkembang di bawah pemerintahan Tok Guru(ulamak). Tok guru adakan bulan solat dan keluarkan bajet beratus ribu untuk adakan kelas dan consultant ajak rakyat belajar sembahyang. Sedangkan Menteri Besar negeri lain keluarkan duit berjuta ringgit, buat konsert untuk lalaikan rakyat.

Saya rakyat Kelantan, saya penduduk bumi Serambi Mekah. Saya lihat bumi saya BERSIH dari rasuah, arak dan judi. BERSIH di sini bukan bererti tiada 100%, BERSIH di sini ialah PEMIMPINNYA tidak ada rasuah, tidak minum arak dan tidak berjudi. Saya jamin dan saya gerenti, pemimpin negeri kelantan adalah jauh lebih bersih daripada pemimpin negeri lain dalam 3 perkara tadi.

Saya rakyat Kelantan, saya anak didik Yayasan Islam Kelantan. Saya lihat bumi saya tidak membangun dengan maksiat dan pembangunan tidak seghairah negeri lain. Namun, institusi keagamaan dan pendidikan ilmu berkembang dengan stabil dan mapan. Maahad Muhammadi, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Maahad Tahfiz Sains dan juga pondok-pondok. Jika mahu cari maahad tahfiz di negeri lainpun ada...namun bukan hak kerajaan, tapi milik swasta. Kenapa? Sebab negeri lain TAK MAHU generasi Al-Quran dibangunkan!

Saya rakyat Kelantan, saya kenal Tok Kenali, Tok Janggut dan Tok Guru. Orang-orang ini adalah mereka yang tidak bersekongkol dengan penguasa besar yang berniat menjatuhkan agama. Mereka menggunakan pengaruh dan kuasa untuk menentang kebatilan. Saya rela bernaung di bawah orang alim seperti mereka daripada duduk di bawah ketiak orang jahil. Saya rela digunakan untuk orang yang tahu hukum-hakam, halal dan haram. Daripada menjadi pengikut orang jahil dan menyesatkan.

Sekalipun PAS tewas dengan penipuan SPR, sekalipun PAS tewas kerana pengundi hantu dan undi pos, sekalipun PAS tewas dengan wang ringgit, sekalipun PAS tewas dengan kuasa polis dan tentera. Namun, PAS tidak tewas dengan doa, sedekah, pengorbanan dan sokongan rakyat Kelantan termasuk Cina dan India. Memandangkan negara saya negara demo-korupsi, maka saya isytiharkan bahawa saya menentang negara demo-korupsi ini. Saya mahukan demokrasi yang adil dan telus. Dengan itu ...masuklah BARISAN, pangkahlah BULAN, demi KEADILAN!

Takbir!

Allahu akbar!

Takbir!

Allahu Akbar!

Takbir!

Allahu Akbar!

2 comments:

pondok buku said...

salam ustat.
tersentuh hati sy membaca luahan ustat nih.
sejujurnya, hanya sy dan DIA yg tahu, betapa sy cemburu dengan anak2 kelantan.cahaya Islam terbentang di depan mata, hanya tinggal hati menentukan samada mahu menyematkannya ke jiwa atau tidak. sedangkan sy, terpaksa berjuang sendirian, menagih cahaya untuk diri yang kerdil ni.moga2 nanti cahya itu akan bersinar ua ke bumi selatan ini...
doakanlah untuk kekuatan dan ketetapan keyakinan kami pd-NYA

hardisk said...

insyaAllah yang benar pasti akan memerintah tampuk Malaysia,menghapuskan korupsi yang semakin berleluasa.Fitnah sekarang makin menjadi-jadi.Kini,hanya doa senjata ideal yang mampu melawan pemimpin korupsi ini.