Thursday, August 14, 2008

Adakah Aku Suami Yang Baik?

---------Segmen satu --------

RUTIN

Ini cerita hidupku. Sudah menjadi rutin aku sebagai guru, dari pagi sampai ke petang berada di sekolah. Fikiran menjadi lesu dan tubuh terasa letai. Sebaik pulang ke rumah sebelum asar, aku sempat berehat seketika. Kemudian keluar lagi untuk mengambil isteri tercinta di KIAS(Kolej). Sebaik membawanya pulang, aku akan duduk berbual dan bertanya hal ehwal sehariannya.

Soalan biasa "Bagaimana kesihatan?"

Soalan tambahan "Bagaimana pelajaran?"

Soalan kadang-kadang "Bagaimana kawan-kawan?"

Soalan sekali-sekala "Duit poket masih ada? Perlu tambah?Ada nak beli apa-apa tak?"

Soalan akhir "Dah makan? Kalau belum, jom kita makan sama-sama"

Apabila maghrib hampir, aku akan bersiap untuk keluar ke masjid bagi menyampaikan kuliah. Setiap kali mahu keluar, isteri tercinta akan mendoakan keselamatanku dan memberitahu agar pulang awal. Aku menjawab 'Insya Allah'.

Masa berlalu dan aku sepanjang waktu sentiasa merindui isteri di rumah. Entah bagaimana keadaannya. Harap-harap dia sentiasa sabar duduk sendirian di rumah.

Selepas isyak, jam 9.15malam aku pulang ke rumah. Jika masih ada ruang untuk berbual dan bergurau, aku akan gunakan sedikit masa itu. Selebihnya aku akan cuba memeriksa pembelajarannya.

"Sayang ada kerja yang perlu dibuat segera?"

Kalau ada, aku akan bertanya "Banyak ke?"

Kalau banyak aku akan cuba menawarkan pertolongan "Apa yang boleh abang bantu?"

Kemudian kami akan bekerjasama.

-------- segmen dua ------------

Date Night

Setiap hujung minggu, kami memilih satu malam untuk date night. Keluar berdua dan makan di mana-mana restoran yang selesa dan romantik. Biasanya kami akan ke Pizza, dia akan memesan Hut Platter(Makanan seafood) atau ke Pantai Cahaya Bulan memesan sotong, udang, fishball dan mee hun tom yam. Jarang-jarang kami akan ke foodcourt depan Hospital USM ataupun di Restoran Mawar Merah.

Satu malam dalam seminggu, adalah malam untuk kami berbual dan meluangkan masa. Maklum sahaja, orang bekerja seperti aku sentiasa sibuk diwaktu siang dan malam juga masih bekerja. Sudah pasti Date Night itu penting untuk mengeratkan hubungan.

Date Night setiap minggu ini adalah saranan daripada Kak Ina(Kak Ipar) yang mengajarkan kepadaku banyak tips rumahtangga.

---------- Segmen tiga ----------

Thank you & Sorry

Setiap hari, bila aku selesai bersolat dan bersiap untuk ke sekolah. Aku akan duduk di meja dan mencicip air dan roti yang disediakan oleh sayang. Aku akan menjemputnya duduk di sisiku dan memberitahu.

"Sayang, terima kasih sediakan baju untuk abang. Terima kasih untuk sarapan dan minuman. Terima kasih kerana sudi memudahkan urusan abang."

Seandainya ada kerja lain yang dibuat untuk kebaikanku. Aku akan cepat-cepat menariknya dan memandang matanya.

"Sayang, terima kasih kerana menolong mama di dapur tadi. Terima kasih kerana menghiburkan anak saudara abang. Terima kasih untuk semuanya."

Sekiranya ada perkara yang aku gagal lakukan. Atau aku tersilap. Aku juga cepat-cepat menghampirinya dan merenung matanya. Selalunya aku akan memegang tangannya dan berkata.

"Sayang, abang minta maaf sebab tak dapat buat sesuatu untuk sayang. Abang mohon maaf kerana datang lambat mengambil sayang."

Ucapan terima kasih dan minta maaf adalah budaya yang aku hidupkan dalam diriku. Mudah-mudahan anak-anakku juga akan menjadi begitu.

--------segmen empat -----

Muhasabah

"Sayang...No body perfect. Tegurlah abang. Nasihatlah abang, jika abang berbuat silap" aku meyakini tiada suami yang sempurna. Aku meyakini tiada manusia yang suci dari kesalahan. Atas sebab itu aku sentiasa meminta pandangan atau komen daripada isteri tercinta. Biasanya aku akan memilih malam yang santai untuk kami duduk berbual dan bertanyakan kekurangan diri masing-masing dengan niat memperbaikinya.

Hanya ilmu agama yang menjadi hakim antara kami. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang benar. Kami berdua tetap bersalah jika mempunyai sebarang kekurangan. Justeru, apabila kami berbincang dan menemukan kesalahan masing-masing. Kami akan mencari jalan penyelesaian mengikut Al-Quran dan Hadis. Malah kami akui, adalah sukar untuk membina rumahtangga tanpa rujukan Al-Quran dan Hadis.

Nabi pernah bersabda "Sebaik-baik orang diantara kamu ialah mereka yang baik dengan ahli keluarganya (isteri dan anak-anak) dan aku adalah yang terbaik diantara kamu". Ini bererti, nabi adalah rujukan dalam rumahtangga. Nabi juga meminta agar kita menjadi suami yang baik.

Akhirnya aku sentiasa ingin tahu apakah pandangan isteriku terhadapku "Sayang, adakah abang ini suami yang baik?" dan jawapannya .... "Biarlah rahsia"

Sayang... I Love You.

2 comments:

adibah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

bagus lah kalau begini rutinnya. insya-Allah isteri akan rasa bahagia dan dihargai.

rupanya ubai dok di kelate jah...

ha... jemput ke MariBaca.