Sunday, June 11, 2006

Jangan Mengelak…Lakukan Apa yang Anda Mampu

Pernahkah kalian diminta, atau ditawarkan tugasan untuk menjadi MC, penceramah atau khatib?

10 tahun dahulu…

Saya pernah berziarah ke bumi Mekah demi menunaikan umrah sewaktu di tingkatan tiga. Di hadapan ka’abah itu, saya meminta beberapa doa. Antaranya termasuklah doa agar Allah menjadikan saya seorang mutakallim, katib dan khatib yang berjaya. Selepas hari itu, saya menanti bilakah doa-doa saya akan termakbul.

7 tahun dahulu…

Di MTAQ, saya dilantik menjadi pengawas. Setiap kali giliran saya menyampaikan ‘khutbah’ di perhimpunan pagi ahad. Setiap kali itu juga saya bersembunyi dan hilang dari radar. Pantang sahaja ustaz meminta saya memegang microphone atau naik di pentas, saya akan cepat-cepat disconnect dari area berkenaan. Pernah sekali dua saya tertangkap, akhirnya dipaksa berdiri di pentas sambil berkhutbah dalam keadaan suara terketar-ketar dan peluh memenuhi dahi.

Anda tahu apa yang saya lihat ketika itu?

Ketika itu, saya benar-benar terkesan apabila melihat wajah teman-teman yang tertawa sinis melihatkan diri saya yang gabra dan gelabah. Saya benar-benar marah, bukan pada orang lain…tetapi marah pada diri sendiri. Selepas hari itu, saya membuat suatu janji dalam diri untuk berubah.

Dahulu saya sering pesimis. Saya bersembunyi, saya saya lari…saya cuba cicirkan diri sendiri. Benar, saya mengalami krisis identiti seperti kebanyakan remaja lain. Namun, Allah berikan saya ilham untuk berubah. Semenjak saya keluar dari MTAQ, saya berjanji untuk tidak lari, tidak bersembunyi dan saya tidak akan abaikan diri lagi. Saya akan terima apa sahaja taklifan dan melaksanakannya sedaya upaya.

Akibatnya? Saya benar-benar merasa terbeban dan agak tertekan. Proses membina keyakinan diri tidak berlaku dalam masa yang singkat. Saya tahu diri sendiri tidaklah sehebat orang-orang kenamaan. Saya tidak sekaya jutawan internet. Saya tidak glamour seperti Dr Fadhilah Khamsah. Saya tidak sefasih MC di televisyen. Tapi saya sering nyatakan pada diri…saya BOLEH menjadi seperti mereka jika saya mahu dan mencuba sedaya upaya.

Kini…

Alhamdulillah, saya pasti mampu menjadi MC di majlis rasmi(Berbahasa Melayu). Saya pernah mengendalikan majlis bersama Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan. Saya juga pernah berucap dalam majlis rasmi. Pernah memberi kuliah di masjid-masjid dan mengajar di pejabat kerajaan atau swasta. Allah berikan keizinan untuk saya bercakap dan bersuara di depan khalayak. Saya juga pernah menyampaikan ucapan di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi.

Tugas terbaru yang saya terima …

Pada 8hb Jun 2006 iaitu malam jumaat, delegasi dari Malaysia hadir ke Rumah Kelantan Baru(RKB) untuk beramah mesra dengan pelajar Kelantan di musim peperiksaan. Ahli delegasi terdiri daripada pengarah Yayasan Kelantan Darul Naim(YAKIN) iaitu Tuan hj Che Hamat Che Muda, Pengarah Yayasan Islam Kelantan(YIK) iaitu Tuan hj Abdul Wahab b Awang dan dua orang wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Ust Wan Ismail Wan Jusoh dan ustaz Nik Abduh.

Seminggu sebelum malam itu tiba, saya telahpun diminta untuk menjadi MC. Saya kini pantang dijemput sebagai MC atau penceramah, pasti saya menerima. Melainkan tajuk yang diberikan itu diluar bidang saya atau audiennya berada ditahap yang lebih tinggi dari saya. Saya akan menerima apa sahaja, bukan kerana saya tidak takut tetapi…saya akan pasti menerima jika saya mampu lakukan.

---------------------------------------

Catatan ini ditulis kerana ingin menegur sikap exco Kelantan yang tidak berani tampil apabila ditugaskan sebagai MC. Saya fikir tugas MC terlalu kecil dibandingkan dengan tugas penceramah atau pendiskusi. Kenapa perlu takut? Jika MC pun tidak mampu, bagaimana anda akan mampu melakukan yang lebih dari itu? Jika begini sikap kita, memang wajar pengarah YIK menempelak… “Pok-pok Ustaz Mesir meme ghama tak gheti nok ngajar.”(Puak-puak ustaz Mesir memang ramai tak reti nak mengajar)

Kepada sesiapa sahaja. Jangan mengelak jika kita mampu melakukan sesuatu. Anggaplah tugasan dan taklifan itu sebagai latihan untuk memajukan diri. Jangan sesekali mengelak daripada menghadapi realiti. Kecuali jika mengelak itu dapat mengelakkan musibah. So…berubahlah. Jangan lagi bersembunyi, lari atau mencicirkan diri. Berdirilah sebagai diri sendiri dengan seadanya. Insya Allah, tuhan akan membantu jika kita mahu.

Insya Allah.

4 comments:

tintaHati said...

Saya rindukan zaman persekolahan dulu. Setiap isnin pasti akan berdiri di atas pentas jd mc! Nak elak memang tak boleh. Mesti pengetua cari sampai ke lubang cacing.

Pengalaman dulu byk mengajar dan memberi keyakinan pd saya. Kini tak der masalah pun. Pantang dipelawa..tp tgk audien juga kalo audien dr kalangan ustaz/ah tak layak saya!

A. Ubaidillah Alias said...

Iyea ke? Nanti boleh ler jemput ke kampung saya. Isi program untuk makcik2. Hehehe.

-ubaid-

tintaHati said...

InsyaAllah...panjang umur&murah rezeki nanti sampaila hajat saudara ubaid tuh.. ;D

Untuk menjadi MC tidaklah sesusah menjadi penceramah. Sebenarnya keberanian dan keyakinan saja tak cukup. Mesti ada ilmu sekali. Barulah akan bertambah yakin. Entahlaa belum pernah lagi berhadapan dgn makcik2 tp dengan remaja2 adala.

khairulfatin said...

kita kena ada keyakinan bila nak berbuat sesuatu..