Tuesday, August 26, 2008

SETELAH KAU KUPILIH - LALU KAU SETIA KUKASIH

Sayangku,
Aku mahu menjadi langit di atasmu, yang akan setia memayungimu sepanjang usia ini.
Aku mahu menjadi waktu yang akan berdetik sepanjang zaman.
Aku mahu menjadi udara yang bisa kau hirup sekalipun dibawah sedar.
Aku mahu jadi mentari dikala siang dan bulan dikala malam, yang akan setia memerhatimu.
Aku mahu menjadi nafasmu yang tidak akan mampu dihentikan oleh mana-mana kekuatan kecuali tuhan.
Aku mahu mencipta kesetiaan yang abadi. Aku mahu setia menantimu sekalipun di pintu syurga.

Di sini...titik permulaan, melangkah melayari samudera rumahtangga


Susunlah langkah dengan bismillah, penuhkan dada dengan kesabaran

Kita akan membina kubah cinta yang akan didirikan dengan batu-bata tangisan serta senyuman


Sesukar manapun perjalanan ini, biarlah kita memulakan dengan senyuman

Dan...

Penghujung perjalanan kehidupan ini...kita berdoa dan berusaha

Agar tuhan akan satukan kita

Di jannatul Firdaus

Amin...ya Rabbal A'lamin

3 comments:

Qaseh said...

Buat Ubai dan Hawa.. kebahagiaan itu memang bukan sahaja apabila diberi nikmat...tetapi juga apabila diberi dugaan untuk menguji kesetiaan..selamat berkekalan hingga ke syurga

Unknown said...

Tahniah! Semoga berbahagia dunia dan akhirat. Kalau ada peluang elok Ubai baca buku 'Men are from Mars, Women are from Venus'. Kalau dah baca, alhamdulillah. Sekadar menganjurkan nasihat seorang ustaz.

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Cinta memang indah!
Memelihar cinta satu masalah
Akidah paling ampuh memelihara cinta
Cinta pada Allah dan Rasulnya paling utama
Cinta pada kedua ibu bapa tanpa batas sempadan
Wassalam