Wednesday, August 13, 2008

Cek List Amat Penting

Kadang-kadang kita merasakan kerja kita banyak dan terlalu sibuk. Benarkah kita terlalu sibuk? Kadang-kadang kita merasakan kerja kita sedikit dan kita buat acuh tak acuh. Betulkah kita lapang dari kesibukan? Untuk mencari kepastian kita perlu membuat Cek list. Ambil sebatang pen dan catatkan di atas kertas.

Aku juga begitu. Sering mencatat tugasan semasa dan urusan berkaitan tanggungjawab kekal.

Tanggungjawab kekal untuk diriku :

Sebagai suami - Mengurus yuran pengajian isteri / memantau kesihatannya / memeriksa pencapaian dan kerja rumah / menceriakannya / memberi pandangan dan cadangan ke arah kemantapan pembelajaran / dan lain-lain.

Sebagai anak - Memudahkan kerja orang tua di rumah / membantu menyelesaikan masalah adik-adik jika ada / menjadi unit hubungan luar untuk membeli barangan keperluan / menggembirakannya atau menghiburkan mereka bila perlu.

Sebagai guru - Mengajar subjek / Mengurus perancangan pengajaran / Memberi insentif bagi pelajar sukses /Memberi nasihat bagi yang lemah / Membantu pihak pengurusan sekolah jika perlu.

Sebagai Ustaz dan Imam - Membantu pengurusan masjid / mencari pengkuliah / membuat kertas kerja dan mengatur perjumpaan.

Tugasan semasa :

1) Mengurus jamuan kelas.
2) Membuat catatan kemajuan kelas.
3) Menyelesaikan buku mesyuarat Agung PIBG.
4) Mengupdate blog sekolah.
5) Menyelaras perancangan badan redaksi sekolah.
6) Membuat perjumpaan anak muda di kampung.
7) Mengedar kad jemputan kenduri pada 23hb Ogos ini.
8) Mengurus kewangan keluarga dan membayar kepada pihak yang berkaitan.
9) Membuat persiapan kahwin dan membersih rumah.
10) Membuat pembacaan dan rujukan untuk kuliah malam.
11) Menceriakan suasana keluarga dan menghiburkan mereka.

Tugasan berwarna biru, bererti 'Not urgent but important'.
Tugasan berwarna hijau, bererti 'not important and not urgent'
Tugasan berwarna merah, bererti 'Important and urgent'

Perlu ingat, apabila kita membuat list. Kita perlu senaraikan manakah kerja yang perlu disiapkan awal dan mana satu yang boleh ditangguhkan. Selesai yang urgent barulah selesaikan yang important. Sekiranya semua kerja adalah urgent, pilih mana satu yang paling important. Perlu pilih satu dan korbankan yang lain. Itupun jika terpaksa.

Plan untuk keluar rumah.

Kebiasaannya pada hari-hari yang sangat sibuk. Saya akan menulis plan perjalanan dan barang-barang yang ingin dibeli. Contoh catatan :

Urusan :
1) Membeli barangan keperluan dapur (Susu / Gula / Tisu / Sabun)
2) Membayar bil telefon.
3) Ziarah rumah kawan.
4) Membeli pizza dan membawa pulang ke rumah.
5) Membeli tikar plastik.
6) Mengisi minyak kereta.
7) Membeli top-up untuk prepaid isteri.

Rancangan Pergerakan :
Bergerak dari rumah di Kg Belukar - Singgah di stesen minyak di Tunjong - kemudian ke seven eleven (Beli top-up) di Bunut Payung - Ke KB Mall membeli Susu, gula, tisu, sabun dan membuat tempahan pizza - sebaik keluar dari KB Mall ke pusat Telekom bayar Bill - bertolak balik - kemudian singgah kedai plastik beli tikar di Bunut Payung - singgah rumah kawan - balik rumah.

Sekiranya rancangan ini berjaya, anda akan menjimatkan masa. Aturlah perjalanan anda dengan laluan dan masa. Jangan pula laluan anda bersimpang siur.

Bijak merancang, senang kehidupan.

No comments: