Wednesday, April 01, 2009

WCBS - Akan Masuk Cetakan Ke-3

Alhamdulillah...

Pagi ini 1 April 2009, saya baru sahaja menerima makluman daripada editor PTS Litera iaitu Kak Norhafizah bahawa Warkah Cinta akan diulang cetak sekali lagi dalam masa terdekat. Ini bererti buku itu akan memasuki cetakan ketiga.

Saya bersyukur kepada Allah dan berdoa agar tuhan menggandakan segala usaha saya di masa mendatang. Terima kasih kepada adik, ibu, kakak, abang, abah dan semua pembaca yang telah membeli novel tersebut. Mudah-mudahan, buku itu akan memberi pulangan yang baik dari segi ilmu dan manfaat kepada tuannya. Amin.

Wassalam.

4 comments:

sya_ais said...

salam..

novel warkah cinta berbau syurga tu mmg memberi impak yg besar pd diri ana...

ana masih tercari-cari lagi novel2 lain yg seakan-akan seperti WCBS tp hingga kini belum berjumpa...

pertama kali baca sinopsis buku WCBS, mmg ana telah jatuh cinta cerita ini

dalam masa yang singkat ana habis kn novel ini dan kesan cerita ini amat mendalam pd diri ana..

betapa watak utamanya bergantung pada ALLAH 100% dlm percaturan hidupnya dan redha dgn ketentuan ALLAH pd dirinya...

hebat novel WCBS ni...
moga ustaz dapat menulis sambungan WCBS kerana ana rasakan ending WCBS sepeti tergantung..

A. Ubaidillah Alias said...

Sebetulnya WCBS ini ada sambungan, isinya sudah ada dan jalan ceritanya masih diperkemaskan. Doakan agar hujung tahun ini WCBS 2 akan terbit. Insya allah.

cerkleng said...

yeyy!!!

ada sambungan.
agak2nya..ending WCBS..amir mukhlis dgn balqis kot...

Muhd A.Al-Amin said...

Syabas anakanda!
Pak Ngah belum baca, tapi tentu menarik sekali bila tengok mak ngah baca dgn penuh syahdu, hinggakan langsung tak ingat pd pak ngah...
padahal baru ptg td dia mula baca, rasanya dah nak habis...cepat betul dia membaca novel skrg ;)
Teruskan menulis, berkarya!
Kami mendoakan kejayaanmu!

Wassalam.

P.Ngah Lid