Friday, January 04, 2008

BUKU KEDUA AKAN TERBIT (TAK PASTI BILA)

Memang benar, lama benar, sangat benar sudah lama tak melontar bicara di papan blog ni. Kenapa?

Malas + Sibuk + Line Internet Down = Tak sempat tulis.

Apapun, kerja kat luar masih juga bertimbun. Pada 7hb 12 - 14hb Disember, saya ke Kemboja membawa misi sukarelawan. Memang ada laporan dalam akhbar. Wajah saya terpampang dalam Metro bertarikh 3hb Disember. Sebaik selesai urusan ke Kemboja, saya terus bergegas ke sekolah.

15hb Disember, saya perlu menyusun program Kem Injeksi Al-Quran 2007 (KIARA 07) anjuran sekolah saya. Saya menjadi pengarah dan dibantu oleh 4 orang rakan seperjuangan. Alhamdulillah, program yang bermula 23hb - 28hb Disember berjalan dengan lancar. Walaupun agak memenantkan.

Selepas itu, saya perlu siapkan markah student. Menguruskan kehadiran pelajar baru dan sekarang. Sedang bekerjasama dengan penerbit (PTS Millennia) untuk buku kedua saya. Sebuah Novel biasa bertajuk "Warkah Cinta Berbau Syurga" (Tajuk ini adalah kesepakatan antara penulis dan sidang mesyuarat pihak PTS Millennia...iaitu pilihan secara syura, bukan peribadi). Ia akan diterbitkan awal tahun 2008 ini. Tarikhnya....saya tak pasti bila.

Sekian dahulu laporan ringkas dan teramat ringkas.

Wassalam.

2 comments:

tintaHati said...

Tahniah karya kedua bakal menyusul. Masih berbentuk komik lagi ke?

A. Ubaidillah Alias said...

Tak, untuk seketika saya rasa nak perlahankan bahagian lukisan. Tak sempat tangan. Buat macam-macam.