Sunday, June 04, 2006

RALAT



Pembetulan, sebelum ini saya memberikan maklumat salah dengan mengatakan buku SNI telah berada di pasaran. Saya mendapat maklumat tersebut daripada staf PTS, mungkin kerana saya yang tersilap faham ketika chating di YM. Apapun, buku tersebut baru sahaja selamat dicetak dan dimasukkan ke stor pada penghujung Mei. Dan akan berada di pasaran selepas tiga minggu ia selesai dicetak. Bererti mungkin pada pertengahan Jun akan memasuki pasaran.

Saya mohon kemaafan kepada semua jika membuatkan anda tercari-cari dan HAMPA berkali-kali. Maafkan saya. Untuk melihat cover terbaru dan cover original buku SNI, silalah jenguk ke laman web
http://www.ptsmillenia.com. Anda juga boleh memberikan komen terhadap buku tersebut selepas ini di laman web itu. Buku tersebut sudahpun memasuki senarai list pts untuk dipasarkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Wassalam.

6 comments:

tintaHati said...

ermm...tak kira kena antar juga satu free edition kat saya! Sebab penat mencari nih! =P

A. Ubaidillah Alias said...

Wadeh! Nak yang free ke? Hu! Hu! Hu! Itu untuk family jer...kalau nak jugak, kena jadi family saya dululah.

:D just kidding.

-ubaid-

Najah Farahin said...

belum kuar pasaran lg? sudah ada d kedai saya sejak 2 minggu lps lg.

A. Ubaidillah Alias said...

Kat mana kedai saudara musafir? Boleh saya tahu?

tintaHati said...

Akhirnya buku SNI berjaya dibeli pada 6 Jun yg lalu di MPH.. Nak tunggu ubaid bagi free alamat kempunan la... =P

A. Ubaidillah Alias said...

Terima kasih kerana sudi membeli. Maaflah kalau hasil kurang memuaskan. :)