Wednesday, June 28, 2006

Di mana Kalian Sekarang?

Kenapa?

Sepanjang soifi...syita'...rabie'...kharif... kami duduk di bangku sendirian. Tafakkur barangkali.

Kenapa?

Barangkali, ada gelora. Kondisi dan situasi bisa berubah metah setiap tahun. Ya, berubah metah. Setahun cuma empat musim. Ada soifi, syita', rabie' dan kharif. Ternyata, empat musim itu sudah memadai untuk merubah banyak perkara.

Kami pernah hidup di zaman bunga kembang setaman dan pohon hijau merendang. Kuntuman-nya mekar dan berjambakan di atas tanah Kinanah. Pohonan-nya teduh dan memungkinkan kami beristirehat di bawah bayangnya. Kami masih rasai mekar dan teduhnya. Tetapi... itu sudah beberapa tahun yang lalu.

Kenapa?

Kami membesar dengan baik. Tapi kenapa? Barangkali kerana kewujudan bunga mekar di sekeliling dan bayangan pohon itu. Maka kami bisa tumbuh jadi begini. Kami tumbuh berdiri dan mekar!

Kenapa?

Kerana ada pengorbanan dari mereka yang terdahulu dari kami. Pengorbanan yang tulus dan ikhlas. Tanpa meminta pujian dan tidak menghiraukan cacian. Mereka melaksanakan apa yang mereka yakini ianya baik untuk kami. Mereka mencipta peluang untuk kami menjadi seperti mereka.

Sekarang?

Kami perlu fikirkan bagaimana orang selepas kami bisa tumbuh dan mekar seadanya. Kerana tugas meneduhi tunas baru ini telah diberikan kepada kami. Oleh orang terdahulu.

P/S : Penggerak KELAP, akademi, kelab karyawan dan penerbitan di Mesir... PMRAM memerlukan bantuan kalian untuk meneruskan agenda penulisan. Di mana kalian sekarang?

2 comments:

Syarifah Salha Syed Ahmad said...

Ubai, carilah tunas-tunas yang pernah singgah di pohon-pohon. Barangkali tidak sempat berbunga sudah dicantas. Saya dimaklumkan AKAR tidak lagi aktif seperti dahulu. Tinggalkan sesuatu sebelum anda pulang. Tahniah atas penerbitan Sekudus Nur Ilahi.

A. Ubaidillah Alias said...

Salha, terima kasih atas pesanan itu. Saya akan cuba berikhtiar.