Friday, December 08, 2006

Kenduri Kahwin!!!

Saya pun tak tahu, terlalu banyak kenduri kahwin yang saya perlu hadiri. Namun kemungkinan saya tak dapat hadir semuanya. Bukan tak sudi, tapi tak berkesempatan. Apapun, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia ke Anak Cucu.

Ini jadual terbaru program yang bakal saya sertai.

10- 15hb Disember : Program Rakan Muda Jiran Muda. Di Sweet Beach Bachok.
16-17hb Disember : Kursus Fasilitator Belia Benci Dadah. Di Hotel Perdana, Kota Bharu.
18-21hb Disember : Kem Belia Benci Dadah. Di Pasir Mas.
23-24hb Disember : Kem Solat Remaja. Di Pohon Buluh, Pasir Mas.

Setelah itu, saya akan mula bertugas sebagai Ustaz di Maahad tahfiz Sains, mulai 2hb januari tahun depan. Buat masa sekarang ni agak sibuk dengan kuliah dan ceramah di masjid-masjid sekitar Kelantan. Ruang untuk menulis dan melukis semakin sempit.

1 comment:

omirabia said...

Assalamualaikum Ubaid

Dengan banyak sangat kejadian penceraian atau keruntuhan masjid yang dibina, elok benar doa/kata-kata tahniah kepada sepasang pengantin baru diubahsuai......"Selamat dan bahagia ke akhir hayat" - bukan runtuh sebelum inai pudar dijari; atau ketika baru beranak satu...... ataupun baru nak bermenantu, namun belum menimang cucu!!!!!