Saturday, October 20, 2007

Lelaki yang akan Menjadi Suami

Sebagai seorang lelaki yang akan menjadi suami, apakah perkara yang sepatutnya aku lakukan?

Sebagai lelaki yang akan menjadi suami, apakah persediaan yang seharusnya aku buat?

Pertama, merancang dari sudut kewangan. Aku mahu menjadi lelaki yang sekurang-kurangnya tidak pokai. Tidak bergantung kepada orang lain dalam hal kewangan. Aku mahu perkahwinan yang bakal dilangsungkan ini, jika boleh biarlah sepenuhnya menggunakan wang usahaku sendiri. Malah, aku perlu fikir bagaimana untuk membina keluarga menerusi kewangan yang sedia ada. Wang, adalah isu besar yang akan membantu melestarikan banyak perkara lain dalam rumahtangga.

Kedua, apabila kewangan stabil...jiwa dan mental akan dapat merancang banyak perkara. Malah, ilmu dan amal juga akan menjadi lancar. Selain persediaan mental dan ilmu, aku perlu bersedia untuk mengajar bakal isteri tentang beberapa perkara utama. Antaranya... (1) Memperbetulkan bacaan di dalam solat. (2) Memperjelaskan perihal bersuci dari hadas kecil dan besar (3) Memperjelaskan hukum aurat dan pemakaian yang dibenarkan dalam Islam. Buat masa sekarang ini, aku sendiri masih mendalami perkara ini dengan sebaik-baiknya.

Ketiga, paling besar sekali dalam berumahtangga ialah suami perlu menghayati setiap amanah yang telah terpundak di atas bahu. Walaupun berat sekalipun, ia perlu digalas dengan baik dan penuh suci hati. Terutamanya dalam saat-saat getir rumahtangga, perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Di sinilah gunanya iman. Iman perlu diperkasakan barulah ia mampu memandu jiwa manusia agar mentaati Allah dan rasul. Hal ini hanya mampu dirasai dan dilalui setelah berumah tangga.

Bagi lelaki yang akan menjadi suami. Perlu bersedia dengan semua ini mulai sekarang.

2 comments:

f-sha said...
This comment has been removed by the author.
mawaddah said...

Saya sekadar ingin memberi my two-cents. Baru-baru ini saya menghadiri satu Islamic konvensyen di satu tempat yang cantik. Antara topic yang diperbincangkan ialah Rights of Husband and Wife. The speaker mentioned that the most important right of the wife,which is the kewajipan suami ke atas isteri ialah 'good treatment'.Bunyinya agak senang, tapi hanya lelaki yang betul2 bertaqwa dan mempunyai iman yang teguh mampu menunaikan kewajipan itu. As hadith Rasulullah saw ade menyebut 'The best of you, is the one who is best to his wives...'
Wallahua`lam