2009 bermula dan terlalu banyak perkara yang berubah di sekeliling saya.
2009 ini menjadi satu ujian besar bagi saya selaku guru di Maahad Tahfiz Sains. Kerana tiga orang sahabat yang saya kira 'Hard Core' di MTS telah mengambil KPLI. Kini mereka telah bergelar penuntut di UDM(Dulunya KUSZA) bagi Kursus Lepasan Ijazah. Terkadang apabila saya menilai suasana guru di tempat kerja ia membikin jiwa saya termenung sendiri. Kenapa guru yang bagus-bagus dan cekap bekerja ini memilih untuk berpindah? Kenapa bukan guru-guru yang lain?
Kekadang saya terdetik juga "Adakah aku juga perlu ke sana? Tinggalkan MTS ini?"
Saya menilai kembali nawaitu saya sebagai guru di YIK. Saya muhasabah kembali niat saya bertugas sebagai guru di MTS. Jika saya tanya kawan yang mengambil KPLI...jawapan yang diberi memang berkait rapat soal Gaji dan Pencen. Soal pahala? Di mana pula letaknya? Soal kebajikan dan khairat ilmu? Di mana pula bahagiannya?
Memang...Kekadang saya tergerak hati untuk mengikut mereka. Namun...hati kecil saya terdetik. Kalau umurku panjang...memang gaji dan pencen itu akan aku nikmati, tapi jika saya mati awal...adakah pencen itu jadi milikku? Sedangkan yang abadi cuma pahala! Aku mahu mencari pahala atau aku perlu memperbaiki tangga gajiku dan pencenku?
(Siapa bilang aku tidak suka gaji naik dan wang pencen? Aku manusia juga...pasti suka. Namun aku lebih yakin bahawa rezeki itu tuhan yang uruskan)
Lagi... 2009, aku sedang menyusun banyak perkara untuk memperbaiki kehidupanku. Kewangan dan karier. Aku mahu pastikan ia berkembang dengan baik. Sudah jelas bahawa aku perlu jadi daie dan kader untuk meningkatkan agama Islam di mata masyarakat. Moga aku tidak tersungkur dengan perubahan semasa.
Ya Allah...bantulah hambamu.
No comments:
Post a Comment