Tuesday, October 21, 2008

Melepaskan Sesuatu yang Benar-benar Dalam Genggaman

Apabila anda hampir memiliki sesuatu atau sesudah memiliki sesuatu. Setelah itu diminta melepaskannya atau dipaksa melepaskannya atas sesuatu sebab yang WAJAR. Ia pasti sukar dilakukan. Jika mampu dibuat sekalipun, ia tetap meninggalkan kesan yang besar.

Mencintai dan memiliki cinta, akhirnya terpaksa dilepaskan. Pasti membawa satu impak yang besar di dalam jiwa. Dan itulah yang sepatutnya dilakukan oleh remaja yang sedang bercinta tanpa restu orang tua. Atau sedang melalui zaman-zaman percintaan tanpa ikatan sah. Jika anda tidak bercadang untuk berkahwin, lepaskan cinta yang terlarang itu.

Kenapa?

Saya yakin anda tidak mahu mendapat seorang suami atau isteri yang akan menyusahkan keluarga anda selepas perkahwinan.

Anda juga perlu memahami erti jodoh dengan seertinya. Barulah anda tidak gopoh untuk mengejar cinta yang 'Buta' hakikat atau buta makrifat.


Semoga diberkati.

1 comment:

dyailham said...

jenguk sebentar..lama tak menjenguk blog ustaz..walau tanpa diundang..maaf ye ustaz..

melepaskan sesuatu yang benar2 dalam genggaman..emmm...dalam maknanya kan ustaz..

melepaskan SESUATU memang mampu dilakukan..

melupakan SESUATU agak mustahil dilakukan..

apapun..hidup yang sentiasa ke hadapan perlu diteruskan..tak salah sebenarnya pandang ke belakang seketika..sebagai pemangkin sisa hidup yang ada..