Wednesday, March 14, 2007

Mencari Hati yang Terang

Jika dilihat pada tarikh yang ditetapkan, dateline untuk serahan novel kedua saya 'Mencari Cinta Khalifah' masih panjang. Namun, dengan keadaan diri yang kurang terurus begini saya jadi kurang yakin sama ada sempat menyiapkannya ataupun tidak.

Sebetulnya cerita itu telah siap, namun saya membuat sedikit rombakan yang akhirnya mengakibatkan rombakan yang besar di dalamnya. Cerita itu mungkin menjangkau 400ms. Saya tidak tahu...cuma, mengikut ramalan saya bisa menyiapkannya sebelum bulan enam ini.

Saya menyedari bahawa menulis memerlukan hati yang benar-benar jelas dan terang. Jika saya menulis diwaktu mendung, bahasa saya menjadi letai dan kurang gramatis. Berbeza jika saya menulis diwaktu tenang dan minda saya kuat, ayat-ayat yang lahir juga terasa lancar dan kemas. Untuk mendapatkan hati dan feel yang bagus, saya menghadapi kesukaran akibat dihimpit oleh berbagai kerja.

Oh hati....hati yang terang... di mana engkau?

No comments: