Thursday, October 30, 2008

SUKAR TENTUKAN JUDUL

Sejujurnya, saya adalah penulis yang susah untuk memilih judul bagi karya sendiri. Sebagaimana judul novel saya sebelum ini sentiasa berubah. Seingat saya, hampir 20 kali saya menukar judul untuk novel terbaru yang sedang saya siapkan ini. Pertimbangan saya dalam memilih judul berdasarkan dua aspek. Pertama aspek 'idealisma' yang saya terapkan dalam karya. Kadang-kadang saya seperti mahu mengutarakan tajuk yang memaparkan 'gagasan idealisma' itu dengan terang. Aspek kedua yang saya timbangkan ialah 'Komersil'. Biasanya, tajuk yang terlalu idealis tidak menarik minat pembaca. Judul yang dimasukkan unsur 'cintan-cintun' dan 'jiwang' lebih menarik minat pembaca.

Dua aspek itu sering menjadikan saya sukar memilih judul. Antara judul yang pernah saya cadangkan :

1) Diversi Sebuah Legasi.
2) Legasi Seorang Lelaki.
3) Cinta Al-Khalifah.
4) Mengintai Cinta Dari Kamar Al-Khalifah.
5) Obligasi Cinta.

Antara lima judul ini, adakah anda cenderung memilih salah satu daripadanya. Kenapa? Saya fikir, ramai yang sukakan tajuk nombor 3 dan 4. Mungkin kerana ia lebih syahdu dibaca. Betul tak? Setelah difikir-fikir, barangkali penerbit ada cadangan untuk judul bagi buku terbaru saya.

Kita akan berbincang jika ada ruang nanti.

Wassalam.

4 comments:

nur akmal said...

yang ke-4 best...
nk tnya... sy nk bc novel encik secara online. sy sgt mmnati novel karangan encik.
tp, mlngnya sy sedang melnjtkn pljrn di india....
blhkh encik mmbntu sy utk mmbc novel encik dlm btk online....
hrp dipertimbngkn...

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Cinta Khalifah
Dua dalam satu

Mungkin orang akan perasan novel cinta

Dua dalam satu. Satu untuk cinta dan dua untuk idealisma...

Mumtazah : : - Kita Jauh Tapi Dekat - : : said...

Maksud saya tajuk cadangan: Cinta Khalifah

A. Ubaidillah Alias said...

Nur akmal, insya allah akan dipertimbangkan. Boleh jer. Tunggu buku tu terbit dahulu.

Mumtazah, cadangan yang baik.