Thursday, March 15, 2007

Jurnal 1 : Aku Akan Tetap di Sini

(Jurnal ini diterbitkan oleh majalah Kelab Karywan Islam (KERIS) iaitu satu unit redaksi di bawah Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir- semestinya di Mesir. Keseluruhan catatan ini adalah sekadar cetusan peribadi yang tidak berniat untuk meremehkan peranan guru)

SAYA ingin berkongsi kisah sendiri pada kalian. Barangkali di sana wujud beberapa peristiwa yang boleh dijadikan peringatan bersama. Sudah tiga bulan saya menjadi pendidik di Maahad Tahfiz Sains, Bustanul Ariffin Tumpat. Benar, kehidupan pelajar dan pekerja sangat berbeza. Sebaik anda memulakan apa jua karier, anda akan menemukan berbagai masalah. Saya juga begitu, sebaik menjawat jawatan guru saya dikerumuni masalah...dan hanya satu mampu saya katakan.

"Saya pasti akan tangani semuanya, kerana itu saya memilih untuk menjadi guru. Jika saya diberi pilihan untuk melepaskan masalah itu atau menyelesaikannya, saya pasti mahu menyelesaikannya. Biarpun saya gagal, ia lebih baik untuk saya daripada langsung tidak cuba berbuat apa-apa"

Terlalu banyak perkara yang ingin saya kongsi. Namun catatan ini terlalu terhad. Saya ringkaskan catatan saya kepada beberapa isu :

1) Krisis kekurangan guru di YIK disebabkan J-QAF.
2) Krisis kemahiran dan kelemahan agamawan.
3) Suasana rakyat dan masyarakat Islam di Kelantan.

Krisis pertama yang saya hadapi, adalah masalah kekurangan guru. Walaupun Maahad Tahfiz Sains adalah sekolah ranking pertama di bawah Yayasan Islam Kelantan(YIK), namun krisis kekurangan guru tetap tidak dapat dielakkan. Puncanya apa? Ramai guru-guru yang menyertai J-QAF dan akhirnya anak-anak didik YIK terkapai-kapai. Saya tidak dapat menyalahkan guru yang mengambil J-QAF, tawaran gaji yang bagus dan status guru tetap adalah suatu perkara yang lumayan. Apatah lagi guru J-QAF ini mengajar anak-anak kecil sekolah rendah, pasti masalah dan kerumitan tidak sama jika dibandingkan dengan guru YIK.

Kekadang, saya bertanya kembali kenapa saya memilih untuk menjadi guru? Sebelum ini saya pernah ditawarkan oleh syarikat untuk bekerja dengan mereka. Antaranya ditawarkan menjadi editor di PTS Millennia Publications dan langsung saya menolak tawaran itu. Kerana syarikat itu berada luar Kelantan. Lagi, saya ditawarkan menjadi supervisor komik Islam di DIAN Darul Naim. Lokasi kompeni itu di jalan Lundang, Kota Bharu. Tuan Hj Fauzi selaku pengarah urusan sudahpun menyediakan tempat dan kadar gaji bulanan saya. Hanya menunggu persetujuan dari saya. Saya tidak menerimanya. Pendek kata, untuk menjadi guru di YIK saya telah menolak dua tawaran lumayan.

Akhirnya?

Saya tetap di sini sebagai seorang guru. Mengapa? Saya mahu melahirkan orang yang faham agama. Bukan hanya belajar agama, tetapi faham agama. Agama itu adalah akhlak dan keperibadian yang mulia. Agama itu adalah meletakkan sesuatu di tempatnya. Agama itu adalah pendidikan yang berterusan dari kecil sehingga mati. Agama itu adalah ketulusan dan keikhlasan dalam bekerja semata-mata untuk Allah Taala. Walaupun saya sedar, saya bukanlah orang terbaik. Saya sedar, saya bukanlah seorang yang sempurna. Namun...sekurang-kurangnya saya dapat melahirkan generasi yang benar-benar berkualiti menerusi sistem pendidikan YIK.

Apa pula pandangan anda? Jika anda diminta pulang ke sini dan bekerja? Apa yang bakal anda lakukan?

Sebetulnya, krisis kekurangan guru di YIK sangat teruk. Dari segi penyusunan guru, pengurusan kemasukan pelajar dan sebagainya. Saya tahu kerana saya sering berhubung dengan pihak YIK. Namun saya tidak mahu cungkilkan kelemahan di YIK. Sekalipun dicungkil masalah itu tidak akan selesai. Saya hanya ingin fokuskan pada J-QAF. Bagi yang bercadang memilih J-QAF. Ada beberapa perkara yang perlu anda jelas.

Pertama, guru yang memilih J-QAF bererti memilih untuk meninggalkan remaja menengah. Sedarkah kita bahawa remaja menengah sekarang adalah golongan yang paling banyak menimbulkan masalah dalam masyarakat? Mereka adalah golongan yang paling wajar untuk dibentuk dan dididik. Jika kita memilih J-QAF bererti kita melepaskan posisi utama kita. Kita melepaskan golongan sasaran sebenar.

Kedua, guru yang memilih J-QAF bererti memilih untuk hidup senang dan melupakan kesusahan guru-guru lain yang berada di YIK. Setakat ini, masih ada guru di YIK yang bekerja bertahun-tahun dengan gaji RM800 sebulan. Ada juga guru di YIK yang mengajar antara 8-10 subjek dalam setahun. Bebanan ini perlu digalas akibat kekurangan guru.

Ketiga, memilih J-QAF bererti mengabaikan pelajar yang sudah memilih SAR sebagai institusi pendidikan menengah mereka. Kebanyakan ibubapa dan pelajar yang belajar di sekolah YIK adalah mereka yang inginkan anak-anak mereka menjadi remaja berakhlak dan beragama. Mereka yang memilih SAR adalah orang yang tidak berkemampuan dan kebanyakan golongan misikin. Berbeza dengan sekolah kementerian yang menitikberatkan soal sijil dan kecemerlangan. Jika kita berada di YIK, kita akan berpeluang lebih untuk memberi sumbangan terhadap agama.

Apapun, kebaikan itu tetap ada. Tidak salah untuk membuat pilihan jika diasaskan dengan niat yang baik. Bagi saya, adalah lebih baik kita memilih berada di bawah YIK sebelum berada di tempat lain. Itupun jika keadaan mengizinkan...jika keadaan tidak mengizinkan, buatlah pilihan yang terbaik.

Saya masih belum bercerita tentang masalah-masalah dalaman di sekolah YIK yang memerlukan kepada kepakaran guru dan persediaan ampuh agamawan. Juga beberapa kisah pelajar yang memerlukan perhatian dan dokongan guru-guru. Diharapkan umur saya cukup panjang untuk menyambung catatan ini dalam siri akan datang. Yang pasti, saya akan tetap di sini selagi hayat dikandung badan.

Bersambung....

4 comments:

Anonymous said...

sekolah di bawah YIK tak termasuk dalam sekolah agama bantuan kerajaan?

A. Ubaidillah Alias said...

Sekolah YIK ada dua.

1) Sekolah penuh Kerajaan Kelantan.

2) Sekolah bantuan Kerajaan Kelantan.

:)

drmdbg said...

Ada benarnya juga permasalahan sekolah YIK akibat kekurangan guru. Ini terjadi selepas JQAF dimulakan beberapa tahun dulu. Sebelum JQAF dibuka, bukan main lagi susah nak jadi guru YIK. Satu jawatan kosong dikehendaki, seramai 300-500 lepasan mahasiswa memohon.

Aku rasa masih ramai lagi mahasiswa lulusan Pengajian Islam dari dalam dan luar negara yang masih tidak mendapat pekerjaan dan mereka ini cukup untuk pengisiaan kekurangan guru di sekolah YIK.

Perihal JQAF langsung tidak boleh dikaitkan dengan masalah dalaman dan pengurusan YIK. Pasaran guru adalah lebih tinggi dari permintaan sebenarnya. Tidak salah menyatakan pandangan peribadi dimana lebih baik untuk mengajar atau berdakwah, tetapi ianya adalah sekadar pandangan dan pendapat semata-mata.

Seharusnya pihak pengurusan YIK akan lebih bijak lagi dalam mengendalikan masalah kekurangan guru. Pentadbiran yang berkualiti akan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz Ubai, I am one of the MTS parents. I share the same concern. Rasa-rasanya, generasi yang bakal menjadi alumni MTS ini adakah yang faham AGAMA??? Mereka menghafal Al-Quran, bahkan semua subjects....tetapi adakah mereka betul2 faham arti Professional Al-Hafiz, yang istiqomah dan berakhlak mulia???? Apakah mereka betul2 faham apa itu ilmu, iman, amal dan berakhlak mulia???

Anak-anak MTS ni termasuk didalam golongan remaja, yg terpilih, yg terbaik dari yang terbaik.....yang kalau di didik dalam suasana yang betul insya'allah akan menjadi insan rabbani yg professional al-hafiz. I believe 100% that if you are an Hafiz/Hafizah, you will be excellent in academic and in whatever you do, insya'allah. Tapi bukan itu saja yg kita nak, kita nak lahirkan generasi yg professional yang berakhlak mulia.

Ini pendapat peribadi dari own experience, juga dari observation juga perbincangan dengan ibu-bapa lain yang share the same concern. Apa yg saya lihat anak-anak kita di MTS mempunyai masaalah dalam pengisian rohani mereka. Mereka lakukan kerana ibu-bapa yg suruh, takutkan guru...bukan dengan keikhlasan kerana Allah. Mengapa jadi begini?

Bagi saya, selain ibubapa memainkan peranan mendorong anak-anak ini dgn memberi kesedaran tentang mengapa mereka dihantar bersekolah disitu...apa tanggungjawab mereka, apakah mission hidup mereka dan sebagainya....GURU-GURU memainkan peranan yang paling utama memandangkan kehidupan mereka bersama-sama guru-guru, dan rakan-rakan adalah lebih banyak dari bersama ibubapa. Friends and the surrounding environments are the greatest influence. Their role models are the teachers.

Suasana amat penting untuk membentuk keperibadian dan sahsiah yang mulia. Program tarbiah amat penting. Memang betul, banyak program telah diatur, cantik sekali..tetapi adakah anak-anak ini mendapat sentuhan rohani, mereka betul2 ikhlas melakukan routine yg telah ditetapkan di sekolah kerana itu tanggungjawab mereka, kerana Allah.

How pembentukan akhlak ini relate to teachers.....as I said the teachers are their role models. Program yang telah diatur memang cantik, tetapi implementation ada masaalah. Berkait rapat dengan issue yg dibangkitkan oleh Ust Ubai, untuk anak-anak ini faham agama, guru-guru kena faham agama.

Mengapa guru-guru pun bermasalah....berbalik kpd nawaitu seseorang itu menjadi guru...keikhlasan mereka...tak kira berapa gaji yang diberi, jika ikhlas, keberkesanannya. Bila dah terima akad dan terima tanggungjawab sebagai guru...jalankan tugas dengan seikhlasnya. Kalau semua guru-guru menganggap students mereka sebagai anak-anak mereka, saya rasa mereka akan buat yang terbaik.

Masalah d YIK dan pihak pengurusan memang ada, tetapi, pada saya, guru-guru yang telah menerima jawatan sebagai guru-guru di MTS ni kena faham....anak-anak yang kita nak groom ni special dari budak2 sek asrama penuh lain...mereka juga menanggung beban yg berat untuk menjadi Hafiz dan juga carry 21 subjects as compared to students from other school. Di samping itu, bukan sekadar syaitan biasa yg ganggu mereke bahkan jeneral iblis pun turun padang utk menggoda mereka. Jadi, Pendekatan yang perlu di ambil adalah berbeza. Kalau guru-guru ni, jadikan jawatan ini sebagai batu loncatan atau sementara nak tunggu better offer....fikir lah banyak2 kali, pengorbanan adalah lebih besar berbanding sekolah biasa, jadi solat istiqhoroh sebelum even apply for the job. Fikir consequence jangkamasa panjang dan apa yg bakal dihasilkan.

Dan peranan guru yang menyandang jawatan PK HEM perlulah di beri kepada orang yg betul2 faham agama, terutama bab tauhid, aqidah dan akhlak, yg faham apa itu pengisian dan sentuhan rohani, yang faham permasalahan anak-anak yg nak jadi hafiz dan pendekatan terbaik utk meyelesaikan permasalahan mereka0,ada ilmu dalam mendidik anak cara Islam. Bukan main nak hukum, bukan yg perangai macam budak2, menyindir sana-sini..instead of nak mendorong atau memberi semangat atau memberi kesedaran, bukan yang suka bergaduh dengan parents tetapi faham expectation parents and can manage the expectation, bukan yang suka menyalahkan orang lain tetapi tak tengok kelemahan diri sendiri,

Keperibadian guru yg nak dilantik sebagai PK HEM teramatlah perlu di teliti, jgn main lantik utk mengisi kekosongan. Tetapi kalau yg dilantik, nak sangat akan pangkat...timba lah ilmu. Mungkin kena pergi Dar Mustafa, Hadramawt, belajar cara mereka mendidik dan menghidupkan suasana tarbiah yg Islamic.

Anak hormat kita kerana kita tegas adalah lebih baik dari pendekatan anak-anak kita mesti takut pada kita.

Sorry lah Ust, panjang pulak comment saya...in pendapat saya semata2.