Friday, April 11, 2008

MEREMPUH TEMBOK PREJUDIS

Seingat saya, pada awal pemerintahan Tok Guru bersama kepimpinan PAS. Ramai pihak menguar-uarkan bahawa kerajaan baru itu tidak akan mampu membayar gaji pekerja selepas dari tiga bulan. Ada pihak yang menganggap, akan berlaku banyak masalah dalam pentadbiran baru yang dipimpin oleh 'Ulamak'. Dan kini sehingga 18 tahun berlalu...ura-ura itu meleset dan tembok prasangka sudah roboh.

Hari ini, bukan lagi orang Melayu yang angkat ibu jari kata Tok Guru 'Best'. Malah orang China dan India di Kelantan turut angkat tangan dan menggelarkan tok guru sebagai 'Sami Putih'. Iyalah, Tok Guru selalu memakai jubah dan serban putih, maka orang china dan india memanggilnya sebagai sami yang berpakaian putih.

Kini, Selangor, Kedah dan Perak pula melalui zaman perubahan. Akan berlaku banyak lontaran dan hujuman kata. Semua itu timbul atas dasar prejudis dan persepsi negatif pihak luar terhadap kepimpinan yang mahukan Islam. Ini bukan perkara pelik, namun pihak PAS sendiri tidak boleh melatah atau menjawab lontaran itu dengan retorik. Sebaliknya mereka perlu bekerja dengan lebih keras dan berusaha bersungguh-sungguh merobohkan benteng prejudis itu. Hingga apabila masa berlalu, akhirnya orang ramai sedar bahawa ura-ura yang digemparkan itu tidak lebih hanyalah propaganda pihak lawan.

Saya fikir, dalam pemerintahan manapun tidak ada satu yang sempurna. Saya yakin, semua pihak ada kelemahan. Sewajarnya PAS sendiri menunjukkan sikap lapang dada menerima kritikan dan teguran. Bukan pula meniru budaya parti tertentu yang angkuh dan sombong apabila ditegur.

MEDIA PERLU BERUBAH

Lagi...saya fikir, sudah sampai masanya MEDIA atau AKHBAR menjadi alat yang menyatukan bangsa. Bukan menjadi alat pihak tertentu untuk menghentam dan melemah-lemahkan perpaduan sesama bangsa dan agama. Sejujurnya, saya beranggapan wartawan yang menghentam parti lain ini kurang profesional. Sepatutnya, mereka mencari kelemahan dan melontar kritikan membangun. Bukan terlebih-lebih membela sesuatu parti dan melampau-lampau mencela parti yang satu lagi.

Wartawan kita, sudah sampai masa membina prinsip 'BERSATU' dan berhenti menjadi suara 'RETORIK' dan 'KAKI HENTAM' Parti politik tertentu. Mereka boleh membentuk pemikiran rakyat yang lebih kental dan bersatu padu jika pandai memainkan isu.

1 comment:

fred said...

bagi analah ustaz sebagai seorg muslim yg sejati kita seharusnya ingat dansentiasa berzikir kpd allah tida kira di waktu senang atau susah sebagai seorg huffaz yg berdedikasi ana rasa kita perlulah munasabah diri kita kembali sekian wassalam