Friday, May 19, 2006

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Beep! Beep! Razman menarik hansetnya keluar. Klik!

Abang, balik jam berapa hari ni? Tolong belikan bahan mentah yea. Belikan sayuran, ikan dan ayam. Saya nak siapkan untuk dinner malam ni. Jangan lupa malam ni ulangtahun pertama kita. Don’t forget ok?!

Razman menyimpan kembali hansetnya.

“Man, CEO nak jumpa kau lepas ni. Ada masalah katanya.” Rozi berdiri di depan mejanya. Razman meraup muka, terasa guruh dan petir bakal berdentum. dia memang tahu paper work yang baru diserahkan tu tak sempurna. Sepatutnya Khalil yang siapkan paper work tu, entah macam mana Khalil tiba-tiba MC. Akhirnya dia yang perlu siapkan semuanya sehari sebelum dateline. Memang patutpun paper work tu bermasalah. Parah!

Rozi berlalu. Farah pula muncul. Sudah!

“You kosong tak malam ni?” Dah agak! Dia ni memang kacau daun sungguh.

“Kenapa?” Razman angkat dahi.

Urgent ni. CEO nak guna khidmat you.”

“I ada kerja malam ni. Tak boleh excuse ke?”

“Tak boleh! Nanti CEO marah. Inipun disebabkan paper work yang you buat sempoi tu. Kalau nak cover you punya kesalahan, elok tolong siapkan benda ni malam ni juga.”

“Kejap, bagi I masa dua minit untuk berfikir.” Razman melekapkan dua telapak tangan ke wajah. Terdengar keluhan yang berat. Apa yang perlu Razman lakukan?

Jika anda berada di tempat Razman, apa yang akan anda lakukan?

a) Menghantar SMS dan mengatakan anda tidak dapat pulang ke rumah pada malam ini kerana sebab tersebut.

b) Menghantar bunga secara pos dan menulis kad ucapan memohon maaf.
c) Anda pulang ke rumah seketika untuk meminta maaf kerana tidak dapat meraikan malam ulangtahun bersama, kemudian kembali ke tempat kerja.
d) Membatalkan kerja dan menyambut ulangtahun bersama.

e) Cadangan lain?

3 comments:

tintaHati said...

menelefon, memujuk dgn lembut dan menundakan 'hari ulangtahun tuh' di hujung mggu dgn membawa isteri tersyg berbulan madu kali ke-2, selama 3hari 2 mlm -tempat rahsia! =P

A. Ubaidillah Alias said...

Errmm...nice. 3 hari 2 malam? lama tu? Bajet tak cukup kan, susah plak.

tintaHati said...

ermm...tak cukup bajet? kalo sehari semlam pon okay.. =) tp mesti cukup dengan 'pengisian'! =P